:: YEAHH MENANG CONTEST ::

|
Assalammualikum........Curik masa lagi nak update yang dah 2 minggu punya cito..uhhh



:: Yeahh ni hadiah aku dapat dari MUMMYSYAFIE sebab aku ada masuk contest buat banner utk blog dia
:: Sebenarnya aku saje suka2 masuk, tak tau pulak terpilih,, Rasp pun ada masuk kan,,
:: Kalau bab2 design ni aku suke laa kan,, bab lain2 maleh sikit la..
:: Aku dapat wallet guess tu,, Syukur alhamdulillah....
:: Kebetulan pulak wallet aku dah rabak.. hahaha so skang dah ada pengganti... Suka sangat..




:: Ni la banner yang aku designkan tu,, alahai simple but nice la.
:: Empunya blog pun berminat ngan design aku kira ok la tu...


>> Semua hadiah yang aku tak pos lagi banyak wei,, hahaha sapa soh tangguhkan.. hihihihi, ACAI+CUTEMIUT+IBUAFIQAH+ELLY+MEBBY korang kasik alamat la,, tak bagi lagi ni yer.. tq:)

:: MEREMPIT ::

|
Assalammualaikum... Curik masa sikit nak update,,, yuhuu



:: Masa ni kat JUSCO TEBRAU, jalan2 g shopping.
:: Wani ni memang pantang nampak game2 ni.
:: Bile masuk je dia jd cam blur tau,, ala2 teruja gitu... sume game nak main tapi takut,, camno tuh..
:: Ha tengok la tu Papa dia naik game moto pun sibuk nak ikut naik,, hihihi macam2...



:: Dah lama rasanya tak update gambar sendiri,, hahahahaha...
:: Ni gambar terbaru aku ngan anak2.
:: Kalau tak kemana dok rumah je la aku ngn famili..


>> Kesibukan masih lagi melanda diriku...

:: MODEL CILIK TAK BERBAJU ::

|
Assalammualaikum...



:: Ha Nuri Ardini ni berbeza ngan kakak dia si Wani.
:: Kalau kakak dia bab bergambar memang payah n tak suka..
:: Si Nuri ni pantang nampak lampu kat flash tu cepat je mata dia memandang..
:: Nuri ni suka senyum berbanding ngn kakak dia.. muka nak serius je kan..
:: Ikut muka sapa aku pun tak tahu si Nuri ni...
:: Perkembangan dari segi tubuh agak berbeza ngan Wani.
:: Wani ikut mama, Nuri ikut Papa.
:: Nuri setahun seminggu dah berjalan, time Wani setahun 5 bulan baru jalan.
:: Nuri agak cepat sikit dari kakak dia.. hehehe
:: Tapi kakak dia selalu kena buli ngan Nuri.


>> Aku nak demam tak sedap badan..

:: DIA MENGEMAS ::

|
Assalammualaikum... Hari minggu haritu tak de yang menarik bagi aku selain bersama ngn anak-anak.. laki aku kerja so dok umah ngan anak2 je...


:: Ha ni la dia org pertama rajin mengemas...
:: Habis semua barang dia punggah..
:: Kira rajin la tu kan... sambil tu asyik bertanya je barang2 yang ada lam kotak tu..



:: Tak pernah kenal erti penat si Wani ni tau...
:: Dia di antara yang susah nak bergambar.. mama dia panggil dia buat tak tau jer,,, selamba jer..
:: Rambut dah panjang dah tu... Hubby kata nak potong aritu, tapi aku kata jangan... sayang tu.. bio dia panjang.. kan..kan..kan..



:: Ha tengah sibuk2 mengemas terjumpa surat beranak dan sijil time tadika dulu.. Aku tadika tahun 1986., ada yang seusia aku tak...?
:: Aku tanya Wani sapa tu...dia jawab "Wani" hehehe.. walhal Mama dia tuh..
:: Aku rancang nak frame kan surat beranak n sijil aku tuh..



:: Yang ni pulak aku terjumpa kaset faveret aku time muda2 dulu.. issshh sudah tua kah aku.. hihihihi
:: Ada banyak lagi sebenarnya, tapi member aku pinjam tak reti nak pulangkan balik,, hampeh btol.., tinggal yang ni jer..
:: No Doubt semestinya ado...


>> Tengah selsema + batuk, berjagkit kat Nuri..
>> Nuri pun tak baik2 lagi dari demam + batuk + selsema..
>> Moga2 cepat sembuh anakku..

:: WANI SCHOOL ::

|
Assalammualaikum.....
Dari hari ke hari aku nak update tapi masa tak mengizinkan, baru la ni aku ada sedikit ruang waktu untukmu blog...




:: 5.1.2010 Wani start tadika seawal 4 tahun, di Tadika Senario kat Taman Rinting.
:: Kira dekat gak la ngan tempat kerjaku.
:: Mula2 tu susah jugak nak pujuk dia utk pegi tadika,, nasib baik papa dia ada boleh pujuk kan dia.
:: Dia klu dgn papa dia ok je,, anak manja la katakan..
:: Masa kat umah ok, tiba kat tadika je melalak tak nak sekolah,, aduhai... sabo je aku,,,
:: Mulanya dia tgk ada budak nangis tu yang dia pun nangis.
:: Pujuk2 pun tak mau gak dia,, asyik ajak balik,,,
:: Last2 cikgu dia dukung bawak naik atas.
:: Kengkadang kita ni mmg ada rasa kesian ngn anak tapi dok pk2 balik biar la kita ajar dia hidup berdikari, betul tak...

:: 2009 + 2010 ::

|
Assalammualaikum....

Lamanya aku tak update... Uhhhh masih lagi sibuk dengan kerja...




:: SELAMAT TAHUN BARU 2010 KAWAN-KAWAN.
:: Agak terlewat update tapi alhamdulillah aku masih di sini.
:: Syukur kehadrat-Mu.
:: Tahun 2009 penuh dengan suka dan duka, tapi itulah ranjau kehidupan setiap manusia.
:: Tahun 2010 ni ku berharap perjalanan hidupku di beri petunjuk dan hidayah dari-Mu. Insyaallah.






:: Aku cuti haritu bukannya aku g holiday ke mana2 pun,,
:: Banyak benda yang aku kena selesaikan...
:: Bagi aku dok umah ngan anak2 lagi best..
:: Nanti la lam tahun 2010 ni,, insyaallah ada rezeki aku g holiday la ..
:: Tu gambar aku g tasik ...
:: Time tu Nuri dah berjalan sampai penat dia..




:: Time tu sarapan kat McD..
:: Makan bubur ngn apple pie + air milo,,
:: Wani suka betul makan bubur...
:: Sekolah dah anak mama ni walhal baru 4 tahun.
:: Nanti aku upload gambar dia...


>> Moga2 tahun 2010 ni di beri petunjuk dan hidayah buat hambaMu ini untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna lagi, insyaallah.

:: CUTI ::

|
Assalammualaikum....

Nak habaq mai....

Aku cuti mulai hari isnin (28.12.09) hingga rabu (30.12.09).

Nk g mane?? Nanti cek cita noo...

* Update ni pun kat cc ni.

Daaa.. Bye

:: TU LA DEHH... ::

|
Assalammualaikum..... Akibat kerja yang melampau maka dah lama la aku tak update blog ni,,, uhhh...



:: Ha ni nak cite sikit Wani memang dari DULU memang suka menolong mama dia.
:: Asal aku nak start masak je dia pun mula la nak start menolong.
:: Apa boleh buat, anak perempuan memang camtu ek.
:: Tengok la tu dengan tak berseluarnya dia, just pakai spender je.
:: Time tu aku tengah nak masak, dah la nak cepat kang dek nuri kacaukan,,last2 kakak yang dulu mengacau mama dia.. apa boleh buat... rajin bebenor Wani ni.
:: Wani ni asal boleh je cam mama dia jugak. Hihihihi.




:: HA KALAU KORANG NAK TAU WANI NI MEMANG LEMBUT HATI DIA.
:: PANTANG TENGOK STORY YANG ADA BABY ATAU BABY KENA CULIK KE, MESTI DIA NANGIS.
:: LAWAK JUGAK AKU TENGOK RAGAM SI WANI NI.. SAMPAI HUBBY AKU PUN TERGELAK TENGOK.
:: SIAP WANI CAKAP APA " MAMA AMBIK BABY TU, SIAN DIA " HA KO....
:: SIAP AKU PUJUK DIA LAST2 DIA OK,, PASTU DIA CAKAP " MA BABY BAIK KAN..."
:: LEPAS NI KALAU ADA CITA YANG ADA BABY CAMTU MESTI AKU TUKAR,, RISAU AKU DIA NANGIS, WALHAL TU CITA JE TU... menghayati betul tengok tv Wani ni...

:: PUTU MAYAM ::

|
Assalammualaikum.... sahabatku semua...

Harini pagi2 dah hujan, lebat lak tu. Kalau hujan sodap tido la kan...:)


:: Ha.. Tadi terdengar hon motor.
:: Aku jengah keluar tgk2 org jual 'PUTU MAYAM'
:: Aku boli RM2.oo je,, sodap wei..
:: Dalam tahun 2009, ni la aku berpeluang dapat makan PUTU MAYAM.
:: Dulu masa kat umah mak aku kat Seremban, kalau org jual PUTU MAYAM ni, aku siap bagi pinggan soh dia letak kat lam pinggan tu.
:: Kira cam ada kenangan gak la PUTU MAYAM ni boleh teringat zaman mudo2 dulu...
:: Kira faveret aku gak la makanan tu..
:: Beli pagi boleh makan sekali tuk tengahari.. wah pakej tu,,, tak tau la kang kok potang lapar lagi..
(mampuihhh makan yo kojo den..)

>> Wani+Nuri esok balik,, uwaaa tak tahan rindu ngan anak2..

:: ERMMM....

|
Assalammualaikum....


:: Harini aku sedih la ...

SEBAB....

:: Semalam balik sorang2 je tak ambik anak pun, NURI + WANI ikut mak long dia balik Kota Tinggi.
:: Uhh tinggal aku ngn hubby je,,, sunyi la...
:: Selalu anak2 ada kan lain ek,
:: Hari Khamis baru balik...
:: Aku mana la boleh berpisah jauh ngan anak2...

:: SETAHUN SUDAH ::

|
Assalammualaikum... Uihhh bersarang lagi blog aku ni... Apa la nak jadi ni nasaz... Tak pe tahun depan aku buat azam baru utk rajin update kat blog ni,, buleh gitu..



:: Sebenarnya aku lambat kuarkan entry ni sebab sibuk tahap nangis weyy...
:: Lewat seminggu aku nak cite pasal ni...
:: 1.12.2009 genap umur anak ku yang ke-2 NURI ARDINI setahun.
:: Berat terbaru 8.4 kg.
:: Muka Nuri baru lahir kat SINI
:: Cerita tentang sejarah kelahiran Nuri kat SINI
:: Walaupun setahun Nuri tak pandai jalan lagi,, sama la ngn Wani 1 thn 5 bulan baru jalan, mmg lambat la anakku berjalan,, tapi lasak ya rabbi... hihihihi..
:: Tengok gigi dia banyak dah... dah pandai cakap mama, papa...
:: Minum susu dumex (madu) dah dia..
:: Panjat tangga kat umah sampai atas dah... uhh sakit jantung den tgk...
:: Apapun Nuri sangat aktif dan sgt kenal muka mama dia... hehehehe..




:: Ha ni anakku yang sulung,, NURSYAZWANI lahir pada 14.6.2006.
:: Uihh kakak badan ekau... semangat cam mama,, hehehe Wani ni bdn dia mmg ikut aku,,, tembam!
:: Sekarang ni dah petah bercakap, sampaikan papa dia ckp 'jangan', Wani leh jawab,, biarlah,, uhhh pandai sungguh melawan...
:: Bila cakap nak buat mimik muka kan.. sabo je..
:: Wani skang minum susu Sustagen (Coklat).
:: Berat terbaru 16kg.

:: NAIK BAS ::

|
Assalammualaikum....buat sahabat blogku sekalian. (Hai dah macam mukadimah nak bersyarahan je ek),, hihihi...



:: Malam ni (Rabu, 25.11.09) jam 11 malam aku akan bertolak dari Johor ke Seremban bersama Wani + Nuri sahaja.
:: Aku balik Seremban naik bas tau..
:: Hubbyku tak dapat ikut sama sebab atas urusan kerja.
:: So aku balik 3 beranak sahaja...
:: Uhh harap2 Dek Nuri tak meragam la,,
:: Sebab tu aku balik malam bio dorang ni tido, kalau tak kang memanjat2 si Nuri tu..
:: Harga tiket bas sekarang dari JB - KL/Seremban RM34 yer...
:: Ni kira 1st time aku beraya bersama anak2 serta keluargaku di Seremban..
:: Aku naik keje balik hari isnin.
:: Apapun doakan aku pergi dan balik dengan selamat yer kengkawan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI NI..

:: LEKA SANGAT ::

|
Assalammualaikum... Uhh terlewat update lagi.. Tak boleh nak elak la pada kerja.. Teramat la sibuk. La ni baru ada masa sikit...


:: Akibat sibuk ditempat kerja satu hal,, ni kat umah pun sibuk jugak dengan kerja. Cik Wani kita tu la yang tukang menyibuk mama dia nak buat kerja..
:: Last2 dia yang melekat dok depan laptop mama.
:: Tengok gambar la tu apa lagi,, Wani memang suka tengok gambar.
:: Lama jugak dia berhadap kat depan laptop mama tu.
:: Sampaikan mama ambil gambar pun dia tak heran.
:: Errrrmmm tak pe... kakak eksyen yer ngan mama....



:: Ha... tu la akibat lama sangat tengok gambar...
:: Kusyuk la katakan sampai tertidur anak mama ni,,

:: MY BREAKFAST ::

|
Assalammualaikum....wahai sahabatku semua...



:: AKU SEBENARNYA AMAT MENGGEMARI 'CEKODOK PISANG'.
:: BIASAANNYA TU LA SARAPAN AKU KAT SINI.
:: AKU BELI KAT KEDAI MAKCIK SIMPANG NUN..
:: 5 BIJI = RM1.00 SAHAJA
:: SEDAP SEBAB RASA DIA CUKUP, GARING DAN MENGENYANGKAN PERUTKU HINGGA KE PETANG.
:: OK LA KAN JIMAT DAN BOLEH DIET SEKALI TAKYAH MAKAN NASI. HAHAHAHA BAGUS.
:: YANG BESTNYA BELI APA JE KAT KEDAI TU CONTOH: KUIH KE, MEE KE, NASI LEMAK KE.. KITA DAPAT 'AIR TEH O PANAS' YANG SEDAP SECARA 'PERCUMA'
:: BARU DALAM MINGGU NI LA KEDAI MAKCIK TU BUAT CAMTU, SIAP BAGI AIR PERCUMA.
:: JIMAT KAN TAKYAH AKU NAK G BELI AIR LAGI. syukran..
:: BAGI AKU LA, SEKARANG NI AKU PERLU 'BERJIMAT CERMAT' DENGAN KEADAAN EKONOMI SEKARANG NIKAN.
:: TAPI TENGOK LA KOK DAH LAPAR BONA MAKAN LA NASI KE ROTI KE BUAT ALAS PERUT.
:: BUAT KENGKAWAN YANG SEDANG BERDIET TU,, HA SELAMAT BERDIET SECARA SELAMAT OK..
:: INGAT JGN MENYEKSA DIRI PULAK, KANG LAIN PULAK JADINYA...
:: GOOD LUCK.