:: PINK GIRL ::

|
Perghh banyak betul kerja aku sekarang ni. Sampaikan nak update pun tak de masa. Serius..... Banyak sangat job urgent, tu yang tak sempat nak update.



:: Ni semalam, Wani tak de sebab maklong dia pinjam sebab nak bawak g Muar ada kenduri kahwin.
:: So tinggal la mama+papa+nuri.
:: Time Papa g keje, nuri punya la 'LASAKKKKKKKKK'
:: Nak tau lasak dia buat apa, NEXT entry aku cito.
:: Time ni dia tengah makan biskut kopi, chedappp.. sampai comot mulut dia.
:: Tu la dia bab bergambar kalah kakak eh.. Nuri tak yah nak ajar2 dah pandai nak senyum... good girl.


>> Jangan lupa next entry tgk apa Nuri buat secara senyap2.....

:: NAK SIRIM POKOK BUNGA PUN KENA PAKAI SEKSI2 KE?? ::

|
Biasanya budak2 ni mudah ikut apa yang kita buat. So kira alhamdulillah la kan, Wani minat nak menyiram pokok bunga. Aku tak suruh pun dia. Kalau aku bukak je pintu nak keluar dia dah standby dah isi air lam bekas utk sirap pokok bunga. Sejuk perut ibu yang mengandungkannya.


:: Kira rajin jugak la anak dara aku ni.
:: Tapi ada masa2 la kan, ikut mood jugak.



:: Aku rasa korang pun tak perasan bekas yang Wani pegang tu ada pecah sikit kat tepi dia, aku tak ganti2 lagi.


:: Aku tak perasan pulak cene cara dia siram.
:: Tapi aku tengok pokok tu semua basah, kira betul la kot dia siram tu.


>> Pagi tadi hubby kol, dia tanya napa kat dinding kat pokok bunga tu abis tanah kena kat dinding,, hehehe.. sobab eh ni la budak cinonet ni yang siram, rupa2nya dia main siram je,, ishh,,ish,,

:: FINAL DESIGN ::

|
Semalam baru dapat tau result untuk design 'Chawan Cafetiam'.



:: Sapa la agaknya yang meneka design tu aritu.
:: Ni adalah final design untuk job 'Chawan Cafetiam'
:: Agak2 rajin nanti aku update untuk yang lain pulak ok.


Mode: Kenyang baru lepas mkn ikan caru bakar, sedap! tapi makcik yg kira tu sombong buat muka toye, ucap time kasih pun tak.. eee apa la makcik tu,,

:: CUBA TEKA APA BENDA NI? ::

|
Result untuk design 'Chawan Cafetiam' belum dapat lagi. Mungkin dalam minggu ni kot. Aritu ada penukaran sedikit pada design tersebut tapi aku akan tunjuk yang final punya yeh...



:: Harini aku terlalu sibuk dengan kerja.
:: Penat betul rasa badan.
:: Ok la korang 'Cuba teka apa benda ni?'


Mode: Ngantuk, Lapo, Malas sume ado..

:: KORANG RASA DESIGN MANA OK?? ::

|
Sekarang ni aku banyak buat design untuk signboard. Betul2 memerah otak aku, selalu gak pening kepala,, sian den... Bagi aku kalau nak buat design mesti nak ada mood n idea yang kretif. Sebaliknya penilaian melalui pelanggan iu sendiri.



:: Cuba korang tengok yang mana ok.
:: Saja la nak tanya pendapat korang semua.
:: Aku tau korang semua pun kretif jugak.
:: Saiz signboard ni 20' x 4'


Mode: Bz dgn kerja...

:: WARNA PILIHAN ITU ADALAH....... ::

|
Semalam kan aku ada tanya sahabatku semua tentang warna yang sesuai utk sesuatu design kan.. So jawapannya sudah ada pada aku.. hehehehe..



:: Ye pilihan warna oleh customer aku adalah warna 'MERAH'
:: Dah siap pun signboard tu, ha tgk la lagi besar n tinggi dari aku.
:: Itu di panggil 'light box' sebab ada lampu dlm signboard tu.
:: Bayangkanlah kalau dah pasang cene kan, lagi la beso.. uhhh...
:: Gambar yang dah siap pasang ada pada bos aku, nanti la kalau ada aku tepek kat sini ye...
:: Maaf la gambar aku golap, kamera tak canggih...


Ok nak rehat...

:: KORANG RASA WARNA APA SESUAI?? ::

|
Dalam bidang aku bekerja sekarang ni, banyak bermain dengan warna supaya sesuatu design itu tampak sesuai dengan temanya.



:: KORANG RASA DESIGN YANG MANA OK?
:: Memang costumer inginkan design yang simple je tu.
:: Anggaran saiz signboard tu lam 10 kaki, besar jugak tu.
:: Signboard tu berbentuk segitiga.

:: PANDAI TAK SAYA.. ::

|
Kalau kat umah dengan anak-anak mesti seronok kan. Tapi yang peliknya kalau aku ke dapur, semua ke dapur, kalau aku nak naik atas ke bilik semua mengikut.. uhhh. Kalau suruh duduk tengok tv kejap je pastu ikut mama dia balik.. Hihi macam-macam ragam anak-anak ni.



:: Ha yang ni pulak aksi berani dari 'NURI ARDINI'.
:: Dia boleh angkut kerusi tu dari depan tv bawak ke dapur,, punya la berusaha dia.
:: Sebenarnya dia ikut aksi Wani aritu, tu yang si Nuri pun ikut apa yang kakak dia buat.
:: Bebudak ni bukan kira jatuh ke, bahaya ke janji apa yang dia nak buat hasrat tercapai.
:: Sebenarnya dia panjat kerusi tu pun nak ambik something kat kat atas para tu.
:: Nuri ni memang lasak skang, macam2 aksi dia buat.
:: Nanti aku tunjukkan lagi aksi2 itu.. hehehe.


Mode: Sedang bengang dgn seseorang.

:: HAPPY TEACHER'S DAY TO........??? ::

|
Kalau tak silap aku semalam 16.5 'HARI GURU' kan... So semalam ahad, jadinya arini Isnin boleh la aku nak cita sikit pasal Hari Guru ni.



:: Selamat Hari Guru untuk 'Cikgu Mat'
:: Sebenarnya Cikgu Mat ni adalah 'ayah' aku.
:: MOHAMAD BIN AHMAD nama glamer 'Cikgu Mat'
:: Ayah aku ni dah pencen sebenarnya tahun berapa aku tak ingat.
:: Dulu dia mengajar di Sek. Men. Keb. Tunku Ampuan Durah, Sikamat Seremban, untuk subjek 'Pendidikan Seni'
:: Walaupun ayah aku ni dah pencen masih ada lagi pelajar dia hantar kad sempena Hari Guru.
:: Ayah aku stay lagi menjadi cikgu untuk 16 orang cucu-cucu yang ada.
:: Kalau ada masa, pantang tengok cucu dia tak de kerja mula la suruh lancarkan sifir la, suruh mewarna la.
:: Yer.... aku ingat semua tu sebab aku pernah lalui itu semua.

:: Gwen Stefani Pregnant Again With Third Baby ::

|
Semalam aku tak sempat nak update sebab terlalu sibuk. Harini aku ada dgr berita tentang artis kegemaran aku, iaitu 'GWEN STEFANI'
Apapun berita ni aku dari dari sumber: GOOGLE


Jom Terjah!!!



Gwen Stefani is pregnant with her third child at 40. Gwen Stefani and husband Gavin Rossdale have two sons. Rossdale also has an older daughter, Daisy, from a previous relationship.

Baby Bump
At an event in New York last week, an onlooker said the singer "was pulling at her shirt to keep it away from her body. It seemed really strange, but then, when she turned to the side, I could see why. She definitely had a baby bump!"

Pregnancy

The No Doubt singer recently revealed she is "running out of time" to have another child but is wary of expanding her brood. Inside sources claim she is "having a really tough time this pregnancy. She had all-day morning sickness for a while with Zuma, but she's sicker this go-round and has been feeling exhausted and dizzy." The singer has said in the past, "I'm not focusing on it right now, but it's not up to me anyway, you know? These things are miracles, so we'll see." It looks as though her miracle has come true.


Alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa dgn Gwen Stefani ni. Aku suka giler ngn ini artis wooo... Gwen... ekau tak teringin ko nak jumpo ngan den...

:: BACK TO BASIC ::

|
Semalam sebenarnya aku tak berapa sihat. Badan bisa-bisa. Kepala tak yah nak cakap la.. berat mcm ada batu. Nak buat kerja pun tak de mood. Serius rasa cam nak balik je semalam time buat kerja. Kebetulan pulak kereta hubby bawak balik kalau tak, ikut kepala gila aku memang dah balik dah semalam.



:: Semalam aku tidur awal dan mungkin akibat kurang rehat disebabkan badan lesu-lesu.
:: Apapun harini aku kembali seperti sediakala.
:: Alhamdulillah, aku kembali sihat dengan keadaan sekarang.
:: Mampu tersenyum, buat kerja, bercerita, dan semuanya.. ahakss...
:: Syukuran.

:: JAMBU EPAL ::

|
Sebenarnya tadi aku ada buat design untuk Banner & Name Card sorang brader ni. Brader ni jual 'JAMBU EPAL'. Sekarang ni pun banyak yang ambik peluang buat niaga camni... Maklum la time cuaca panas memang sedap minum air sejuk2 ni. Tapi nak kena kawal jugak.. Ada jugak yang jual buah jambu yang dipotong-potong pastu letak dlm balang..


:: Begini la rupanya 'JAMBU EPAL'.
:: Kali pertama aku dengar nama 'JAMBU EPAL' ni.
:: Rupanya serupa cam jambu yang biasa2 tu cuma agak besar sikit.
:: Rasanya sedap, cuma kurang biji.



:: Macamni baru best, tengah2 buat kerja dapat habuan kan.
:: Kira ok la tu walaupun sebiji, rezeki.


>> Hari badan masih lagi sakit2 n bisa2.. uhh tak tahan..

:: NI LA AKTIVITI AKU TIME BOS TAK DE ::

|
Biasanya kalau baru masuk keje, agak2 bosan selagi bos tak datang lagi, ada la aktiviti yang aku akan lakukan bersama ngan budak praktikal. Siap boleh cover line lagi tu.





:: Ni budak praktikal kat tempat kerja aku.
:: Dorang ni pun boleh tahan jugak, sekepala ngan aku.
:: Sorang dari Kolej Komuniti,Pasir Gudang dan sorang lagi dari Politeknik Seberang Prai.
:: Jangkasama praktikal dorang 6 bulan.
:: Ada jugak aku kawan sepanjang dorang praktikal kat sini kalau tak, aku sorang je perempuan kat sini.



:: Sibuk kan nak dok belek2 gambar yang dah amik.
:: Sememangnya aku suka bangat ambik gambar.
:: Selain nak buat kenangan aku suka edit gambar2 yang ada..yuhuu..


>> K la sakit kepala n badan sbb tak cukup rehat. Sapa nak kasi MC aku....

:: HAPPY MOTHER'S DAY ::

|
Dikesempatan ini 'NASAZFROG' ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' buat semua rakan2 blog yang mengenali blog ini. Yang teristimewa buat omak den tersayang kek Mambau, hihihi.



:: Buat rakan-rakan semua 'Selamat Berhujung Minggu' serta 'Selamat Hari Ibu'.