:: RAMBUT DAH PARAS MATA ::

|

:: Ni manja mama.... malam tadi tido ngn mama..
:: Manja sangat ngan aku....
:: Wani dah pandai tido kat bilik dia sendiri sengsorang.. good..
:: Tengok je la rambut dia... cepat panjang. nanti nak potong depan je,, yang belakang nak bela bia panjang... hehehe...
:: Nanti aku tunjukkan rambut depan yang dah potong pendek...

Mood: Asyik tak sihat je...

:: IKAN TERUBUK BAKAR ::

|

:: Ikan terubuk ni antara ikan kegemaran aku,,, memang sodap kalau masak apa pun,, nak masak asam podeh ko,, goreng je ke,, nak bakar pun boleh.
:: Isi dia memang sedap,, tak caya korang cuba la rasa..
:: Ikan terubuk bakar ni hubby aku yang masak..
:: Aritu berbuka pun rasa cam tak cukup je.,,, hehehehe..



:: Yang ni kobis masak lemak... ni pun aku suka,, tapi simple je,, ok la anak2 pun bleh makan..
:: Ha... yang aku masak.. hehehehe
:: Yang sonang2 sompek la den masak..



:: Cam biasa air teh o panas untuk berbuka... ni hubby aku suka..
:: Aku kengkadang je,, yang aku layan air sejuk je,, ohhhh

Mode:: Nak shopping tapi tak berkesempatan lagi...


:: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN SEMUA ::

|
Sekian lama aku tak update blog aku ne.. ermmm serius aku sibuk sangat2... Harini Sabtu baru la aku ada masa...


:: Dikesempatan ini aku nak ucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN' buat semua rakan2 nasaz...
:: Semoga Bulan Ramadhan kali ni memberi keberkatan buat kita semua, mudah-mudahan, amin.
:: Ingat yer elakkan membazir ketika puasa ni, al-maklum la nafsu time puasa ni agak lain macam sikit erk..
:: Nak pulak time nak berbuka ni memang macam2 benda2 yang kita nak beli,,,
:: Insyaallah... nanti kita jumpa lagi erk...

:: ENTRY SUKA-SUKA ::

|
Assalammualaikum, wah lama tak update.. Tak berapa nak rajin la... ni baru ada rasa rajin sikit.... Entry kali ni sekadar nak berkongsi gambar je... Kalau nak cerita tu biasa2 je...


:: Nuri sekarang dah berusia 2 tahun 8 bulan.
:: Wah macam2 pandai sekarang.. asyik membuli kakaknye je... kesian Wani..
:: Nuri ni garang jugak orgnya, suke menggigit.. abislah kalau berebut barang., klu tak bagi siap kena gigit.
:: Badan kecik molek je Nuri ni,, tak macam Wani ikut Mama.. hehehe
:: Aku mendoakan agar anak2 ku sihat serta di beri perlindungan oleh-Nya, amin.



:: Aku sekarang semakin tembam, berat badan bertambah, selera makan cam biasa je,,,
:: Skang ni aku sgt mementingkan pemakanan aku..
:: Kalau pg sarapan biasa2 je, lunch makan buah2an je, ptg baru makan nasi.
:: Sekarang ni ok la mual2 serta muntah-loya aku berkurangan..
:: Usia kandungan aku dah 20 minggu,, lagi seminggu nak masuk 5 bulan.
:: Tak sabar rasanya nak g beli baju baby.
:: Aku tak scan lagi.. nanti2 la..
:: Harapan memang la nak baby boy.. tapi tak kisah la janji sihat n sempurna,, mudah2an, amin.
:: Ok la nanti2 aku update lagik... daaaa

Mood :: Hepi... yuhuu

:: 6 Buffered Earning berjalan – Terima kasih Nuffnang ::

|


:: Selamat pagi kawan2..
:: Pagi2 dah hujan,, dari semalam hujan,,
:: Alhamdulillah hujan rahmat.. sejuk sikit pagi ni kan,
:: Nak buat kerja pun hati sejuk je.. TAPIIIII mataku layu,, huhuhu ngantuk la pulak...
:: Ok pagi ni nak cite pasal BE yang sekian lama aku tak dapat... la ni aku dapat sekali 6 BE,, tq NUFFNANG
:: Lepas ni haruslah kena rajin update ye Nasaz,,, ermm

Usia kandungan Nasaz :: 19 minggu... Alhamdulillah.

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|


:: ANAK DARO ::

|

:: Ni sumo eh anak daro...
:: Dulu kocik2 yo sumo eh,,
:: Tapi sekarang bosa dah..
:: Cumo anak den yo kocik laei...
:: Dari kiri Nisha, Dihah, Anis, Athirah, Shakey, Balqis, Amira.
:: Belah depan dari kiri, Nuri, Dekna, Wani, Deknim, Sofea.
:: Ni semua anak buah Nasaz, uhh serius rasa kejap je besar dorang ni,,

:: SEMPENA HARI BAHAGIA ::

|

:: Ini la kek Hari Jadi yang menjadi pujaan ramai,,, kan..kan..kan..
:: Tang rasa toksah nak dipertikaikanlah,, mmg SODAP!!!



:: Ni la rupa2 mereka yang menyambut hari lahir untuk bulan Jun,,
:: Pada asalnya hanya aku sorang je yang nak buat besday Wani.. pastu lepas sorang2 nak numpang, ermm aku ok je,,
:: Lagi ramai lagi baguskan... MERIAH!!!
:: Nampaknya Wani yang paling muda.. hehehe anak mama



:: Ha tang hadiah aku memang suka..
:: Ala bukan suka apa, suka tengok hadiah yang banyak,, wow!
:: Hapening gitu.. kalau budak2 memang suka dapat hadiah ni...



:: Ha masa ni persiapan nak menyambut party hari jadi..
:: Tak yah panggil jiran tetangga pun dah ponoh rumah mak aku ni...
:: Semuanya dipenuhi dengan cucu2 omak & ayah den,, huhu



:: Ha hadiah yang dorang pegang adalah dari aku,,, hehehehe
:: Semua aku bagi tabung,,, mudah2an berguna pada dorang..
:: Jangan tanya tabung nak buat apa sudah... dah tentu la untuk menabungkan...
:: Bagus untuk masa depan apa.... yuhuu...

Mood :: Perut kenyang... mata ngantuk tandanya = malas...

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|

:: Mana Wani + Nuri.. hheeheeh
:: Time ni sambut besday Wani + anak buah Nasaz.. nak gambar lain2 next entry k.

Mood :: Pening kepala + n rasa nak muntah,, aduh,,,
:: Esok nak cuti la leh ke,, hehehe...

:: MAJLIS KAHWIN KAT JB FAMOUS DGN TOL.. BETUL KE ::

|

:: Ha yang ni adalah sambungan cerita dari kisah sebelum2nya..
:: Ni la rupa pelamin abg ipar aku haritu.
:: Cantik tak,,, hehehe buat kat dewan ok la space besar dan nampak best.
:: Kalau kat umah ruang sangat lah terhad.. kan,.,kan.
:: Dulu aku kahwin pelamin biase2 je...
:: Takpe janji masa aku dulu adalah kisah terindah buat aku..... hihihhi



:: Aku rasa ni la situasi yang sering kita jumpa kalau ada majlis perkahwinan kat JB,, (ermm jap aku tak sure la 100% masih ada or tidak)
:: Masa ni ada,, abg ipar aku kena lalu TOl.. hehehe apada TOL..
:: Kalau dah namanya TOL,, kena la bayar duitkan,,
:: Ala yang aku tahu ini adalah simbolik bagi org JOHOR, dimana di TERUNA nak jumpa si DARA,,, iyer dak,,,
:: Ada TOL naru leh masuk,, hehehehe...
:: Yuhuu.. macam2 kan..



:: Ni gambar terakhir yew...
:: Aku bersama sepupu hubby aku.. Maz dan anaknye Sabrina yang sangat bijak okey..
:: Ok la ebry untuk harini... Sambung esok...daaaa

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|


:: Kasih sayangku untukmu.... :)

:: WANI OHH.. WANI.. ::

|

:: Harini besday anak Nasaz... NURSYAZWANI, lahir 14.6.2006,.
:: Dah 5 tahun umur Wani.
:: Dari kecik dia membesar depan mata aku.
:: Banyak perkembangan yang aku nampak.
:: Alhamdulillah atas kurniaannya.
:: Mama berharap Wani menjadi anak yang bijak, berbakti dan solehah.
:: Kalau di tanya apa cita2 Wani, dia akan jawab nak jadi POLIS... perghh takut Mama seyh...
:: Apapun mama aku cuma berharap anak2 aku menjadi orang yang berguna satu hari nanti,, insyaallah.

Jom layan gambar2 Wani time kecik2 dulu...



:: NI WANI TIME BABY LAGI....




:: TIME NI RAMBUT WANI PANJANG DAN ADA CURL2.. PERGHH SANGAT CANTIK,,,
:: TAPI SAYANGNYA BILA DIA DAH MASUK TADIKA TERPAKSA LA POTONG.. ERMMM.. SAYANGKAN..


Ok entry untuk harini...

:: MAJLIS KAHWIN, part 1 ::

|

:: Majlis Perkahwinan 2 mempelai yang sangat cantik.
:: Pengantin lelaki yang paling kanan itu adalah abang iparku serta kakak iparku,, ewah.. sudah ada kakak ipar aku yew...
:: Cantik kan baju dia warna pink, suka sangat!!
:: Yang sebelah kiri (lelaki) adik kepada kakak ipar aku,, so dorang buat majlis sekali harung.. Yup good idea.



:: 2 beradik yang jalan seiring.. Wani + Nuri.
:: Walhal time ni cuaca panas,, tapi dek leka tengok paluan kompang, layan jugak tengok...
:: Wani buat muka selamba je mama dia ambik gambar... Dia mmg camtu... :)



:: Hahahaha.. gelak dulu....
:: Ermmm ni gambar Nasaz ngan hubby.. tak lupa untuk di tepek okeh...
:: Gambar empunya diri mesti letakkan....

Nak tengok pelamin dorang tak.. nanti entry seterusnya k,,, Nasaz nak sambung buat kerja dulu....

Mood :: Ngantuk!

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|

:: Serius seumur hidup den tengok potai punya la godang cam tu.....

>>Nasaz masih lagi mual2
Peace..