:: ERMMM....

|
Assalammualaikum....


:: Harini aku sedih la ...

SEBAB....

:: Semalam balik sorang2 je tak ambik anak pun, NURI + WANI ikut mak long dia balik Kota Tinggi.
:: Uhh tinggal aku ngn hubby je,,, sunyi la...
:: Selalu anak2 ada kan lain ek,
:: Hari Khamis baru balik...
:: Aku mana la boleh berpisah jauh ngan anak2...

:: SETAHUN SUDAH ::

|
Assalammualaikum... Uihhh bersarang lagi blog aku ni... Apa la nak jadi ni nasaz... Tak pe tahun depan aku buat azam baru utk rajin update kat blog ni,, buleh gitu..



:: Sebenarnya aku lambat kuarkan entry ni sebab sibuk tahap nangis weyy...
:: Lewat seminggu aku nak cite pasal ni...
:: 1.12.2009 genap umur anak ku yang ke-2 NURI ARDINI setahun.
:: Berat terbaru 8.4 kg.
:: Muka Nuri baru lahir kat SINI
:: Cerita tentang sejarah kelahiran Nuri kat SINI
:: Walaupun setahun Nuri tak pandai jalan lagi,, sama la ngn Wani 1 thn 5 bulan baru jalan, mmg lambat la anakku berjalan,, tapi lasak ya rabbi... hihihihi..
:: Tengok gigi dia banyak dah... dah pandai cakap mama, papa...
:: Minum susu dumex (madu) dah dia..
:: Panjat tangga kat umah sampai atas dah... uhh sakit jantung den tgk...
:: Apapun Nuri sangat aktif dan sgt kenal muka mama dia... hehehehe..




:: Ha ni anakku yang sulung,, NURSYAZWANI lahir pada 14.6.2006.
:: Uihh kakak badan ekau... semangat cam mama,, hehehe Wani ni bdn dia mmg ikut aku,,, tembam!
:: Sekarang ni dah petah bercakap, sampaikan papa dia ckp 'jangan', Wani leh jawab,, biarlah,, uhhh pandai sungguh melawan...
:: Bila cakap nak buat mimik muka kan.. sabo je..
:: Wani skang minum susu Sustagen (Coklat).
:: Berat terbaru 16kg.

:: NAIK BAS ::

|
Assalammualaikum....buat sahabat blogku sekalian. (Hai dah macam mukadimah nak bersyarahan je ek),, hihihi...



:: Malam ni (Rabu, 25.11.09) jam 11 malam aku akan bertolak dari Johor ke Seremban bersama Wani + Nuri sahaja.
:: Aku balik Seremban naik bas tau..
:: Hubbyku tak dapat ikut sama sebab atas urusan kerja.
:: So aku balik 3 beranak sahaja...
:: Uhh harap2 Dek Nuri tak meragam la,,
:: Sebab tu aku balik malam bio dorang ni tido, kalau tak kang memanjat2 si Nuri tu..
:: Harga tiket bas sekarang dari JB - KL/Seremban RM34 yer...
:: Ni kira 1st time aku beraya bersama anak2 serta keluargaku di Seremban..
:: Aku naik keje balik hari isnin.
:: Apapun doakan aku pergi dan balik dengan selamat yer kengkawan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI NI..

:: LEKA SANGAT ::

|
Assalammualaikum... Uhh terlewat update lagi.. Tak boleh nak elak la pada kerja.. Teramat la sibuk. La ni baru ada masa sikit...


:: Akibat sibuk ditempat kerja satu hal,, ni kat umah pun sibuk jugak dengan kerja. Cik Wani kita tu la yang tukang menyibuk mama dia nak buat kerja..
:: Last2 dia yang melekat dok depan laptop mama.
:: Tengok gambar la tu apa lagi,, Wani memang suka tengok gambar.
:: Lama jugak dia berhadap kat depan laptop mama tu.
:: Sampaikan mama ambil gambar pun dia tak heran.
:: Errrrmmm tak pe... kakak eksyen yer ngan mama....



:: Ha... tu la akibat lama sangat tengok gambar...
:: Kusyuk la katakan sampai tertidur anak mama ni,,

:: MY BREAKFAST ::

|
Assalammualaikum....wahai sahabatku semua...



:: AKU SEBENARNYA AMAT MENGGEMARI 'CEKODOK PISANG'.
:: BIASAANNYA TU LA SARAPAN AKU KAT SINI.
:: AKU BELI KAT KEDAI MAKCIK SIMPANG NUN..
:: 5 BIJI = RM1.00 SAHAJA
:: SEDAP SEBAB RASA DIA CUKUP, GARING DAN MENGENYANGKAN PERUTKU HINGGA KE PETANG.
:: OK LA KAN JIMAT DAN BOLEH DIET SEKALI TAKYAH MAKAN NASI. HAHAHAHA BAGUS.
:: YANG BESTNYA BELI APA JE KAT KEDAI TU CONTOH: KUIH KE, MEE KE, NASI LEMAK KE.. KITA DAPAT 'AIR TEH O PANAS' YANG SEDAP SECARA 'PERCUMA'
:: BARU DALAM MINGGU NI LA KEDAI MAKCIK TU BUAT CAMTU, SIAP BAGI AIR PERCUMA.
:: JIMAT KAN TAKYAH AKU NAK G BELI AIR LAGI. syukran..
:: BAGI AKU LA, SEKARANG NI AKU PERLU 'BERJIMAT CERMAT' DENGAN KEADAAN EKONOMI SEKARANG NIKAN.
:: TAPI TENGOK LA KOK DAH LAPAR BONA MAKAN LA NASI KE ROTI KE BUAT ALAS PERUT.
:: BUAT KENGKAWAN YANG SEDANG BERDIET TU,, HA SELAMAT BERDIET SECARA SELAMAT OK..
:: INGAT JGN MENYEKSA DIRI PULAK, KANG LAIN PULAK JADINYA...
:: GOOD LUCK.

:: HAHA.. DAPAT... ::

|
Assalammualaikum.....



:: Semalam balik dari kerja aku ternampak satu bungkusan hitam yang mengandungi apa pun aku tak tahu kat atas meja....
:: Aku tengok ada note utk aku,,, huhu terharu rasanya..
:: Hubby aku belikan hp baru utk aku... Alahai murah2 je,, pada aku, aku tak kisah janji aku boleh pakai untuk berhubung ngn orang.. kan..kan..kan..
:: Hubby siap pesan tu 'jaga bebaik hp tuu..'
:: So sekarang ni terubat la sikit perasaan sedih aku disbbkan kehilangan hp aku yang hilang entah di mana itu...
:: Syukur alhamdulillah....


>> petang jb asyik hujan je,,,

:: SEDIHNYEEE ::

|


Assalammualaikum...
Uwaaaa.... Nak nagis ni,,, ermm.. 'HANDPHONE' aku hilang entah di mana.

:: Terjadi pagi semalam time tu Wani nak tgk video kat handphone aku tu.
:: So, hp tu ada pada dia la.
:: Time tu aku tgh siap nak g keje, laki aku dah g keje dah, tinggal aku anak beranak.
:: Masa nak turun aku dukung Nuri, aku mintak hp tu pada Wani tapi dia kata dia nak bawak, ok la kan.
:: Lepas tu aku ke dapur tapi Wani dah keluar dulu main basikal kat laman dpn umah je.
:: Dah masukkan Nuri lam kete, aku pun dah kunci umah, gerak la aku nak anta anak ke rumah org jaga & ke tempat kerja.
:: Baru 5 minit gerak baru aku teringat H/P aku.
:: Tanya Wani dia kata ada kat umah, aku tanya lagi dia kata dah buang.. ah sudahh..
:: Semalam jugak aku carik ngn laki aku bagai nak gilo.. uhh tak do..
:: Dah la hp tu hadiah besday aku beberapa tahun yang lepas hubby aku bagi... Sedih wei..


Ermm korang penah kena situasi camni tak,,???

So, pada member2 nasazfrog yang baru or lama, sila tinggalkan no tel kalian kat email aku: nasazfrog_wani@yahoo.com
Terima kasih ye.

:: Ohh.. MY BIRTHDAY ::

|
Assalammualaikum.... Selamat Pagi kawan2. Syukur alhamdulillah keadaan beransur pulih. Nak layan sangat pun, nanti semua benda tak boleh nak buat. So aku kena kuatkan semangat, thanks semua, to yandarwisy thanks a lot for your advise. Aku syg kamu juga.



:: Jeng..jeng..jeng... Semalam besday aku.. 8.11.2009.
:: Genap umurku yang ke-29 tahun.
:: Rasa nak tunggu tarikh tu lama sangat sebab hujung2 tahun kan..
:: Yang hantar sms bagi ucapan besday kat aku,, terima kasih bebanyak.
:: Antara perkembangan pada usiaku sekarang ni:

>> Badan rasa bertambah sihat. (ada 2 maksud tu, hahahaha)
>> Sikap mudah merajuk masih ditahap level 7/10, fuyoo gilo ko nasaz..
>> Mudah fenat sbb Nuri sekarang bertambah lasak ya amatt.. (dia dah pandai jalan sok ada ok sikit lah)
>> Masa untuk famili alhamdulillah masih ada ruang.
>> Tahap pemakanan masih di tahap terkawal.
>> Berat badan uhhh rahsia... biar hamba sorang saja yang tau... hihihihi
>> Selalu merindukan famili nun kek Somban,, huhuhu teringat pulak..
>> Sekarang sedang merancang........ nak memperindahkan rumah baru dan bilik.. (Ada 1 projek casa impian dalam perancangan ni) tungguuu..


Ok cukup 8 yer.

Ok la besday aku, aku sambut kat rumah je,, semuanya secara kesederhanaan. Aku mmg suka sesuatu yang sederhana. :)

:: BEREHAT SEKETIKA ::

|


:: BUAT MASA SEKARANG NI AKU TAK BOLEH NAK TUMPUKAN PERHATIAN PADA SEGALA HAL.
:: KUSUT SANGAT...
:: BILA KEADAAN DAH MENGIZINKAN NANTI AKU AKAN AKTIF BALIK YER.
:: OKEY BYE..


mama sayang sgt kat wani + nuri.

:: MEMANG BETUL... ::

|
Assalammualaikum...



:: Memang betul Dek Nuri tertelan Skru (bukan paku).
:: Punya terkejutnya aku apabila kakak ipar aku tunjukkan skru yang Dek Nuri tertelan.... yang dia telan 1 je.
:: Tak terkata aku time tu.
:: Walhal jangkaan aku Dek Nuri tak telan pun skru tu.. bukan paku yang aku sangkakan.
:: Aku time tu jadi cam heran camne dia boleh tertelan skru tu dgn rupabentuk skru yang sebegitu rupa.
:: Apapun itu la dugaan Tuhan yang nak menduga aku.
:: Apapun nasib baik skru tu keluar melalui najis dia.
:: Nasib baik Dek Nuri tak apa2... Syukur.




:: 24.10.09 besday hubby aku yang ke-29.
:: Kitorang tak sambut kat memana pun,, just beli kek sambut ngan my anak2 je,, Lagi seronok..
:: Hadiah yang ku beri tak seberapa tetapi bagi aku itu kira ok la sekadar mengingati...

:: SYUKUR ::

|


:: Assalammualaikummm.....
:: Syukur la Dek Nuri okey, sebab tengok najis dia mlm tadi tak ada apa-apa.
:: Aku dapat surat hospital pun aku tak pergi tau, sebab aku yakin dia tak kan tertelan paku tanpa nangis ataupun tercekik.
:: Mana mungkin ek,, tu la aku yakin yang Dek Nuri dalam keadaan sihat.
:: Tengok pada pergerakan dia okey.
:: Ada orang kata x-ray ni tak bagus utk budak, tapi nak kan kepastian kena x-ray la ek,,
:: Ermmm.. mudah2an segalanya ok...


>> Pada yang cuti esok selamt berholiday,,, uhhh aku keje esok.. :)

:: OHHHHH TIDAKKKK!!! ::

|
AKU BARU DAPAT PANGGILAN DARI LAKI AKU,

:: NURI TERTELAN PAKU....kecik je pakunya, Aduhai apa kes plak ni...
:: Tak kisah la kecik ke beso,, yang dia telan tu PAKU!
:: Tapi yang berteriak nampak anak buah aku..
:: Untuk kepastian hubby aku bawak g klinik.. (klinik tak cukup keperluan)
:: Klinik soh pegi hospital utk pemeriksaan lanjut
:: Yang aku heran nuri tak nangis pun.
:: Doktor kata mungkin kalau betul tertelan paku masuk kat usus atau paru2.

Ya Allah risaunya aku...

:: MARHABAN ::

|

:: 17.10.2009 Marhaban lelaki kat rumah aku, yang perempuan rewang je tu pun aku tak berkesempaan pegi sebab anak2 aku tak de sapa nak jaga.. kalau bawak kang tak jadik wat keje di buatnya...
:: Syukur alhamdulillah area kawasan umah baru aku ada jugak orang yang merancang nak buat menda ni semua.. Kira ada aktiviti la kan.
:: Aku jamukan air sirap ngn kek buah je dah dorang bgtau jgn sediakan apa,, kang tak bagi minum cam kejam pulak kan...
:: Belah malamnya baru ada majlis makan2 siap buka lagu raya lagi.. Syok pulak..
:: Tak bawak kamera malam tu tertinggal kat umah...
:: Makanan banyak siap buat PENGUMUMAN boleh tapau tu.. Aku tak tapau pun malas kang jadik kes seminggu benda tu lam peti ais..



:: Ni budak cinonet yang tak reti dok diam.
:: Penat mama dok duduk bangun kejar si Nuri ni..
:: Time nak bergambar pandai pulak berposing bagai...
:: Nuri ni mmg suka bergambar la.. bagus jugak ikut jejak mama dia kan...


Ha apa pun korang layan la entry kali ni....
>> Aduh sakit tulang belakang ku berulang kembali..

:: AKTIVITI KU ::

|
Assalammualaikum...Hai kawan-kawan.. Uhh memang jawabnya seminggu sekali je la aku update.. Tapi ok la janji update ek.. Apa pun ni aktiviti aku time hujung minggu aritu..


:: Kat umah aku ada buat makan-makan sikit untuk member2 terdekat n sedara mara je.
:: Menu pada hari itu, Mee Soto ngan nasi impit + rendang ayam. Sodap akak den masak siap salin resepi tu.
:: Kat gambar masa tu dah menunjukkan kol 12.15 tgh malam,,, Tunggu tetamu dah balik baru aku ada selera sikit nak makan.
:: Ingatkan nak tunggu kol 1 tgh mlm, perghh kepala dah tak leh nak berfungsi time tu,, pk nak tdo je, penat wei.
:: Bayangkan aku ngn akak aku start masak kol 3 petang. Nasib baik sempat masak.
:: Kat sebelah tu anak buah aku, Balqis sama je suka bergambar cam aku. Uhh keturunan apo...



:: Time ni aku bawak kakak ku jln2 kat Plaza Angsana.
:: Makan kat KfC makan ayam, uhh hubby aku dah dok jeling2 je tgk aku bantai makan ayam,, alorrr seketul je,, tak pe kan.. :)
:: Dek Nuri time tu tak nak dok diam, tapi tgk aku pegang kamera mula la nak senyum2 pastu sibuk nak tgk balik,, sama je perangai cam kakak Wani.


>> Apapun korang layan la dulu entry utk kali ni.
>> Kepala aku time ni pun dah ting tong ni,, aku sorang wat design,, uwaa penat!!!