:: SUKA PUTU BAMBU TAK?? ::

|

:: Ni Putu bambu faveret aku,,, kecik je senang nak masuk mulut... sekali ngap je..
:: Bila dia kecik so terasa la gula merah tu kan,, uhh terngeliur dah ni..
:: 1 bekas tu beharga RM2 je,,
:: Masa beli tu panas lagi.. so best gile time mkn tu..
:: Beli ni pun time pergi rumah mertua kat Kota Tinggi.
:: Kalau kena pada masa mmg ramai gile org beli.
:: Ni pun nasib baik aku pergi pun pagi lagi lam kol 10.30 pagi.



:: Ni la banner yg terpapar kat tempat jual putu bambu tu..
:: So pada sesiapa yang ada menghala ke KOTA TINGGI atau MERSING mesti ada perasan kedai tu..
:: Yang bestnye dia jual 1 jenis makanan je.. so sgt mudah n berbaloi2 erk...
:: Peace,, semoga bertambah2 rezeki kita semua, amin.

Mood :: Bosan.. cam nak g shopping jerk..

:: MUDAH TERPENGARUH TAK? ::

|
:: Gambar anak Nasaz..



:: Tengahari tadi aku pergi beli susu anak2 aku.
:: Biasa la kalau beli tu kan nak belek2 brand selain susu anak kite..
:: Tup-tup tengok ada terselit barang FREE kat brand susu lain..
:: Tengok cam menarik je.
:: Biasa la kita ni kan memang suka dengan benda2 free, tak kisah la apa benda sekali pun janji FREE..
:: Kalau aku mmg mudah terpengaruh jugak dgn benda free ni...
:: Kalau korang camne plak.. pernah terjadi cam Nasaz tak?

:: KOTA ISKANDAR ::

|

:: Masa ni aku pegi ke Majlis Perkahwinan sepupu hubby aku (Nana & Ariey) kat Pulai.
:: Sangat cantik dorang ni bagai pinang d belah 2.. :)
:: Lepas je menghadiri majlis tu aku ingatkan nak terus balik la, tetiba hubby ajak pergi ke satu tempat yang mmg tak pernah aku pergi.....



:: KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA, JOHOR.
:: Tempat ni aku memang tak pernah pergi.



:: KOTA ISKANDAR, aku mmg pernah dengar tapi tak tau pulak ada 1 penempatan yang di namakan Kota Iskandar,, serius seh..
:: Yer la bukan anak jati Johor pun,, den org NOGORI yo wok..
:: Ermm tempat dia ala2 cam Putrajaya la gitu..



:: Antara insan2 yang ku sayangi sedang berposing..
:: Ermm aku la yang jadik juru kamera nyer..
:: Ni salah satu tempat kat Kota Iskandar tu. (xsure tempat apa)



:: Time ni elok aku tabik tapi benderanye tak berkibar..ermm..
:: Beso seh tiang bendera tu..
:: Hubby aku tu biasa la cam aku jugak suka bergambar, tapi suka buat muka ala2 gitu...



:: Antara yang menyertai kami.
:: Kakak ipar+anak serta adik ipar aku.
:: Yang lain biasa la Nasaz + anak2.
:: Dan yang paling penting............. harus la gambar kenangan ngan darling den...



:: Nasaz + hubby.
:: Aku suka gambar ni sebab latar belakangnye cantik sgt..
:: Tup tup sudah hampir 6 tahun usia perkahwinan kami.


Mood :: Monyok!

:: MAJLIS PERTUNANGAN ADIK NASAZ ::

|

:: Ini adalah rombongan dari pihak lelaki (Seremban-adik den) ke rumah pihak perempuan (Melakau @ Melaka).
:: Hampir 9 kereta yang menyertai rombongan tersebut,,, ramai ko cam majlis kahwin plak.
:: Dari pihak kite, hantaran kale hijau.
:: Cuba carik mana NASAZ? hehehehe...



:: Perjalanan ke rumah pihak perempuan...
:: Cantik kan permandangan kawasan tu... hijau je.
:: Dan lagi cuba carik mana NASAZ... hahahaha..
:: Yang berbaju hijau gelap tu adik aku,, ermm sibuk la tu dok kol si buah hati soh stand by 1 2 3... uihh time ni lapar siutt...



:: Perbincangan antara wakil kedua-dua belah pihak.
:: Yang aku dgr dorang ni ikat tali pertunangan selama 2 tahun.
:: Ok la tu sebab yang perempuannya masih lagi belajar.
:: Biasanya kalau dorang tetapkan 2 tahun mungkin majlisnya awal erk..kan..kan.



:: Ni la bakal adik ipar aku... Ira namanya..nama penuh dia tak sure plak aku, ayu gitu..
:: Kat sebelah tu OMAK DEN.



:: Adik aku n tunangnya bersama rakan2..
:: Wah bergambar ala-ala best gitu..



:: Sicantik manis bersama hantaran.
:: Meriah seyh..



:: Ni la antara gambar kenangan aku bersama ahli keluargaku..
:: Yer cuba carik lagi mana NASAZFROG? yeeahaa..


Sekian utk entry arini... layan k.

Mood :: Bosan gler..

:: AKU PERLUKAN PENDAPAT KORANG ::

|

:: Harini aku rasa nak sgt korang bagi pendapat kat aku pasal satu perkara.
:: Pada yang ada anak berumur 4 & 5 tahun.
:: Mesti ada kan korang dah anta anak seusia 4 & 5 tahun ke tadika@taska.
:: Kalau yang 4 tahun tu mesti ada yang lasak, degil, malas, rajin dll sebab itu mmg satu sikap @ tabiat budak seusia itu.
:: Pada yang anta ke tadika pula mesti seronok sebab seawal usia 4 tahun telah menghantar anak2 ke tadika.
:: Mungkin pada usia 4 tahun adalah 1 peringkat untuk anak2 kite mula berjinak2 nak belajar, main, nyanyi,,, kan,,kan,,kan,,
:: Itu satu bonus pada anak2 kite sebab seusia 4 tahun sudah ke sana.
:: Bagi yg usia 5 tahun, adalah satu peringkat pertengahan sebelum masuk ke alam persekolah darjah 1.


:: Ok sekarang aku cuma nak tau anak2 korang jenis yang mcm mana?
:: Rajin ke, lasak ke, suka nyanyi ke, malas buat homework ke... dll
:: Aku nak kongsi dengan semua mak,ibu,ummi,mama,mami,papa,ayah diluar sana.
:: Dan bagaimana korang nak atasi setiap masalah itu.


Aku harap dapat kongsi pendapat dgn semua rakan2 NASAZFROG.. tq :)

Mood :: Biasa2 je..

:: MY BEST FRIEND ::

|

:: Ni aritu punya cerita, walaupun sudah lama aku nak jugak masuk kan gambar ni kat blog.
:: Ni la kenangan aku bersama kawan-kawan sekolah.
:: Ni member masa zaman SEKOLAH MENENGAH.
:: Patutnya ada 6 orang, tapi yang berkesempatan cuma 4 org sahaja.
:: Kitorang pun ada nama kumpulan tau, namanya adalah 'YUNASMALIEANIEDA'
:: Gabungan antara nama YUN+NAS+EMA+LIANA+YANI+IDA.
:: Nice kan.. hehehehe klu nak tau ada 2org yang single lagi lam gambar tu.. cuba teka yang mana. hehehehe



:: Ni la gambar zaman sekolah menengah SPM 1997.
:: Kalau ikut urutan nama 'YUNASMALIEANIEDA'adalah sama macam dalam gambar tu..
:: Rindu sgt nak kumpul kesemuannya...

Mood:: Boring + Penat

:: LIPSTIK PERISA JAGUNG ::

|

:: Aku tak pernah jumpa plak lipstik yang ada perisa jagung..
:: Korang pernah jumpa tak??
:: Aku rasa klu ada yang jual copek habih sobab eh,,, ramai yang terus makan,, heehehe.. mesti bau pun ada jagung kan... ermmm pelik2..
:: Dan lagi 1,, memang la pelik lipstik warna kuning cam gitu.. Tak hingin aku pakai, buat golak org je..

Mood :: Bosan + Pening

:: MY NUFFNANG RM 6XX6 ::

|

:: BERMULA DARI ANGKA 6 N BERAKHIR JUGA ANGKA 6....
:: SYUKUR ALHAMDULILLAH.....

Mood :: Biasa2 je..

:: TANJUNG LANGSAT@PASIR GUDANG

|
Assalammualaikum.... 28.2.2010 (Isnin)

Harini aku nak update yer kawan2.. Yer tau sekian lama aku menghilang... Sibuk sangat2.. Apalagi meh la tgk gambar-gambar yang ada...

:: Walaupun ini cerita lam tapi aku nak cerita jugak...



:: Masa ni suatu pagi aku sekeluarga ke Tanjung Langsat, Perghhh suasana sungguh menyamankan..
:: Tak sangka plak ada tempat yang best kat Tanjung Langsat ni..
:: Uhhh tak terkata,,, bagi yang minat memancing pun mmg best gak lah...
:: Ada tempat untuk lepak...



:: Aku ni sebenarnya mabuk gak berada lama2 kat laut.. walaupun tepi laut, angin eh tu, poning palo den.
:: Tengok la suasana kat belakang tu mmg best..
:: Jiwa boleh tenang. :)



:: Kat situ ada tempat untuk lepak tapi agak kotor sikit la mungkin tak de org yang menjaganya kot.
:: Masa aku pergi tu ada jugak la org memancing,, yang lepak2 yang famili bawak makanan pun ade.
:: Aku tak bawak makanan pun, ingatkan nak sarap kat area situ tapi tutup...


YANG PALING BEST N AKU TERUJA ADALAH ...................................................................................................................................................................


:: Ada sebuah rumah di hujung jalan.
:: Berdepan depan dengan laut plak tu.
:: Korang dapat bayang kan tak...
:: Kalau aku leh termenung seyhh membayangkan keadaan rumah kat hujung n depan laut plak tu,,,, uhhhh best ke tak best???


Mood :: ERkkk... kenyang bos belanja makan Pizza. Alhamdulillah.

:: HUTAN BANDAR @ JB ::

|
Walaupun ni cerita lama tapi aku tetap nak cerita jugak,, tak pe kan... Gambar banyak dah ambik rugi plak tak entrykan lam blog,, yuhu meh tgk2 gambo...


:: Masa ni baru je sampai kat 'HUTAN BANDAR',,, langkah pertama adalah bergambar terlebih dahulu...
:: Sangat nyaman sebab ada banyak pokok2 yang menghijau + tasik (tp kotor seyh.. ada bau).
:: Masa pergi ni pun tak rancang pun tetiba je hubby ajak pergi,, hehehe suke...



:: Time ni Papa + Wani dah jauh ke depan berjalan, tapi aku n Nuri masih jauh di belakang hehehe sobab eh Nuri kalau berjalan memang tak suka org pegang tangan dia.
:: Dia lebih suka jalan sendiri ikut suka hati dia,,, uihh bahaya kan,, no no no.. mesti nak kena pantau juga..
:: Habis semua org dia say 'HAI'. aduhai dek nuyi ni...



:: GAMBAR CANDID..


:: Yer Papa juga nak bergambar..
:: Buat kenangankan bersama anak2...
:: Hai dek Nuyi pantang tengok mama nak snap gambo, senyum aje... :)



:: Antara permandangan kat dalam 'HUTAN BANDAR'.
:: Ni baru first time aku sekeluaraga pergi ke 'HUTAN BANDAR'
:: Tempat mandi-manda untuk budak-budak sampai usia berapa aku tak pasti la..
:: Tapi memang best.. nak berjoging pun boleh kat luar kawasan tu...


Yuhu selesai sudah entry tuk arini...layanz..

Mood :: Ngantuk + sibuk.

:: KUEH LOPES ::

|

:: Antara kueh kegemaran aku...
:: Sedap sangat... yang penting pulut dia sodap n kuah gula dia best.
:: Hehehe tu beli je tu,,, nak buat blom lagi...

Mood :: Malas n ngantuk!

:: MACAM2 RAGAM DAA ::

|

:: Sebenarnya tengah2 buat design terjumpa gambar ni,,, tapi tak tau la klu korang penah jumpa ke tak...
:: Macam2 la dorang ni,, boleh plak chopstik cenggitu...
:: Tak berat ke...
:: Kat Malaysia ni ada jual ke...
:: Uihhh klu kuah dia banyak pastu termasuk lam kipas tu.. mampuih jawab eh.. ermmm
:: Esok la aku update yang betul2 punya.. pening pale la.. aduh...

:: MUTIARA MOTOR RESORT :: Part 2

|
Harini 2.2.2011 (Rabu), last day aku bekerja untuk minggu ini,, yahuuu cuti.. bestnye nak bersama2 ngn anak2.. :) Mesti blog ku akan bersawang kan,.. Cuti ni pun aku tak kemana pun dok rumah je, tapi tak tau la nanti klu ada last minute planning nak g memane ke,, Yang.. jomm g jenjln2.. hehe...Ermm jom layan entry yang penuh dgn gambar..


:: Merenung jauh memikirkan kehidupan....:).


:: Hehe cobaan buat cam ala2 photographer la gitu,,, saje suke2..


:: Suke sangat dengan persekitaran belakang tu.. cantik.... kombinasi warna dia,, uhh..

Sekian entry utk harini....

Mood :: Sakit perut + ngntuk...

:: ROTI CANAI ::

|
Harini 1.2.2011 (Selasa),, seluruh badan aku tak berapa sedap untuk bekerja tapi ku gagahi juga. Sakit perut + sakit tulang belakang + pening kepala + loya.. Ya Allah. tak tahan...


:: Akibat loya yg sgt memeningkan aku, aku kirim roti canai kat asst. manager aku.
:: Dengan harapan loyaku hilang, tapi tetap ada loya kat tekak ku ini...
:: Ermmm nak balik...
:: Tak bermaya aku nak buat keje...
:: Tengahari kang aku nak g settle ada hal yang sgt penting.. nak tau nanti lepas lunch aku citekan okeh... now aku nak berehat jap..


Mood :: Maleh + Tak larat... :(