:: MAJLIS KAHWIN KAT JB FAMOUS DGN TOL.. BETUL KE ::

|

:: Ha yang ni adalah sambungan cerita dari kisah sebelum2nya..
:: Ni la rupa pelamin abg ipar aku haritu.
:: Cantik tak,,, hehehe buat kat dewan ok la space besar dan nampak best.
:: Kalau kat umah ruang sangat lah terhad.. kan,.,kan.
:: Dulu aku kahwin pelamin biase2 je...
:: Takpe janji masa aku dulu adalah kisah terindah buat aku..... hihihhi



:: Aku rasa ni la situasi yang sering kita jumpa kalau ada majlis perkahwinan kat JB,, (ermm jap aku tak sure la 100% masih ada or tidak)
:: Masa ni ada,, abg ipar aku kena lalu TOl.. hehehe apada TOL..
:: Kalau dah namanya TOL,, kena la bayar duitkan,,
:: Ala yang aku tahu ini adalah simbolik bagi org JOHOR, dimana di TERUNA nak jumpa si DARA,,, iyer dak,,,
:: Ada TOL naru leh masuk,, hehehehe...
:: Yuhuu.. macam2 kan..



:: Ni gambar terakhir yew...
:: Aku bersama sepupu hubby aku.. Maz dan anaknye Sabrina yang sangat bijak okey..
:: Ok la ebry untuk harini... Sambung esok...daaaa

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|


:: Kasih sayangku untukmu.... :)

:: WANI OHH.. WANI.. ::

|

:: Harini besday anak Nasaz... NURSYAZWANI, lahir 14.6.2006,.
:: Dah 5 tahun umur Wani.
:: Dari kecik dia membesar depan mata aku.
:: Banyak perkembangan yang aku nampak.
:: Alhamdulillah atas kurniaannya.
:: Mama berharap Wani menjadi anak yang bijak, berbakti dan solehah.
:: Kalau di tanya apa cita2 Wani, dia akan jawab nak jadi POLIS... perghh takut Mama seyh...
:: Apapun mama aku cuma berharap anak2 aku menjadi orang yang berguna satu hari nanti,, insyaallah.

Jom layan gambar2 Wani time kecik2 dulu...



:: NI WANI TIME BABY LAGI....




:: TIME NI RAMBUT WANI PANJANG DAN ADA CURL2.. PERGHH SANGAT CANTIK,,,
:: TAPI SAYANGNYA BILA DIA DAH MASUK TADIKA TERPAKSA LA POTONG.. ERMMM.. SAYANGKAN..


Ok entry untuk harini...

:: MAJLIS KAHWIN, part 1 ::

|

:: Majlis Perkahwinan 2 mempelai yang sangat cantik.
:: Pengantin lelaki yang paling kanan itu adalah abang iparku serta kakak iparku,, ewah.. sudah ada kakak ipar aku yew...
:: Cantik kan baju dia warna pink, suka sangat!!
:: Yang sebelah kiri (lelaki) adik kepada kakak ipar aku,, so dorang buat majlis sekali harung.. Yup good idea.



:: 2 beradik yang jalan seiring.. Wani + Nuri.
:: Walhal time ni cuaca panas,, tapi dek leka tengok paluan kompang, layan jugak tengok...
:: Wani buat muka selamba je mama dia ambik gambar... Dia mmg camtu... :)



:: Hahahaha.. gelak dulu....
:: Ermmm ni gambar Nasaz ngan hubby.. tak lupa untuk di tepek okeh...
:: Gambar empunya diri mesti letakkan....

Nak tengok pelamin dorang tak.. nanti entry seterusnya k,,, Nasaz nak sambung buat kerja dulu....

Mood :: Ngantuk!

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|

:: Serius seumur hidup den tengok potai punya la godang cam tu.....

>>Nasaz masih lagi mual2
Peace..

:: TENGKU MAHKOTA JOHOR ::

|

:: Ni kisah minggu lepas...
:: Nak ambik member kat Hotel Selesa.
:: Sekali ternampak kereta mewah weii...
:: Ada 1 kereta tu tertera tulisan TMJ (Tengku Mahkota Johor)
:: Kalau tak silap aku dia datang pasal 'KEMBARA MAHKOTA JOHOR'.
:: Rasanya baru aritu program 'KEMBARA MAHKOTA JOHORA'.
:: Untuk tahun ni dah mula balik dah.
:: Sebenarnya kat kereta ada tulis TMJ tapi terlindung kek amoi,, huhhh tertutup sudahh!

Apapun layan!!

:: KAMI BERTI3A ::

|

:: Hanya kami bertiga sahaja yer..
:: Aritu kuar ngn dorang seronok sgt,, papa tak ikut...
:: Kami sahaja yang pergi shopping..
:: Sempat la merembat seluar pregnant n lain2..
:: Korang tengok yang mana satu ikut rupa aku.. hehehe dah takde keje la tuh..
:: Masing2 buat hidung kembang apsal ntah...

:: AIR KELAPA BAKAR ::

|

:: Pada yang tak pernah tengok rupa air kelapa bakar,, ha cenggitu la rupenya...
:: Air tu ada jual kat JB ni,,, walaupun dah bertahun aku dok sini tapi ni la kali pertama aku cuba minum air kelapa bakar..
:: Aku beli yang sejuk & panas.
:: Harga RM3 sebungkus... Perghhhh.. boleh tahan harga dia.
:: Tapi tengok makcik tu siap pakai sarung tangan lagik tu nak ambik kelapa tu..
:: Bagi aku, rasa dia ok la tapi tak menjadi kegemaran aku la..
:: Ke mungkin sebab aku tengah pregnant tak leh rasa yang pelik2...
:: Apapun layan kan je la....

:: KUALI SAKTI ::

|
Arini aku tak berapa sihat.. batuk2 & badan bisa2,, perghh tapi larat lagik datang keje.. Alhamdulillah...


:: Balik dari keje aritu aku tengok hubby tgh sibuk memasak kat dapur,,
:: Sekali aku tgk kuali siap bertutup lagik... Aku ingatkan apa...
:: Rupa2nya......




























































































































:: Sekali ada isi kupang daa...
:: Aku jarang makan kupang ni...
:: Tapi selepas hubby suapkan kupang ke mulut aku,, ermmm sodap gak...
:: Pastu kasi Wani n Nuri makan,,,, ha ko dorang pun suka,,,
:: Wani sampai bertambah ko,,,,
:: Harga kupang untuk sekuali itu hanya RM3.00 sahaja, murah tak??
:: Ke memang itu harga sebenarnya,....

Apapun layan je la.....

:: NASAZ TERKINI ::

|
Assalammualaikum..... Subhanallah lama sungguh aku tak update blog, walaupun aku ada jenguk2 blog member2... Serius banyak kerja aku sekarang ni,, balik umah buat kerja lagi... Alhamdulillah segala rezeki yang ko limpahkan...


:: Ada yang rindu kat Nasaz ke heh..
:: Yer dengan keadaan aku sekarang ni,, memang mood nak berblog sedikit kureng...
:: Apapun aku ada jugak mengikuti perkembangan rakan2 yg lain.
:: Buat masa ni aku akan cuba update perkembang aku dari masa ke semasa...
:: Uhhh paneh betul harini... tapi lam ofis ni sejuk,, bdn pun cam nak domam yo ha...
:: Ok setakat ni dulu utk harini.. nanti Nasaz update lagik k,, insyaallah.

Sambung wat keje.. yuhuu... :)

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|


:: RONDANG AYAM YANG MENJADI IDAMAN KALBU..
:: PALING BEST KALAU ADO PULUT KUNING SEKALI... WAAHHH!!

>> Baru lopeh tipon omak den soh masakkan 'rondang ayam' hehehe,, bertuah punya anak!
>> Apo nak buek rondang omak den sodap apo!

:: LAWAK GILE BUDAK NI ::

|
Ni kejadian semalam okeh,, aku pecah perut tergelak ngn member kat sini.. Cite pendek je tapi.......... korang tgk la sendiri....


:: Ok semalam bos panggil sorang budak praktikal ni masuk bilik.
:: Bos bagitau material untuk barang yang nak di hantar print.
:: Ok la budak tu dah tulis semua... sekali sampai kat tangan aku sebab aku nak hantar printing job tu.
:: Sekali aku terbaca perkataan 'GOSTAN' stiker... hehehehehehe.
:: Korang pahamkan maksud 'GOSTAN' tu.. ehhehehe gelak lagi..
:: Tapi perkataan tu tak sesuai utk ayat itu...
:: Klu 'GOSTAN' biasa digunakan untuk kereta kan.
:: So bos sebut material 'REVERSE STIKER'
:: Oleh kerana dia tak tau spelling word 'REVERSE' so dia tulis la 'GOSTAN'
:: Arghh adoi,, gelak guling2...

Macam2 hal la budak praktikal ni....

Mood :: Biasa2 je..

:: 15 jenis makanan larangan dijual di kantin sekolah ::

|


KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.


Sumber: Berita Harian Online

:: MAKAN SATAY YUKK ::

|

:: Yeay..yeay.. mama beli satay... itu la kata2 kegembiraan dari Wani... faveret dorang ni...
:: Aku pulak biasa la, time pregnant ni teragak nak mkn apa aku terus beli..
:: Dan paling yang aku tak tahan sekarang ni time lapar je tak leh tunggu lelama mesti perut berbunyi n tak selesa.. so cepat2 makan apa yang patut.
:: Ok sambung cerita pasal Satay.
:: Tu la 2org anak dara den yang menanti nak mula makan Satay.. hehehehe



:: Ni la rupa satay yang aku beli.. Campur2 ayam + daging.
:: Secucuk RM0.50 + nasi impit = rm14.50
:: Dulu aku pernah makan satay babat (perut).. sedap jugak tapi susah nak jumpa kat sini.
:: Nasib baik kuah dia sedap,,, so selera la makan time tu..



:: Ni aksi Wani makan satay..
:: Dia memang suka sangat makan satay ni...
:: Tapi dia lebih suka makan satay ayam dari daging.
:: Bila dah makan2 tu main2 pulak kuah dia siap celup2 timun lam kuah tu,, ermm anak2..



:: Ni pulak gaya si Nuri makan.
:: Mama beli satay tapi dia syok makan nasi impit.. banyak jugak dia makan..
:: Agaknya dia suka makan yang lembut2 agaknya..
:: Satay pun sikit je dia makan.
:: Itupun dia makan sikit pastu p letak lam kuah satay.. ermm yer anak2...
:: Tak pe yang penting dorang ni makan..
:: Time ni papa keje malam tapi masuk petang so.. aku beli je lah.
:: Tup.. typ tengok papa masak,, ermmm apa nak buat sume dah kenyang.. apapun tq papa masakkan.

Ok aku nak pengsan dah ni,, tak larat.. ok daaa...

Mood :: Malas nak half day boleh tak bos? mmmm