:: BEREHAT SEKETIKA ::

|


:: BUAT MASA SEKARANG NI AKU TAK BOLEH NAK TUMPUKAN PERHATIAN PADA SEGALA HAL.
:: KUSUT SANGAT...
:: BILA KEADAAN DAH MENGIZINKAN NANTI AKU AKAN AKTIF BALIK YER.
:: OKEY BYE..


mama sayang sgt kat wani + nuri.

:: MEMANG BETUL... ::

|
Assalammualaikum...



:: Memang betul Dek Nuri tertelan Skru (bukan paku).
:: Punya terkejutnya aku apabila kakak ipar aku tunjukkan skru yang Dek Nuri tertelan.... yang dia telan 1 je.
:: Tak terkata aku time tu.
:: Walhal jangkaan aku Dek Nuri tak telan pun skru tu.. bukan paku yang aku sangkakan.
:: Aku time tu jadi cam heran camne dia boleh tertelan skru tu dgn rupabentuk skru yang sebegitu rupa.
:: Apapun itu la dugaan Tuhan yang nak menduga aku.
:: Apapun nasib baik skru tu keluar melalui najis dia.
:: Nasib baik Dek Nuri tak apa2... Syukur.




:: 24.10.09 besday hubby aku yang ke-29.
:: Kitorang tak sambut kat memana pun,, just beli kek sambut ngan my anak2 je,, Lagi seronok..
:: Hadiah yang ku beri tak seberapa tetapi bagi aku itu kira ok la sekadar mengingati...

:: SYUKUR ::

|


:: Assalammualaikummm.....
:: Syukur la Dek Nuri okey, sebab tengok najis dia mlm tadi tak ada apa-apa.
:: Aku dapat surat hospital pun aku tak pergi tau, sebab aku yakin dia tak kan tertelan paku tanpa nangis ataupun tercekik.
:: Mana mungkin ek,, tu la aku yakin yang Dek Nuri dalam keadaan sihat.
:: Tengok pada pergerakan dia okey.
:: Ada orang kata x-ray ni tak bagus utk budak, tapi nak kan kepastian kena x-ray la ek,,
:: Ermmm.. mudah2an segalanya ok...


>> Pada yang cuti esok selamt berholiday,,, uhhh aku keje esok.. :)

:: OHHHHH TIDAKKKK!!! ::

|
AKU BARU DAPAT PANGGILAN DARI LAKI AKU,

:: NURI TERTELAN PAKU....kecik je pakunya, Aduhai apa kes plak ni...
:: Tak kisah la kecik ke beso,, yang dia telan tu PAKU!
:: Tapi yang berteriak nampak anak buah aku..
:: Untuk kepastian hubby aku bawak g klinik.. (klinik tak cukup keperluan)
:: Klinik soh pegi hospital utk pemeriksaan lanjut
:: Yang aku heran nuri tak nangis pun.
:: Doktor kata mungkin kalau betul tertelan paku masuk kat usus atau paru2.

Ya Allah risaunya aku...

:: MARHABAN ::

|

:: 17.10.2009 Marhaban lelaki kat rumah aku, yang perempuan rewang je tu pun aku tak berkesempaan pegi sebab anak2 aku tak de sapa nak jaga.. kalau bawak kang tak jadik wat keje di buatnya...
:: Syukur alhamdulillah area kawasan umah baru aku ada jugak orang yang merancang nak buat menda ni semua.. Kira ada aktiviti la kan.
:: Aku jamukan air sirap ngn kek buah je dah dorang bgtau jgn sediakan apa,, kang tak bagi minum cam kejam pulak kan...
:: Belah malamnya baru ada majlis makan2 siap buka lagu raya lagi.. Syok pulak..
:: Tak bawak kamera malam tu tertinggal kat umah...
:: Makanan banyak siap buat PENGUMUMAN boleh tapau tu.. Aku tak tapau pun malas kang jadik kes seminggu benda tu lam peti ais..



:: Ni budak cinonet yang tak reti dok diam.
:: Penat mama dok duduk bangun kejar si Nuri ni..
:: Time nak bergambar pandai pulak berposing bagai...
:: Nuri ni mmg suka bergambar la.. bagus jugak ikut jejak mama dia kan...


Ha apa pun korang layan la entry kali ni....
>> Aduh sakit tulang belakang ku berulang kembali..

:: AKTIVITI KU ::

|
Assalammualaikum...Hai kawan-kawan.. Uhh memang jawabnya seminggu sekali je la aku update.. Tapi ok la janji update ek.. Apa pun ni aktiviti aku time hujung minggu aritu..


:: Kat umah aku ada buat makan-makan sikit untuk member2 terdekat n sedara mara je.
:: Menu pada hari itu, Mee Soto ngan nasi impit + rendang ayam. Sodap akak den masak siap salin resepi tu.
:: Kat gambar masa tu dah menunjukkan kol 12.15 tgh malam,,, Tunggu tetamu dah balik baru aku ada selera sikit nak makan.
:: Ingatkan nak tunggu kol 1 tgh mlm, perghh kepala dah tak leh nak berfungsi time tu,, pk nak tdo je, penat wei.
:: Bayangkan aku ngn akak aku start masak kol 3 petang. Nasib baik sempat masak.
:: Kat sebelah tu anak buah aku, Balqis sama je suka bergambar cam aku. Uhh keturunan apo...



:: Time ni aku bawak kakak ku jln2 kat Plaza Angsana.
:: Makan kat KfC makan ayam, uhh hubby aku dah dok jeling2 je tgk aku bantai makan ayam,, alorrr seketul je,, tak pe kan.. :)
:: Dek Nuri time tu tak nak dok diam, tapi tgk aku pegang kamera mula la nak senyum2 pastu sibuk nak tgk balik,, sama je perangai cam kakak Wani.


>> Apapun korang layan la dulu entry utk kali ni.
>> Kepala aku time ni pun dah ting tong ni,, aku sorang wat design,, uwaa penat!!!

:: INDAHNYA SUNGGUH DI HARI RAYA... ::

|
Assalammualaikum.... Aku rasa aku yang paling lambat kot update citer raya... hehehehe,, biasa la aku sibuk sangat ngan kerja.. Apa pun korang layan la yer citer n gambar semua...


:: Time ni aku beraya kat Seremban bersama keluargaku 'terchenta'.
:: Itu semua adik-beradik aku, dah beso2 dah dorang.
:: Kalau ada arwah kakak kembarku pasti ramai lagi neh.
:: Tahun ni kitorang tak de tema kale, ikut suke je.. janji kita semua menyambut hari raya dengan penuh kesederhanaan. Alhamdulillah di atas kurnian-Nya.



:: Ni adalah gambar setiap ahli keluarga kakak ku.
:: Famili Along, Angah, Ateh & Nasaz.
:: Cuba korang kira betapa ramainya anak buah aku.. hehehehe.
:: Memang meriah la kitorang beraya tahun ni.
:: Macam2 karenah, tu yang best layan tu.
:: Yang paling best aku dapat beraya di Seremban dulu baru ke Kota Tinggi.



:: Ni kira gambar ala-ala candid gitu...
:: Aku suka sangat gambar ni...
:: Susah jugak la nak bergambar ngan kakak ku semua tu.
:: Cam tahun lepas ada yang lambat sampai, ada yang balik umah mertua.
:: Alhamdulillah segala yang ku rancang nak beraya kat Seremban berjalan dgn lancar.



:: Uhhhh... lama jugak la aku tak edit gambar sendiri.
:: Sogan tu.. tengok la betapa tembamnya aku..
:: Huhuhu dalam rangka berdiet lagi tu..


>> Apapun korang layan la entry untuk kali ni.
>> Tengah siapkan semua hadiah2 yang tertunggak utk bloggers
>> Kesiannya korang lama tunggu sampai bertahun tu,, uhh kejamnya aku..
>> Harap2 segalanya ok. Bye.

:: UHHHH....::

|
Assalammualaikum... Rindunya aku kat korang semua....



:: Hari ini bermulalah tugasan ku seperti sediakala dimana sejak hari2 yang lepas aku menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.
:: Seronok aku dapat bersama ngan anak2 walaupun kepenatan itu terasa.
:: Dapat la aku mengemas rumah dan memasak untuk famili ku.




:: 1.10.2009 genap usia dek nuyi 10 bulan.
:: Alhamdulillah atas kurniaannya.
:: Walaupun dek nuyi skang bertambah lasak tak terkata, tapi syukurlah perkembangan tumbesarannya amat membanggakan...
:: Dia punya lasak toksah cakap la... loteh ooo nak layan... :)
:: Apapun Kakak Wani + Dek Nuyi adalah anugerah dari Ilahi yang amat berharga.
:: Semoga dikurniakan sihat tubuh badan dan umur yang panjang. amin.