
:: Selamat Hari Guru untuk 'Cikgu Mat'
:: Sebenarnya Cikgu Mat ni adalah 'ayah' aku.
:: MOHAMAD BIN AHMAD nama glamer 'Cikgu Mat'
:: Ayah aku ni dah pencen sebenarnya tahun berapa aku tak ingat.
:: Dulu dia mengajar di Sek. Men. Keb. Tunku Ampuan Durah, Sikamat Seremban, untuk subjek 'Pendidikan Seni'
:: Walaupun ayah aku ni dah pencen masih ada lagi pelajar dia hantar kad sempena Hari Guru.
:: Ayah aku stay lagi menjadi cikgu untuk 16 orang cucu-cucu yang ada.
:: Kalau ada masa, pantang tengok cucu dia tak de kerja mula la suruh lancarkan sifir la, suruh mewarna la.
:: Yer.... aku ingat semua tu sebab aku pernah lalui itu semua.







