:: RAMBUT TERPACAK ::

|

:: Perghhh kalau aku terserempak ngn mamat hensem rambut camni mesti aku terpaku...
:: Tentunya terpaku tgk rambut pacaknye....'
:: Hihihi..... apada.. rambut camtu.. tiup dek angin layu dah..
:: Ni sumber gambar yang lain aku carik lain yang aku jumpa..

Mood :: Blom nak rajin lagi + tekak dah start loya2..

:: NASAZ +VE !! ::

|

:: Syukur ke hadrat Ilahi atas reseki yang kau limpahkan.
:: Hari Khamis (31.3.20011) aku di sahkan mengandung.
:: Usia kandungku baru memasuki 5 minggu.
:: Bila aku tau je result doctor tu bagitau positif, so aku pregnat..
:: Alhamdulillah.... Aku bersyukur sangat.
:: So sekarang ni Nasaz.. NO DIET okeh... harus makan makanan yang cukup berkhasiat untuk memastikan kandunganku sihat.
:: So pada teman nasaz yang juga pregnant tahniah ku ucapkan.
:: Pada teman2 Nasaz yang nak share cara2 pemakanan yang sihat di alu2kan..

Mood :: Gumbira rasa di hati. :)

:: Doktor kata NASAZ -VE atau +VE? ::

|
Harini 1 April 2011 (Jumaat),, Syukur alhamdulillah kite sudah berada di awal bulan 4 tahun 2011... Semoga kite di beri kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki, amin.


:: Ni cite petang semalam.
:: Kan semalam aku ada ceritakan yang tangan+badan+kepala aku menggigil.. nak kata tak makan aku makan pagi tu,, oh yer aku batuk sekali...
:: Tapi aku memang ada 'TEKANAN DARAH RENDAH'.. ermm
:: Kalau nak di ikutkan kalau time makan kena makan tak leh tunggu, kalau tak angin masuk camni la jdnye..
:: Aku pun dah risau g la jumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan.
:: Pastu doctor suruh cek sekali air kencing...uittt....
:: Siap buat pregnant test sekali sebab aku dah lewat 2 minggu tak period..
:: Agak2 korang result tu -ve ke +ve??


Mood :: Kepala masih lagi melayang seolah2 berada diawangan....xoox

:: ANANG DI MAJLIS PERKAHWINAN KRISDAYANTI ::

|

:: Datang jugak Anang di majlis perkahwinan Krisdayanti ngn Raul aritu yew...
:: Bagus2 tak bermusuhan antara mereka ni malah Anang amat merestui perkahwinan mereka itu...
:: Siap berpelukan lagi.. sib baik tak bertumbuk.... hehehehehe



:: Ha aku tak tau pulak apa yang dorang borakkan tu..
:: Dua2 senyum kira ok la tu..
:: Kalau nak di tengokkan hensem lagi Anang erk.. ermmm



:: Ha time ni Anang berpelukan ngn Krisdayanti (mantan isteri Anang yew) pulak.
:: Berpelukan tanda merestui merestui perhubungan mereka..
:: Pergh.. tak jeles ke si Raul tu tengok.. ye la kan dorang tu laki bini dulu...
:: Apapun moga2 ikatan itu berkekalan, amin.



Mood :: Kepala melayang + tekak cam tak best je..

:: KUEH TIEW PAKIMAU ::

|

:: Sebenarnya tengah2 buat design untuk Signboard kedai makan ni,, tetiba lak aku terbaca menu dia..
:: 'KUEH TIEW PAKIMAU' perghh memang pelik ah,,
:: Nama menu dia cenggitu erk,,,
:: Kalau tengok pada gambar biasa je aku tgk..
:: Aku mmg tak pernah mkn lagi,,, kedai ni kat area JB..
:: Mcm2 nama ke mmg ada makna.. kot2 tu lam bahasa Siam ke,, yer kew... ntah la..
:: Aku tak larat nak tulis pjg2.. kepala tgh melayang....

Mood :: Pening + Lesu2 badan..

:: LORI SIMEN YG BERBAHAYA ::

|

:: Ni la permandangan di waktu pagi kalau aku nak pergi kerja.
:: Itu kite tengok nampak 2 line kete kan,,,
:: Kalau naik gile semua kete ni leh jadi sampai 3 line tau.. hahaha bertambah la sesak dibuatnya.
:: Ni ada satu 'LORI SIMEN' yang bagi aku sangat la berbahaya.
:: Kalau nak ditengokkan memang membahayakan kite dan tentunya penunggang motosikal...
:: Kat gambar tu adalah jarak kete aku dgn lori simen tu...
:: Pastu van sebelah tu cam tak sabar2 lak kan,, lalu memotong ikut kiri.. perghh.. tak sabar betul...




:: Ni adalah view yang dekat...
:: Tengok tu ada air yang meleleh dari corong lori simen tu..
:: Lepas tu kat dlm tong besar tu ada air berkocak2. perghh lagi la bahaya,,, agaknya tgh proses simen kot lam tu..
:: Kalau tak silap aku, dulu ada kes sebuah kereta terkena tumpahan simen ni kan... ermm seingat aku la..
:: Kan merbahaya tu....
:: Korang pun kalau berada di belakang lori simen harap jauhkan jarak kenderaan anda ok...
:: Hati2 di jalanraya k...

Mood :: Tangan menggigil, napa tah...

:: JOM!! CAT RUMAH ::

|

:: Time ni pergi survey cat untuk bahagian yang tak sempat2 lagi nak dicat kat umah den tu.
:: Ada sebahagian dinding yang dah dicat dan nak di padankan mengikut kesesuaian dan nampak nice kan.
:: Pening jugak time ni nak memilih warna yang betul2 sesuai.
:: Pada display color tu pun bkn la 100% sama dgn hasilnya nanti,, tu yang teragak2 memilih...
:: Last2 suruh budak kt situ cek kat komputer hasil pada gambar utk dapatkan hasil warna.



:: Akhirnya mendapat kata putus antara aku + hubby.
:: Ala tak banyak pun sebab ada beberapa bahagian je yg nak dicat.
:: Boleh pening ooo tengok banyak2 warna ni...
:: Yes.. nak tengok warna apa yang nasaz beli n hasilnye...
:: Tunggu.. next entry k....


Mood :: Pening yg melayang2...

:: AYAM GOLEK ::

|
Selasa, 22.3.2011, Arini hujan rahmat,, walaupun aku lambat masuk keje aku tetap bersyukur sebab selamat sampai ke destinsi. Memang asal hujan je jalan mesti jem,, Ermm.. nak buat cene kan,, redha je la...


:: Haritu hubby belanja belikan 'AYAM GOLEK'.
:: Rezeki jangan di tolak yew.
:: Aku suka beli ayam golek kat area cahaya masai sebab perapan ayam sedap, terasa semua bahan2nye.
:: Yang paling best kuah dia... ermm untuk seekor hanya 2 bungkus je kuah dia bagi,, bila kite mintak dorang kate 'kuah ngam2 la'.



:: Ni la rupa ayam golek yang memikat kalbu.
:: Kalau aku part kepak mmg aku suka.
:: Wani pun pandai dah makan tulang, tang isi tak nak makan plak,,,
:: Ikut jejak papa dia la,, suka makan tulang,, apadaa....


Bosan :: masih menjadi tanda tanya!

:: (GAMBAR) PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN KRIS DAYANTI DAN RAUL LEMOS DI JAKARTA ::

|
JAKARTA 20 Mac – Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti selamat bergelar isteri kepada usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos sebentar tadi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Kris, Trenggono dalam majlis yang diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman di sini pada pukul 9.05 pagi. – Utusan








credit to utusan!

:: MANJA ATOK MAT ::

|

:: Ni gambar masa kat Melaka.
:: Hahaha tengok la tu punya la atok eh memanjakan cucunye..
:: Yang Wani cam malu2 gitu.. yer la terasa diri tu dah beso.
:: Yang Nuri plak mmg suka.. tgk tu manja ngn atok dia.
:: Atok eh kalau cucu eh ramai kek rumah diajar nye menari,,, siap ado lesson 1 & 2 lagik tu...
:: Yang Nuri la suka layan Atok Mat eh ni..
:: Dah 16 orang cucu dah ayah aku ni...
:: Umur ayah aku ni dah 72 tahun,, alhamdulilah masih sihat.

Mood :: Tak sabar nak balik..

:: SUKA PUTU BAMBU TAK?? ::

|

:: Ni Putu bambu faveret aku,,, kecik je senang nak masuk mulut... sekali ngap je..
:: Bila dia kecik so terasa la gula merah tu kan,, uhh terngeliur dah ni..
:: 1 bekas tu beharga RM2 je,,
:: Masa beli tu panas lagi.. so best gile time mkn tu..
:: Beli ni pun time pergi rumah mertua kat Kota Tinggi.
:: Kalau kena pada masa mmg ramai gile org beli.
:: Ni pun nasib baik aku pergi pun pagi lagi lam kol 10.30 pagi.



:: Ni la banner yg terpapar kat tempat jual putu bambu tu..
:: So pada sesiapa yang ada menghala ke KOTA TINGGI atau MERSING mesti ada perasan kedai tu..
:: Yang bestnye dia jual 1 jenis makanan je.. so sgt mudah n berbaloi2 erk...
:: Peace,, semoga bertambah2 rezeki kita semua, amin.

Mood :: Bosan.. cam nak g shopping jerk..

:: MUDAH TERPENGARUH TAK? ::

|
:: Gambar anak Nasaz..



:: Tengahari tadi aku pergi beli susu anak2 aku.
:: Biasa la kalau beli tu kan nak belek2 brand selain susu anak kite..
:: Tup-tup tengok ada terselit barang FREE kat brand susu lain..
:: Tengok cam menarik je.
:: Biasa la kita ni kan memang suka dengan benda2 free, tak kisah la apa benda sekali pun janji FREE..
:: Kalau aku mmg mudah terpengaruh jugak dgn benda free ni...
:: Kalau korang camne plak.. pernah terjadi cam Nasaz tak?

:: KOTA ISKANDAR ::

|

:: Masa ni aku pegi ke Majlis Perkahwinan sepupu hubby aku (Nana & Ariey) kat Pulai.
:: Sangat cantik dorang ni bagai pinang d belah 2.. :)
:: Lepas je menghadiri majlis tu aku ingatkan nak terus balik la, tetiba hubby ajak pergi ke satu tempat yang mmg tak pernah aku pergi.....



:: KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA, JOHOR.
:: Tempat ni aku memang tak pernah pergi.



:: KOTA ISKANDAR, aku mmg pernah dengar tapi tak tau pulak ada 1 penempatan yang di namakan Kota Iskandar,, serius seh..
:: Yer la bukan anak jati Johor pun,, den org NOGORI yo wok..
:: Ermm tempat dia ala2 cam Putrajaya la gitu..



:: Antara insan2 yang ku sayangi sedang berposing..
:: Ermm aku la yang jadik juru kamera nyer..
:: Ni salah satu tempat kat Kota Iskandar tu. (xsure tempat apa)



:: Time ni elok aku tabik tapi benderanye tak berkibar..ermm..
:: Beso seh tiang bendera tu..
:: Hubby aku tu biasa la cam aku jugak suka bergambar, tapi suka buat muka ala2 gitu...



:: Antara yang menyertai kami.
:: Kakak ipar+anak serta adik ipar aku.
:: Yang lain biasa la Nasaz + anak2.
:: Dan yang paling penting............. harus la gambar kenangan ngan darling den...



:: Nasaz + hubby.
:: Aku suka gambar ni sebab latar belakangnye cantik sgt..
:: Tup tup sudah hampir 6 tahun usia perkahwinan kami.


Mood :: Monyok!

:: MAJLIS PERTUNANGAN ADIK NASAZ ::

|

:: Ini adalah rombongan dari pihak lelaki (Seremban-adik den) ke rumah pihak perempuan (Melakau @ Melaka).
:: Hampir 9 kereta yang menyertai rombongan tersebut,,, ramai ko cam majlis kahwin plak.
:: Dari pihak kite, hantaran kale hijau.
:: Cuba carik mana NASAZ? hehehehe...



:: Perjalanan ke rumah pihak perempuan...
:: Cantik kan permandangan kawasan tu... hijau je.
:: Dan lagi cuba carik mana NASAZ... hahahaha..
:: Yang berbaju hijau gelap tu adik aku,, ermm sibuk la tu dok kol si buah hati soh stand by 1 2 3... uihh time ni lapar siutt...



:: Perbincangan antara wakil kedua-dua belah pihak.
:: Yang aku dgr dorang ni ikat tali pertunangan selama 2 tahun.
:: Ok la tu sebab yang perempuannya masih lagi belajar.
:: Biasanya kalau dorang tetapkan 2 tahun mungkin majlisnya awal erk..kan..kan.



:: Ni la bakal adik ipar aku... Ira namanya..nama penuh dia tak sure plak aku, ayu gitu..
:: Kat sebelah tu OMAK DEN.



:: Adik aku n tunangnya bersama rakan2..
:: Wah bergambar ala-ala best gitu..



:: Sicantik manis bersama hantaran.
:: Meriah seyh..



:: Ni la antara gambar kenangan aku bersama ahli keluargaku..
:: Yer cuba carik lagi mana NASAZFROG? yeeahaa..


Sekian utk entry arini... layan k.

Mood :: Bosan gler..