:: NASAZ BERAYA ::

|


:: SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA RAKAN2 NASAZFROG.....
:: UHHH SEKARANG NI MASIH LAGI MOOD RAYA....
:: 1.10.2009 DEN NAIK KOJO,, UHHH GILO LAMO CUTI,, BOSANNN....
:: PADA YANG BERADA DI JOHOR JEMPUT LA BERAYA DI RUMAH NASAZFROG....




:: uhh 'DEK NUYI' pun sibuk nak ucapkan selamat hari raya pada rakan2 yang seusia dia,, hehehehe,,,

aku akan rindu pada kalian semua,, anything email me ok.. nasazfrog_wani@yahoo.com

>>> sila abaikan tarikh pada gambar sobab setting eh salah,,,

:: WANI LAGI ::

|
Assalammualaikum..... hai kengkawanku semua.. Sesungguhnya kepala aku ketika ini teramatlah serabut...Apapun akan ku hadapinya dengannya dengan tabah. Dugaan hidup.


:: Ok la jom cite pasal Wani ni.
:: Sebenarnya Wani ni memang susah nak soh dia pandang kamera.
:: Nak soh senyum lagi la payah.
:: Buat mimik muka suka la dia.
:: Tengok tu 'tembam' kan dia sekarang dengan rambut curl dia tu.
:: Usia dia sekarang 3 tahun 3 bulan.



:: Ok la yang pulak karenah Dek Nuri.
:: Dia dah boleh merangkak dengan jayanya.
:: Kalau masuk pertandingan baby aktif mungkin menang ni.
:: Dah boleh memanjat tangga kat umah tanpa rasa takut.
:: Berdiri atas kerusi.
:: Suka main bawah meja.
:: Uhhh lasak2 aksi dia buat kat umah..
:: Dek Nuri kalau bab ambik gambar dia sentiasa senyum je cam mama dia,, hahahaha.
:: Usia dia sekarang 9 bulan.



:: Masa bersama anak-anak adalah yang paling syok sekali, walaupun nak layan karenah dorang tapi ingat lah, doranglah penyeri hidup kita..

:: AKU TERKENANG ::

|
Assalammualaikum... Tengah dok sibuk mengemas harta karun lam beg terjumpa la pulak gambar time kahwin. Masa tu kat SEREMBAN, temanya kale OREN. Fuhhhh syok betul time tuh sebab dapat realisasikan kale oren.


:: HA YANG NI GAMBAR MEMBER-MEMBER AKU TIME SEKOLAH MENENGAH DULU, RAMAI YANG AKU DAH LOST CONTACT NGN DORANG. RINDU SANGAT NGAN KORANG WEI...


:: HA YANG NI PULAK GAMBAR MEMBER-MEMBER AKU TIME STUDY DULU, PUN DAH LAMA AKU TAK CONTACT DORANG NI... ERRMMM RINDU JUGAK..

:: PERGHH PANJANGNYA.. ::

|
Assalammualaikum... Hai semua,, Huuhhh... kat sini sekarang hujan, so kat dalam bilik yang aku duduk sekarang ni teramatlah sojuk.. Kerja toksah cakap la, memang sentiasa banyak..Antaranya signboard yang kat bawah ni,,,


:: Signboard ni panjang tau, anggaran dalam 8kaki x 40kaki... Uhh memang panjang.. tinggi lagi singboard tu dari aku... Korang bayangkan lah...
:: Signboard ni kedai makan punya... Mamak la katakan,,,
:: Kalau korang tengok mamak kan suka ambik lot tepi ek,,, Banyak duit dorang ek...
:: Anggaran kos untuk signboard ini adalah RM4000 ribu lebih la....
:: Aku tak agak2 pulak nak bergambar kat tepi signboard tu.. Kenangan la katakan.. :)



:: Harini 1.9.2009, genap 'NURI ARDINI' 9 bulan.
:: Seronok rasanya melayan karenah dia ni walaupun dia agak lasak sikit.
:: Kalau dia ngan kakak dia lagi best aku tengok karenah dorang.
:: Kengkadang aku tergelak ngan hubby aku..
:: Tak sabar rasanya nak tunggu Dek Nuri berjalan.


Apapun aku berdoa agar aku dikurniakan keluarga yang bahagia,sihat dan diberkati Nya, amin.
Juga buat my best fren Yandarwisy, aku juga doakan agar dikau dikurniakan zuriat, amin.

"BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST" Looking for Beautiful Prince and Princes

|


:: Hai korang ni 1st time aku masuk contest untuk mencuba nasib,, hihihi saje nak mengisi waktu lapang..
:: Contest ni dianjurkan oleh MOMMY_ZARA
:: Ada 2 kategori A (Boys) and B (Girls)

Berkenaan dengan HADIAH....berupa


1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster
2nd Prize: 1 Magnetic+ 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby Poster
Mystery gift for number: 9 & 19

Syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara-DAH
2. sila add banner di atas pada sidebar..-DAH
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..-OK
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri-OKEY
5 sila nyatakan bila gambar diambil.-ORAIT
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...



:: NAMA ANAK :: NURSYAZWANI BINTI MOHD AZRIN
:: UMUR ANAK :: 3 TAHUN
:: TARIKH GAMBAR DIAMBIL :: 14.6.2009
:: GAMBAR NI DIAMBIL GENAB UMUR WANI 3 TAHUN DI A&W BERSAMA MAMA+PAPA+NURI.
:: TENGOK LA GELAGAT WANI SERONOK BETUL DIA DAPAT MAKAN NGN MAMA+PAPA+NURI.



:: GAMBAR ANAK BERSAMA PAPA.
:: TARIKH GAMBAR DIAMBIL :: 14.6.2009


*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn

contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 A
ugust 09

:: VAN JENAZAH ::

|
Assalammualaikum.....
Uhhh gile lama aku tak update, macam biasa adalah 'Faktor sibuk dengan kerja' ye.. :)
Ni pun dapat la aku update time rehat,, rehat kan tak g makan so ini la masanye aku guna kan sebaik mungkin.



:: Ni cerita masa aku balik kampung mil aku kat Kota Tinggi minggu lepas.
:: Tengah lepak2 ngan anak2 n hubby aku kat depan, terkejut gak aku tengok tetiba je van jenazah masuk kat perkarangan umah.
:: Tengok2 bapak mertua aku yang drive van tu.
:: Bapak mertua aku memang pemandu untuk van jenazah kat blok tu.
:: So, kebetulan ada orang meninggal pulak kat blok sebelah.
:: Uhh cam ngeri plak aku tengok van jenazah tu..
:: Takut pun ada sebab kita pun tak tahu masa kita bile ek.
:: Perasaan insaf menguasai diri di kala ini....


:: TU DIA NURI + WANI SEDANG BERBUAL MENGENAI APA PUN AKU TAK TAHU.
:: 2 BERADIK NI SALING MENYAYANGI, ALHAMDULILLAH KAKAK WANI MEMANG DAH BOLEH DI HARAP.

Nuri :: Kakak makan ape?
Wani :: Kakak makan coklat...



Nuri :: Ala adik nak sikit jerrr, boleh la kak...tapi kakak janji heh jangan bagitau mama tau...
Wani :: Ha ok, tapi kakak boleh bagi sikit tau, tak boleh banyak2 nanti "montel" cam mama... huahuahua...



Nuri :: Perghh... kak sedapnye coklat sampai nak tertido nuri kak...
Wani :: Ha tido la dik akak nyanyikan tuk adik yer....

MORAL DARI DIALOG DI ATAS :: Begitu la hubungan adik beradik yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain, berkongsi masalah, makanan n berkongsi rahsia.. hehehehe,,, lawak jer tu...

:: SELAMAT BERPUASA SEMUA ::

|


:: OK KEPADA SEMUA SAHABAT NASAZFROG SEMUA,SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA.
:: AKU MERINDUI SEMUA SAHABAT NASAZFROG.

:: JOM MAIN ORGAN ::

|
Assalammualaikum........



:: Ha ni Organ Yamaha, benda ni ada kat umah famili aku kat Seremban.
:: Aku time muda2 dulu tau gak main Organ ayah ajarkan.
:: Tapi dah lama tak main, ingat2 lupa.
:: Seronok tau main Organ ni... kalau aku boleh main lagi sekarang ni syok gak.
:: Dulu harga dia murah RM3k lebih je, tapi skang kalau tak silap aku RM6k.




:: Ha ni Wani dok cuba-cuba nak main Organ
:: Memula Wani cam takut je nak main sebab heran ek, apa benda la ni...
:: Nanti la ingat nak hantar Wani belajar main Organ. Insyaallah.
:: Time tu Papa dia pulak yang sibuk nak main...hehehe
:: Sempat gak la aku main lagu "Pakai Baju Kancing La Suasa" ha lebih kurang cam tu la,,, Hihihi.. suka hubby aku dengar aku main...

:: AKSI 3 BERANAK ::

|
Assalammualaikum...



:: Pagi hantar anak ke rumah orang jaga.
:: Lepas hantar anak, aku ke tempat kerja.
:: Begitu la rutin harianku.
:: Habis kerja aku jemput anak pulak.
:: Sampai rumah, bermulalah kerja rumah yang perlu ku lakukan.
:: Mengemas, masak, basuh baju, jaga anak-anak.
:: Aktiviti malam tengok tv,, bergurau ngan nuri n wani,.... seronok tau tengok karenah dorang.
:: Bila dah tak de koje apa lagi bergambar la... yuhuuu...
:: Dek nuri ngan mama je maintain pandang, yang kakak wani saje je buat aksi mimik muka...hihihi.. dia memang suka cenggitu tau..
:: Begini lah kami bertiga kalau bergambar....Bersyukur ku kehadratmu kerna kau limpahkan rezeki pada hambamu ini.. Kau berikanlah kami kebahagiaan sekeluarga.. Amin.

:: KUEH LOPES ::

|
Assalammualaikum...
Tadi tengahari aku makan nasi ayam. Yuhuuu sedap yang pastinya ayam adalah bahagian KEPAK ye,, aku minat KEPAK.. Ntah sedap tang hujung dia tu.. layannzzz.:)



:: Kueh lopes ni mmg faveret aku,, apa saja kueh yang dari pulut.. Pulut kuning pun sedap kalau cicah ngn sambal ikan bilis kampung.. Uhhh bab makan lagi neh...
:: Tapi ingat jangan pulak korang balun habis-habisan makan tak tentu arah di sebabkan bulan puasa bakal menjelma...
:: Uhhh itu salah okeh... Makan banyak2 pun belum tentu kenyang.. kang penyakit pulak yang datang..

Ingat ye jaga makan.. Hihihi peringatan untuk diriku juge... :)

:: AKU DAH 7 BULAN.......??? ::

|
Assalammualaikum....



:: Agak-agak korang, apa yang 7 bulan itu???
:: Uhhhhh gile seh... sampai 7 bulan aku......
:: Ermmm... Menjadi tanda tanya lagi ni...
:: Ohhhh tidakkkkk...
:: Sebenarnya 7 bulan dah aku tak balik kampung jumpa famili aku,,,
:: Uhh anak derhaka kah aku,,,?? ceeewahhh sadis la pulok...
:: Petang ni bertolak la aku ke SEREMBAN.. So pada blogger yang dok seremban yang ingin berjumpa ngan aku... calling2 la yer.. hehehehe sapa pulak yang nak jumpa den ni ha... :)
:: Mudah-mudahan agar perjalanan pergi dan pulang aku sekeluarga ke sana selamat. Amin.




:: NI GAMBAR AKU ADIK BERADIK....
:: KAKAK AKU 3 ORANG, AKU ANAK KE-4
:: ATEH + NASAZ + ALONG + ANGAH

Nanti aku citer aktiviti aku di Seremban ok... Chow. :)

:: JOM BELASAH!!! ::

|
Assalammualaikum.... Perghhh tajuk tak cam gempak pulak kan,,, saja je kasik ganas sikit.. Aku di kala ini teramat la sibuk dengan kerja,, uhh tak abis2 sibuk jer nasazfrog ni kan,,, Abih nak buek camno... Ada masa ni la kan aku boleh ambik masa sikit nak update....



:: Sebenarnya maksud aku belasah tu adalah belasah KEK ni ha...
:: Hajat di hati antara aku+member aku nak wat surprise la kat member aku sebab birthday dia masa tu...
:: Alih2 dekat berjam jugak la kitorang tunggu dia balik,,, uhhh jenuh seh.. masa tu jam dah nak dekat waktu balik,,,,
:: Bincang punya bincang ngan member aku,, cene ek? kang cair pulak kek ni..
:: Nak bawak balik banyak pulak... Buat penat je gi beli...
:: Errmmm dah tak leh sabo dah ni... last2 bincang ngn member aku... ahhh kita belasah je la dulu makan cake ni,,, nampak cam sedap siot...
:: Last2 aku la orang pertama yang merasmikan cake itu... Uhhh... bukan birthday aku pun,,, sonang2 dapat makan cake kan... REZEKI...:)

Tunggu la entry akan datang mungkin lebih menarik kot...Hehehehe..
PEACE

:: DEK NUYI ::

|
Assalammualaikum.... Hampir seminggu aku tak update blog... Tapi tu la aku rasa aku dapat update seminggu sekali jer,,, Memang tak de masa la aku nak mengadap je ngan blog niii,, banyak kerja lain yang perlu aku selesaikan. Tapi tu la aku memang tak seperti blog yang lain2 yang mampu update tiap2 hari... uhhhh masa memang tak de untuk blog ni sekarang...Tapi aku akan cuba la untuk teruskan bercerita apa yang patut kat blog ni. Okey setuju....



:: Alahai,,, tengok la tu tah apa la yang si kakak Wani bercerita ngn dek Nuyi tu...
:: Dek Nuyi plak beria2 lah cam paham jer apa yang kakak Wani nak ceritakan tu..
:: Agaknya kakak Wani bagitau 'Dek Nuyi dengar sini tau nanti dah beso jgn nakal2 cam kakak, jadi budak yang baik okeh,, Don't worry mama + papa sayangkan kita berdua..'
:: Ewahh,, yoyo ooooo je aku ni,, tapi rase cam tuh la,,, bagus jugak klu dia berfikiran cenggitukan... sejuk hati aku...
:: Aku berharap jugak agar anak2 aku nanti menghormati orang tua dan menjadi seorang yang berwawasan gitu...




:: NAMA SAMARAN :: NURI ARDINI :: Dek Nuyi.
:: Ha tengok la tu gelagat Dek Nuyi.
:: Dia memang suka kalau nampak apa jer barang kat depan mata mesti masuk mulut.
:: Yang paling dia suka dengan 'KERTAS', gerenti masuk mulut nak di makan punnye,,
:: Peringkat usia budak camni memang camni la rentaknya,,, Tu belum pandai jalan lagi, ahh jenuhh,, tapi tak pe, kira ok la tu sebab dia aktifkan, bagus...
:: Tuh dia.. kalau kita rampas barang dari dia,, haa dia nangis,, hehehe biasa la cam dek Nuyi ni memang pantang kalau aku ambik brg dari dia kalau dia tengah leka main...:)




:: HA YANG INI PULAK DEK NUYI NGAN MAMA.
:: Kakak Wani tiada di ketika ini sebab ikut nenek dia balik Kota Tinggi,, seminggu ooo.. Kangen banget seh aku ngan Wani... Hujung minggu ni nak g ambik dia... Tak sabar.. Cam jejak kasih pulak kan..

Ok la korang layan la apa yang telah ku sediakan.. :)
Wassalam.

:: AMBOiiiiii.... ::

|
Assalammualaikum.... Hai blogger's.. Ermm... sori la sebab aku lewat lagi nak update blog ni.. Payah bebenor la ai aku nak update blog ni sebab faktor kerja kan.. Asyik nak start update je bos masuk, ermm nak buek camno. Tertangguh la jawabnya. Apapun blog ni akan terus ku update, korang jgn risau sebab nasazfrog akan terus ado,,,



:: Ha meh sini den nak cito sikit pasal si Kakak Wani ni.
:: Dia sekarang dah semakin rajin tapi aku musykil la kan dia rajin nak menolong atau rajin nak mengacau.
:: Kali ni aku tengah start nak membasuh dia pun muncul terus ambik baju yang sedang 'wash' nak di masuk ek kek dalam tompek 'spin' tu... (mesin manual okeh)
:: Aduyaiii camno la hai mesin tu baru nak berpusing nak membasuh..
:: Mungkin faktor usia dia camtuh memang kerajinan tu dah mula kot..
:: Ermm entah la tapi ok la tu dapat jugak dia membantu omak eh membasuh kan...