:: BERITA TERGEMPAR ::

|
Sepatutnya aku dah balik di waktu ini, tetapi ada sesuatu yang terjadi di ofis aku sekarang,..........



Apapun esok ceritakan berita sepenuhnya.

:: SERIUS PUNYE BUSY ::

|
Minggu ni adalah minggu paling sibuk bagi aku.. So untuk update citer percutian aku nanti aku akan update kan ye.. Sebab sekarang ni terlalu banyak kerja yang harus aku selesaikan........



:: Ni la rupa orang yang sedang sibuk ya amat.
:: Agak2 ada yang rindu kat aku tak.....hehehe

Ok jumpa lain masa.

:: PERJALANANKU KE NEGERI PERAK :: Part 1

|
Walaupun percutian aku sudah hampir 2 minggu berlalu aku tetap nak update kisah perjalanan ku jugak....

Perjalanan ke Seremban: 12.6.2010
Bertolak ke Perak: 13.6.2010



:: Perjalanan ke Perak mengambil masa hampir 3 jam dari Seremban.
:: Dah lama jugak tak jejakkan kaki ke sana.
:: Aku ke sana sebab sepupu aku bertunang.
:: Sepanjang perjalanan yang penuh dengan tumbuhan hijau dan gunung-ganang.



:: Ni la muka aku yang sangat tidak sabar untuk sampai ke tempat destinasi....
:: Tembam seh...... :(



:: Si Wani ni, mama dia nak ambik gambar, dia boleh ambik aku plak..
:: Tu kamera mainan tu, kononnya nak ambik jugak la cam mama dia,, ermmm wani.. wani..


Nantikan Part 2 pulak........ :)

::AKSI BERANI ! ::

|
Apa la nak jadi ngan Dek Nuyi ni,,, Ermm... Macam-macam hal.... itu macam pun bleh ka...



:: Time ni aku sekeluarga mengadiri majlis perkahwinan kat Dewan, area JB.
:: Kalau bab makan aku akan kata sedap, sebab mmg sedap.
:: Nak pulak makan secara buffetkan.
:: Time tu aku tak dok diam sebab melakukan aksi kejar mengejar ngn Dek Nuyi.
:: Dia boleh berlari2 kat dlm dewan tu,, uhh penat gak nak melayan karenah dia,,
:: Kakak Wani ok la diam je tapi klu tgk adik main dia pun main jugak.



:: Part ni yang tak leh tahan.
:: Dek Nuyi kalau bergambar akan melakukan aksi2 berani begini.. ermmm.. korang berani ke??

:: NEW LOOK ::

|
Disebabkan arini Isnin kepala agak2 ting-tong sikit. Sebelum memulakan kerja harus update sikit untuk mukadimah harini.



:: Dapat tugasan untuk design job customer, ni design menda lain..
:: Apa nak jadi la ngan aku ni,, camne nak jadik pekerja yang cemerlang cenggini...
:: Errmm relek la, sungguh pun aku design menda lain tapi job customer aku siap beb.
:: Pandai2 la bahagikan masa,, kata nak jadi pekerja contoh alaf ni kan..
:: Kalau arini Isnin aku mesti cam blur2 je kan sebab syok sgt weekend..
:: Ok, nantikan update aku seterusnya dalam masa terdekat ini..
:: Bye,, nak sambung buat kerja... :)

:: KENANGAN BERSAMA ::

|
Time ni aku bersama dengan budak praktikal yang sesungguhnya gile2 cam aku jugak. Tempoh 6 bulan bersama dorang banyak kenangan antara kau dan aku, cewahhh melalut la pulak.. Tak susah pun nak jaga dorang ni, sebab dah beso2 belaka... Kalau suruh mesti dorang buat. Good girl..


:: Dari kiri RUBY + LAILA + CHA.
:: 3 dara pingitan ada yang berkenan dihati,, hehehe acah je budak la tu wei..
:: Serius dorang ni memang kepala gile, seronok lepak ngan dorang ni.



:: Aritu kitorang dah buat usul lam meeting nak buat t-shirt untuk pekerja.
:: So aku ok je, tak yah la aku susah2 nak pk nak pakai baju apa g kerja kan,,
:: Company nak sponser t-shirt kerja tapi 2 helai sahaja untuk seorang, ermm kira ok la tu dari takde.
:: Alang2 budak praktikal nak abis bos dengan bermurah hati nak bagi t-shirt untuk dorang jugak, tapi sehelai seorang.
:: Harus bersyukur dong...



:: Laila di antara yang rapat ngn aku.
:: Perihal balak dia pun den tau, ala2 manja gitu dok tanya pengalaman aku berkapel dulukan,, hehehe. ahkak jugak.
:: Dia dari Politeknik Seberang Prai.



:: Agak2 korang yang mana nama aku?
:: Hehehe,,, sonang baitu.......


>> Ok siap untuk entry harini, aku nak sambung buat kerja. Happy Weekend!

:: MASQUERADE CAFE ::

|
Time ni sebenarnya perut masih kenyang lagi tapi disebabkan nak cuba masakan kat kedai dorang ni, aku gagahi jugak la. Aku terpanggil untuk ke sana adalah disebabkan namanye sungguh unik..


:: Tengok la muka org lapo,,, hhahaha yer la lapo la sangat, kenyang tau time tu tapi saja nak cuba2 rasa masakan dia.
:: Bagi aku sedap, harga tak la mahal sgt,, kira ok la.
:: Menu yang aku order 'NASI MASQUERADE' + 'HAZELNUT WHITE COFFEE'
:: Kalau tengok konsep dalaman cafe ini aku suka sgt sebab modern.
:: Aku ingat nak sambut anniversary kat situ nanti. yuhuu..
:: 3.7 ni genap 5 tahun usia perkahwinan aku.


:: Banner tu aku yang design,, hihihihi sebab tu nak pegi sangat tu nak tgk tompek eh..
:: Aku suka kalau buat design berbackgroundkan hitam.
:: Tapi tgk jugak ada yang customer tak berani nak guna warna hitam ni.
:: Bagi aku warna hitam nampak elegant.. kan..kan..
:: Ha klu korang nak cuba cefe ni kat banner tu ada alamatnya..
:: Sapa yang dok kat area Pasir Gudang boleh la mencubanya.. dah dekat dah tu..

>> Ok nanti esok aku update cite percutian aku lak,, tunggu. ;)

:: KUIH PALING SODAP ::

|
Ntah kenapa lam kepala asyik teringatkan kuih sodap itu. Teringat sebab ada beli kuih tu minggu lepas, ternyata memang sedap. Semalam ada pasar malam, nasib baik gerai makcik tu bukak. Ianya sedap sebab dibakar. Sungguh sihatkan pemakanan begitu. Sebelum ni aku pernah jugak nampak kuih tu tapi tak pernah makan lagi. Aku terpanggil untuk mencuba kuih itu sebab cara memasak kuih itu berlainan dr kuih2 yang lain, sebab ianya dibakar.


:: Ni la rupa 'KUIH DANGAI'
:: Aku segan la nak ambik gambar kat pasar mlm tu, kang org kata aku ni over plak nak g pasar mlm pun nak bergambar bagai.
:: Nanti la minggu dopan kok aku poei lagi aku ambik gambar yo...
:: Aku pun tak pasti asal usul kuih ini, kalau ada yang tau meh la bagitau ngan cek.
:: Semalam beli rm2.00 untuk seperti gambar di atas.
:: TAK CUKUP TU BELI, SAMPAIKAN HUBBY YANG BARU KENAL AKAN MAKANAN ITU PUN SUKE.
:: Ternyata kuih itu boleh dikategorikan 'kuih paling sodap alaf ini'

>> Kalau ada yang tau cene nak buat kuih tu, kongsi ngan nasaz heh.. :)

:: STIKER HIJAU ::

|
Ni la aktiviti aku waktu lapang. Asal bos tak de je, mula la buat kerja yang bukan-bukan. Hehehehe al-maklum lan stiker banyak terlebih-lebih kan.. so ade je benda nak buat.


:: Ni la warna rembatan stiker aku iaitu 'Hijau'.
:: Yer kenapa hijau? sebab nak tampal atas permukaan yang bewarna hitam, so cute la kan.
:: Nak buat apa kat stiker tu????????
:: Yer nak tampal kat sini...........



:: Ni la stiker 'FIDO DIDO'.
:: Sebenarnya stiker ni bukan aku yang punya....dan juga bukan 'ahmad albab' yang punya tapi budak praktikal kat tempat aku ni yang punya.
:: Budak praktikal biasa la dah nak abis praktikal abis harta company diguna sebaik mungkin.
:: So aku ok je sebab stiker tu pun banyak gile yang tak digunakan lagi.

:: OHH.... NI KERJANYA YER..! ::

|
Entry ni adalah sambungan dari entry yang aritu.. Nak tau kan apa yang 'NURI' buat aritu. Jeng..jeng..jeng..



:: Ni la dia dalam senyap2 aku ambik gambar masa dia ada kat dapur.
:: Sekarang ni Nuri suka sangat ke dapur sebab dia dah pandai bukak peti ais.
:: Dia perasan aku ambik gambar sebab dia nampak lampu flash kamera aku..
:: Hehehehe,, sabo je si Nuri ni, selamba jer dia senyum cam org tak bersalah..
:: Uh.. anak-anak.....




:: Ni la dia pabila misinya berjaya.
:: Sekarang ni tak boleh letakkan cawan ke apa2 ke yang ada isi lam peti ais tu.
:: Habis semua dia ambik, bahaya kan.
:: Aritu ada cawan berisi air pun dia dah pandai minum sendiri.
:: Memang nak kena pantau kalau anak2 semasa usia sebegini.


Lepas ni aku cerita pulak pasal kakak dia..Wani.. lagi banyak pandainya...

Mood aku sekarang : NGANTOK ya amat...

:: PINK GIRL ::

|
Perghh banyak betul kerja aku sekarang ni. Sampaikan nak update pun tak de masa. Serius..... Banyak sangat job urgent, tu yang tak sempat nak update.



:: Ni semalam, Wani tak de sebab maklong dia pinjam sebab nak bawak g Muar ada kenduri kahwin.
:: So tinggal la mama+papa+nuri.
:: Time Papa g keje, nuri punya la 'LASAKKKKKKKKK'
:: Nak tau lasak dia buat apa, NEXT entry aku cito.
:: Time ni dia tengah makan biskut kopi, chedappp.. sampai comot mulut dia.
:: Tu la dia bab bergambar kalah kakak eh.. Nuri tak yah nak ajar2 dah pandai nak senyum... good girl.


>> Jangan lupa next entry tgk apa Nuri buat secara senyap2.....

:: NAK SIRIM POKOK BUNGA PUN KENA PAKAI SEKSI2 KE?? ::

|
Biasanya budak2 ni mudah ikut apa yang kita buat. So kira alhamdulillah la kan, Wani minat nak menyiram pokok bunga. Aku tak suruh pun dia. Kalau aku bukak je pintu nak keluar dia dah standby dah isi air lam bekas utk sirap pokok bunga. Sejuk perut ibu yang mengandungkannya.


:: Kira rajin jugak la anak dara aku ni.
:: Tapi ada masa2 la kan, ikut mood jugak.



:: Aku rasa korang pun tak perasan bekas yang Wani pegang tu ada pecah sikit kat tepi dia, aku tak ganti2 lagi.


:: Aku tak perasan pulak cene cara dia siram.
:: Tapi aku tengok pokok tu semua basah, kira betul la kot dia siram tu.


>> Pagi tadi hubby kol, dia tanya napa kat dinding kat pokok bunga tu abis tanah kena kat dinding,, hehehe.. sobab eh ni la budak cinonet ni yang siram, rupa2nya dia main siram je,, ishh,,ish,,

:: FINAL DESIGN ::

|
Semalam baru dapat tau result untuk design 'Chawan Cafetiam'.



:: Sapa la agaknya yang meneka design tu aritu.
:: Ni adalah final design untuk job 'Chawan Cafetiam'
:: Agak2 rajin nanti aku update untuk yang lain pulak ok.


Mode: Kenyang baru lepas mkn ikan caru bakar, sedap! tapi makcik yg kira tu sombong buat muka toye, ucap time kasih pun tak.. eee apa la makcik tu,,

:: CUBA TEKA APA BENDA NI? ::

|
Result untuk design 'Chawan Cafetiam' belum dapat lagi. Mungkin dalam minggu ni kot. Aritu ada penukaran sedikit pada design tersebut tapi aku akan tunjuk yang final punya yeh...



:: Harini aku terlalu sibuk dengan kerja.
:: Penat betul rasa badan.
:: Ok la korang 'Cuba teka apa benda ni?'


Mode: Ngantuk, Lapo, Malas sume ado..