:: PluToGuRL ::

|
Salam Pagi Jumaat semua.
:: Uhh arini tak berapa syok nak buat kerja sebab 'SAKIT PERUT' secara tiba-tiba.
:: Sakit tulang belakang lagi, ni kalau kena urut memang lega ni.
:: Disebabkan esok cuti 'LABOUR DAY', makanya keje kena siapkan harini juga.
:: Gaji tak dapek lagi ni,, uhhhh tak syok lagi tu...
:: Selamat Pekerja buat semua.


:: 2 BERADIK ::

|
Biasanya kalau anak-anak nak ke sekolah akan standby nak pakai kasut la, siap nak bawak beg la, ni tidak,, si Wani ngn Nuri siap boleh main kat atas 'MEJA' tu.

:: Sememangnya 2 beradik ni pantang kalau dapat main bersama.
:: Kejap baik, kejap kang bergaduh.
:: Sekarang ni apa barang yang kakak dia ada, Nuri pun mesti nak ada.
:: Kalau tak nanti mesti bergaduh punya.




:: Habis barang semua nak digeledahnya.
:: Tengok la Wani tu siap boleh main handphone lagi tu.




:: Pose manja dari Wani + Nuri. Smile. :)

:: TELUR AYAM KAMPUNG::

|
Setiap makanan yang kita makan pasti ada khasiatnya....



Telur Ayam Kampung Asli mempunyai kelebihan protein yang cukup baik untuk penyerapan usus, kandungan kolestrol yang tinggi pada kuning telur dan dapat memberi kesegaran kepada tubuh badan. Setiap 100 gram telur ayam kampung mengandungi 174 kalori, 10.88 gram protein, 4.9 mg zat besi dan 61.5 g retinol (vitamin A).

'ANTARA KHASIAT TELUR AYAM KAMPUNG'

:: Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis, maag atau usus besar.

:: Mengandungi sumber tenaga untuk meng”cover” tenaga yang telah digunakan dan protein yang cukup untuk mengganti tisu-tisu yang rosak.

:: Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi. Bagi yang mempunyai “hypertension” atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) harus hati – hati dalam pengambilannya.

:: Membantu mengatasi kelelahan dan kecapaian tubuh, namun bukanlah secara total.


Untuk lelaki yang nak lebih power,

:: Digalakkan makan 2 biji separuh masak + 2 sudu madu asli + 1 sudu teh serbuk lada hitam.

PASTI MENGAUM….:-)

:: CHUMI CHICKY ::

|
Setahu aku perkataan 'BERKAT' orang JB je yang panggil kot. Tapi tak tahu la kat tempat korang dorang panggil apa.

:: Ada yang panggil cenderahati, buah tangan, ermm apa lagi aku tak pasti..
:: Ni 'BERKAT' yang aku terima untuk majlis cukur jambul.
:: Sekarang ni pun dah moden ek,, macam2 dorang boleh variasikan untuk bagi tetamu yang datang.



:: Bunga rampai yang aku dpt, aku letak lam kete...
:: Uhh wangi... cam bilik pengantin... :)

:: JOM HEBOH TELUK DANGA ::

|
Jom...jom..jom...jom... jom heboh heboh...... Hahahaaha 'HEBOH' la sangat... Bertolak dari rumah lam pukul 5.30 petang, memang agak lewat sikit sebab hubby ada hal. Cuaca pun agak mendung je time bertolak tu..


:: Sesampainya kitorang kat Teluk Danga.
:: Dah senja masa tu.
:: Keadaan parking... perghh 'LECAK' gile..
:: Memang payah la nak gerak, lumpur abis melekat kat kasut glamer i tau.
:: Dgn keadaan nak carik parking pun 'SOSAK'.
:: Tahun lepas pun cuaca cam tu jugak, mendung je.


:: Cam biasa kalau kat Jom Heboh kat Hotlink yang paling happening sekali.
:: Bab bergambar itu harus.
:: Ingatkan nak ambik gambar dgn lebih banyak lagi, tapi dengan keadaan org sesak, risau gak kan.
:: Dah la time Jom heboh DULU ada sesuatu yang terjadi.... Teringat la pulak..



:: Ni la gambar terbaru 'K A M I'.
:: MAMA + WANI + NURI.

:: CAPTURE 7777 ::

|

:: Sebenarnya tak sangka pulak pagi tadi masuk ke blog ZURA aku dapat capture 7777.
:: Bertuah rasanya dapat nombor 7777.
:: Persaingan sengit jugak sebab ramai yang online time tu.
:: Apapun.. ZURA best gak sesekali buat camtu.
:: Yeehaaaa...

:: DINOSAUR???? ::

|
:: Korang rasa ada Dinosaur ke di zaman ini....??
:: Tapi tu la hakikatnya pabila aku bertembung dgn binatang ini..
:: Memang takut jugak.. dah la besar pastu tinggi tu weh..
:: Gayat jugak tgk binatang tu.
:: Dari jauh aku tgk tengok kan binatang tu..
:: Tak leh nak gerak & bising banyak sgt takut dia ternampak aku, maunya dikejarnya aku.. naya dibuatnya....



:: Tu la dia replika dinosaur yang terdapat dikawasan berdekatan ngn perumahan aku.
:: Uhhh mmg terkejut gak aku kan tgk binatang tu baek punya berada dikawasan lapang tu.
:: Korang bayangkan kalau dia real....
:: Hura-hara hidup kat dunia ni...
:: Ngapp... dinosaur makan orang ke?? entah la aku tak pasti..
:: Tu la hakikatnya replika dinosaur yang aku terserempak...

:: KORANG NAMPAK TAK???

|
:: Apa yang korang nampak dalam gambar ni???
:: Ada rasa cam apa2 yang pelik tak?
:: Korang rasa kat mana tempat ni??


:: MODEL KERETA ::

|
Assalammualaikum...... Bertemu kembali...yuhuuu....

:: Berhujung minggu dimana korang???
:: Aku ada kat umah je tapi petangnya pergi ke Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.
:: Ada 'KARNIVAL JOM CENTRE, PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU'.
:: Aku pergi pun dah petang, so tak banyak sgt aktiviti yang ada.
:: Sempat bergambar kat kereta yang cute2 je.
:: Banyak jugak gerai-gerai yang jual pekbagai barang2.



:: Antara kereta yang mengambil bahagia dalam 'AUTOSHOW'
:: Ermm kalau kete cenggini mmg tak leh bawak kat atas jalan raya aku rasa..
:: Kalau korang perasan kat kat tayar tu ada satu besi tajam,, uhh ramai yang tercedera kalau lalu kat kereta ni,,
:: Apapun body kereta ni mmg cun la penuh dengan 'air brush' nya..
:: Kosnye aku rasa mmg tahap ribu riban la..
:: Kereta asal: Wira aeroback.



:: Kereta yang ni tak de design.
:: Cuma banyak barang yang masuk. sportrim berapa inci pun aku tak sure.
:: Hitam menawan tu.
:: Kereta asal: Gen 2.



:: Bagi aku kereta ni yang paling gerek sekali lah!
:: Colour bodynya mmg cun habis.. guna dwi colour.
:: Beserta design stiker yang colourful.. Memang ceria la design camni.
:: Lampu serta depannya pun dah berubah..
:: Kosnya mmg besar kalau nak dapatkan kereta yang cantik.
:: Kereta asal: Produa Kancil.



:: Hahhahaha cute kan kereta putih ni..
:: Tergolong dalam kategori apa pun aku tak sure,, kategori Veteran kot..
:: Tapi kalau korang hitung usia kereta ni mmg lamakan..
:: Body masih lagi terjaga.
:: Kereta asal: Tak sure ah beb...



:: Korang tengok rambut Waniii............
:: Seminggu dah potong.
:: Bertambah tembam aku tengok..

:: RED CARPET ::

|


:: Hahahaha ni la dia model 'RED CARPET'.
:: Wani sekarang dah banyak pandainya sejak masuk tadika ni...
:: Nak mandi, tengok tv, tengah duduk mesti nak nyanyi.. baca doa makan, doa sebelum tido... alhamdulillah dah banyak progress pada diri wani...
:: Bercakap pun mengalahkan mama dia...
:: Hubungan Wani dan Nuri kengkadang ok n kengkadang tak ok.. biasa la bebudak...



:: CLICK HERE!!
:: Masa ni Wani berusia 2 tahun 4 bulan..
:: Tengok je gaya dia "DULU DAN SEKARANG.."

>> Minggu lepas sesuatu yang terjadi pada rambut WANI.. nak tau tungguu....

:: SIAPAKAH DIA??? ::

|

:: Yer cuba korang teka siapakah gerangan yang memakai sepatu 'PINK' itu.
:: Mungkinkah artis yang sedang hot sekarang.
:: Atau rakyat gelata yang sesuka hati ingin menginterframekan diri mereka...
:: Ayuhhh mari kita terjahhhh!!!!!

SIAPAKAH GERANGAN EMPUNYA KAKI YANG BERKULIT GEBU ITU????

:: PERNAH MAKAN SIPUT??? ::

|
Assalammualaikum.... Opps bukan siput daaa.. tapi 'MEE SIPUT'. Tau ke??


:: Sebenarnya ini adalah makanan ye.
:: Ni la rupa 'Mee Siput' kalau belum digoreng.
:: Aku tau 'Mee Siput' pun sebab kahwin ngn orang JB so makanan ini berasalnya dari JOHOR.
:: Aku tau kalau orang JB mesti tau kan... ke ada yang tak tau jugak.. hihihi



:: Ni la rupanya kalau dah digoreng.
:: Rasa dia cam keropok jugak tapi tak guna ikan ke apa ke.
:: Asal dari Mee. (aku pun tak pasti cara pembuatannya cene)
:: Aku tau bahan-bahannya:
>> Tepung gandum
>> Tepung sagu
>> Garam
>> Air
>> Pewarna



:: 'Mee Siput' ni kena makan dengan sambal tumis baru meleleh beb.
:: Perghh kalau MIL punya sambal mmg best giler la.. (sampaikan dulu zaman muda2 dulu siap jual depan rumah tu..mil den cakap la)
:: Aku dah cam ketagih lah pulak makan ni bukan apa sebab sesuatu yang baru kan.
:: Kek SOMBAN tak do bondo ni doh...
:: Kok den bawak an kek famili mampuih dio polek, apo bondo la makanan siput2 ni kan.. hihihihi
:: Nanti la den try bawak kek Somban, nak tgk apo reaksi dorang.

Ok la sambung buek kojo..

:: TENGOK WAYANG ::

|
Assalammualaikum....


:: Yeeehaaaa semalam aku cuti...
:: Dah rancang ngan hubby nak g tengok wayang...
:: Cadangnya nak tengok cite KL Drift 2, tapi Wani tak leh masuk pulak... huhuhuhu
:: So kena lah tengok cite 'SEMERAH CINTA STILLETO'
:: Ok gak citer dia,, kira layan la...
:: Ada lawak... sedih.... paling best Cat Farish... 'Lekkk luuu' hahaha itu trekmak dia...



:: Cewahhh.. orang buat den pun nak yo buek...
:: Cam ala2 modern gitu,, ambik gambar tang kaki.. hihihi
:: 3 orang yang pergi semalam.. (MAMA + PAPA + WANI)



:: Seronok jugak sesekali layan tengok wayang.
:: Aku sebenarnya jarang tengok wayang... sibuk kan,, anak2 pun kecik lagi nak pulak si NURI tu..
:: Penat seharian bekerja, time cuti penuhkan dengan aktiviti2 dgn famili sangat best.
:: Thanks Papa sebab sudi temankan I g tengok wayang...


HARGA TIKET
RM11.00 (Dewasa)
RM7.00 (Kanak2 bawah 12 tahun)


>> Time tengok wayang semalam boleh pulak WANI menyanyi lam panggung tu.. sebab dah biasa nyanyi kat sekolah,, uhh jenuh gak nak suruh dia diam... :)

:: MAIN APA TU.....??

|
Assalammualaikum...


:: Sebelum memulakan sesi memasak, api mesti di hidupkan dulu....
:: Nak dekat stengah jam hubby aku nak hidupkan api tu,, sampai kan aku tgh lunch hingga abis lunch tak idup2 lagi apinya..hihihihi...
:: Last2 dapat 1 formula paling sonang nak idupkan api.. 'lotak minyak masak',, hihihi
:: Yang nak dimasak adalah......



:: Otak-otak Kempas.
:: Aritu beli kat Kempas.
:: Isinya tebal n puas makan.
:: Kesimpulannya memang SEDAP!!



:: Ha ni dua beranak yang sangat rajin mengerjakan otak2 tu sehingga masak..'
:: Alahai 'WANI' si manja Papa...



:: Tu dia.. kalau korang tengok apa yang ada gaya leh jual Otak-otak..?
:: Hihihihi...nampak cam hangus tapi bila bukak kat dalam masak, sedap tu,, rasa nak main masak2 lagi...