:: HOLIDAY-CAMERON HIGHLANDS :: Part 3

|
Ni la destinasi yang tak dirancang, tau2 je nampak signboard ke 'CAMERON HIGHLANDS' terus terjah. Jom layan gambar..


:: Tu dia si Nuri, pantang tengok tingkap kereta terbukak, nak je menjenguk kat luar.
:: Hehehe... kan sejuk ek udara kat Cameron Highlands.
:: Time tu Nuri ala2 sedang menikmati udara yang segar lagi nyaman.
:: Bab bergambar bagi je kat Nuri, memang kalah Wani.



:: Yeaayy... sampai jugak perjalananku ke Cameron Highlands.
:: Mengambil masa hampir 2 jam utk sampai ke sana dari bawah.
:: Pelbagai panorama yang indah kami semua lihat,, memang menakjubkan.



:: Kenangan bersama keluarga tercinta.
:: Bergambar kat Taman Munge lagi tu..



:: Last sekali bergambar bersama hubby.
:: Kenangan terindah.... cewahhh...


Tu la percutian aku yang mcm tak jadi tapi menjadi.... yuhuu
Entry last ke Seremban... next nanti yeh nanti sambung wat keje.

:: MY ANNIVERSARY ::

|
Harini hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke-5!



:: Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
:: Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya.
:: Aku bersyukur dikurniakan seorang pasangan hidup yang amat ku sayangi.
:: Aku bersyukur kerna hubungan kami kekal hingga kini dan selamanya.
:: Aku bersyukur dikurniakan 2 puteri.
:: Aku berharap aga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

:: HOLIDAY-LIMAU BALI :: Part 2

|
Ini adalah sambungan dari percutianku ke Perak. Layam gambar jom!!


:: Setibanya aku di Ipoh,, uhh gumbira rasanya sebab dah agak lama jugak aku tak ke sana.
:: Sabo je aku ni kan.



:: Kalau bab bergambar ahkak, memang suka..
:: Ni aku ngan anak buah aku Balqis baru form 3 kot... lupe ahh
:: Dia pun suka bergambar jugak.. erm apa lagi,, bergambar sokmo ler..



:: Sampai je kat sana kitorang tak lepak lama terus keluar nak g jalan2.
:: Masalahnya kitorang sume tak rancang pun nak pergi berjalan kat mana, cuma tengok signbord pastu ikut je.
:: Tapi nasib baik ada sepupu aku ikut sekali...
:: Tu Hubby aku dok pk nak g mana.. hehehehe,, lu pk ler yob.....



:: Jalan punya jalan kitorang singgah kat tempat org jual 'Limau Bali'.
:: Banyak betul kedai2nye.
:: Nak beli kat kedai mana pun tak tahu,, asal kitorang parking je semua amoi2 keluar cam burung,, hehehehe lawak plak aku tengok.
:: Tu gambar mak + adik aku sibuk membeli-belah buah limau bali.



:: Sebelum beredar dari situ harus bergambar dulu yer.. hehehehe ahkak suke...
:: Anak2 buah aku sume tu, kecuali yang pakai baju putih paling kiri tu kak ngah aku.
:: So selesai sudah aktiviti membeli buah limau bali.


ADA 1 LAGI DESTINASI YANG TAK DIRANCANG TERJADI......YUHUUU.... NAK TAU KAT MANA?? TUNGGUUUU..........

:: RAMAI BETUL... ::

|
Haritu kan aku ada cakap yang budak praktikal nak masuk.. Sebelum ni klu ada budak praktikal masuk, dorang selamba je bawak diri sendiri datang untuk praktikal.. So semalam terkejut gak aku sebab dorang2 ni datang dengan parents dorang tuh. Perghh macam nak anto anak g PLKN plak. Aku risau je sebab dorang datang siap bawak toto + bantal + Baldi kira cam nak dok kat asrama plak.. Uhhh mana nak tinggal dorang2 ni. Itu aku tak pasti biar bos yang kasi settlekan. Hampir sejam lebih dorang tunggu bos datang, kesian dorang terpaksa menunggu lama sbb semalam pulak bos tak sihat.



:: Gambar ni aku dpt dari member aku.
:: Bos belanja makan tu...



INFO sikit :: KESELURUHAN BUDAK PRAKTIKAL YG ADA SEKARANG 10 ORANG.... korang bayangkan lah........ ramai seh.

:: BERITA TERGEMPAR ::

|
Sepatutnya aku dah balik di waktu ini, tetapi ada sesuatu yang terjadi di ofis aku sekarang,..........



Apapun esok ceritakan berita sepenuhnya.

:: SERIUS PUNYE BUSY ::

|
Minggu ni adalah minggu paling sibuk bagi aku.. So untuk update citer percutian aku nanti aku akan update kan ye.. Sebab sekarang ni terlalu banyak kerja yang harus aku selesaikan........



:: Ni la rupa orang yang sedang sibuk ya amat.
:: Agak2 ada yang rindu kat aku tak.....hehehe

Ok jumpa lain masa.

:: PERJALANANKU KE NEGERI PERAK :: Part 1

|
Walaupun percutian aku sudah hampir 2 minggu berlalu aku tetap nak update kisah perjalanan ku jugak....

Perjalanan ke Seremban: 12.6.2010
Bertolak ke Perak: 13.6.2010



:: Perjalanan ke Perak mengambil masa hampir 3 jam dari Seremban.
:: Dah lama jugak tak jejakkan kaki ke sana.
:: Aku ke sana sebab sepupu aku bertunang.
:: Sepanjang perjalanan yang penuh dengan tumbuhan hijau dan gunung-ganang.



:: Ni la muka aku yang sangat tidak sabar untuk sampai ke tempat destinasi....
:: Tembam seh...... :(



:: Si Wani ni, mama dia nak ambik gambar, dia boleh ambik aku plak..
:: Tu kamera mainan tu, kononnya nak ambik jugak la cam mama dia,, ermmm wani.. wani..


Nantikan Part 2 pulak........ :)

::AKSI BERANI ! ::

|
Apa la nak jadi ngan Dek Nuyi ni,,, Ermm... Macam-macam hal.... itu macam pun bleh ka...



:: Time ni aku sekeluarga mengadiri majlis perkahwinan kat Dewan, area JB.
:: Kalau bab makan aku akan kata sedap, sebab mmg sedap.
:: Nak pulak makan secara buffetkan.
:: Time tu aku tak dok diam sebab melakukan aksi kejar mengejar ngn Dek Nuyi.
:: Dia boleh berlari2 kat dlm dewan tu,, uhh penat gak nak melayan karenah dia,,
:: Kakak Wani ok la diam je tapi klu tgk adik main dia pun main jugak.



:: Part ni yang tak leh tahan.
:: Dek Nuyi kalau bergambar akan melakukan aksi2 berani begini.. ermmm.. korang berani ke??

:: NEW LOOK ::

|
Disebabkan arini Isnin kepala agak2 ting-tong sikit. Sebelum memulakan kerja harus update sikit untuk mukadimah harini.



:: Dapat tugasan untuk design job customer, ni design menda lain..
:: Apa nak jadi la ngan aku ni,, camne nak jadik pekerja yang cemerlang cenggini...
:: Errmm relek la, sungguh pun aku design menda lain tapi job customer aku siap beb.
:: Pandai2 la bahagikan masa,, kata nak jadi pekerja contoh alaf ni kan..
:: Kalau arini Isnin aku mesti cam blur2 je kan sebab syok sgt weekend..
:: Ok, nantikan update aku seterusnya dalam masa terdekat ini..
:: Bye,, nak sambung buat kerja... :)

:: KENANGAN BERSAMA ::

|
Time ni aku bersama dengan budak praktikal yang sesungguhnya gile2 cam aku jugak. Tempoh 6 bulan bersama dorang banyak kenangan antara kau dan aku, cewahhh melalut la pulak.. Tak susah pun nak jaga dorang ni, sebab dah beso2 belaka... Kalau suruh mesti dorang buat. Good girl..


:: Dari kiri RUBY + LAILA + CHA.
:: 3 dara pingitan ada yang berkenan dihati,, hehehe acah je budak la tu wei..
:: Serius dorang ni memang kepala gile, seronok lepak ngan dorang ni.



:: Aritu kitorang dah buat usul lam meeting nak buat t-shirt untuk pekerja.
:: So aku ok je, tak yah la aku susah2 nak pk nak pakai baju apa g kerja kan,,
:: Company nak sponser t-shirt kerja tapi 2 helai sahaja untuk seorang, ermm kira ok la tu dari takde.
:: Alang2 budak praktikal nak abis bos dengan bermurah hati nak bagi t-shirt untuk dorang jugak, tapi sehelai seorang.
:: Harus bersyukur dong...



:: Laila di antara yang rapat ngn aku.
:: Perihal balak dia pun den tau, ala2 manja gitu dok tanya pengalaman aku berkapel dulukan,, hehehe. ahkak jugak.
:: Dia dari Politeknik Seberang Prai.



:: Agak2 korang yang mana nama aku?
:: Hehehe,,, sonang baitu.......


>> Ok siap untuk entry harini, aku nak sambung buat kerja. Happy Weekend!

:: MASQUERADE CAFE ::

|
Time ni sebenarnya perut masih kenyang lagi tapi disebabkan nak cuba masakan kat kedai dorang ni, aku gagahi jugak la. Aku terpanggil untuk ke sana adalah disebabkan namanye sungguh unik..


:: Tengok la muka org lapo,,, hhahaha yer la lapo la sangat, kenyang tau time tu tapi saja nak cuba2 rasa masakan dia.
:: Bagi aku sedap, harga tak la mahal sgt,, kira ok la.
:: Menu yang aku order 'NASI MASQUERADE' + 'HAZELNUT WHITE COFFEE'
:: Kalau tengok konsep dalaman cafe ini aku suka sgt sebab modern.
:: Aku ingat nak sambut anniversary kat situ nanti. yuhuu..
:: 3.7 ni genap 5 tahun usia perkahwinan aku.


:: Banner tu aku yang design,, hihihihi sebab tu nak pegi sangat tu nak tgk tompek eh..
:: Aku suka kalau buat design berbackgroundkan hitam.
:: Tapi tgk jugak ada yang customer tak berani nak guna warna hitam ni.
:: Bagi aku warna hitam nampak elegant.. kan..kan..
:: Ha klu korang nak cuba cefe ni kat banner tu ada alamatnya..
:: Sapa yang dok kat area Pasir Gudang boleh la mencubanya.. dah dekat dah tu..

>> Ok nanti esok aku update cite percutian aku lak,, tunggu. ;)

:: KUIH PALING SODAP ::

|
Ntah kenapa lam kepala asyik teringatkan kuih sodap itu. Teringat sebab ada beli kuih tu minggu lepas, ternyata memang sedap. Semalam ada pasar malam, nasib baik gerai makcik tu bukak. Ianya sedap sebab dibakar. Sungguh sihatkan pemakanan begitu. Sebelum ni aku pernah jugak nampak kuih tu tapi tak pernah makan lagi. Aku terpanggil untuk mencuba kuih itu sebab cara memasak kuih itu berlainan dr kuih2 yang lain, sebab ianya dibakar.


:: Ni la rupa 'KUIH DANGAI'
:: Aku segan la nak ambik gambar kat pasar mlm tu, kang org kata aku ni over plak nak g pasar mlm pun nak bergambar bagai.
:: Nanti la minggu dopan kok aku poei lagi aku ambik gambar yo...
:: Aku pun tak pasti asal usul kuih ini, kalau ada yang tau meh la bagitau ngan cek.
:: Semalam beli rm2.00 untuk seperti gambar di atas.
:: TAK CUKUP TU BELI, SAMPAIKAN HUBBY YANG BARU KENAL AKAN MAKANAN ITU PUN SUKE.
:: Ternyata kuih itu boleh dikategorikan 'kuih paling sodap alaf ini'

>> Kalau ada yang tau cene nak buat kuih tu, kongsi ngan nasaz heh.. :)

:: STIKER HIJAU ::

|
Ni la aktiviti aku waktu lapang. Asal bos tak de je, mula la buat kerja yang bukan-bukan. Hehehehe al-maklum lan stiker banyak terlebih-lebih kan.. so ade je benda nak buat.


:: Ni la warna rembatan stiker aku iaitu 'Hijau'.
:: Yer kenapa hijau? sebab nak tampal atas permukaan yang bewarna hitam, so cute la kan.
:: Nak buat apa kat stiker tu????????
:: Yer nak tampal kat sini...........



:: Ni la stiker 'FIDO DIDO'.
:: Sebenarnya stiker ni bukan aku yang punya....dan juga bukan 'ahmad albab' yang punya tapi budak praktikal kat tempat aku ni yang punya.
:: Budak praktikal biasa la dah nak abis praktikal abis harta company diguna sebaik mungkin.
:: So aku ok je sebab stiker tu pun banyak gile yang tak digunakan lagi.

:: OHH.... NI KERJANYA YER..! ::

|
Entry ni adalah sambungan dari entry yang aritu.. Nak tau kan apa yang 'NURI' buat aritu. Jeng..jeng..jeng..



:: Ni la dia dalam senyap2 aku ambik gambar masa dia ada kat dapur.
:: Sekarang ni Nuri suka sangat ke dapur sebab dia dah pandai bukak peti ais.
:: Dia perasan aku ambik gambar sebab dia nampak lampu flash kamera aku..
:: Hehehehe,, sabo je si Nuri ni, selamba jer dia senyum cam org tak bersalah..
:: Uh.. anak-anak.....




:: Ni la dia pabila misinya berjaya.
:: Sekarang ni tak boleh letakkan cawan ke apa2 ke yang ada isi lam peti ais tu.
:: Habis semua dia ambik, bahaya kan.
:: Aritu ada cawan berisi air pun dia dah pandai minum sendiri.
:: Memang nak kena pantau kalau anak2 semasa usia sebegini.


Lepas ni aku cerita pulak pasal kakak dia..Wani.. lagi banyak pandainya...

Mood aku sekarang : NGANTOK ya amat...