:: DEK NURI BATUK ::

|
Harini 29.11.2010 (Isnin),, seperti biasa hari Isnin mmg hari kurang rajin buat diriku untuk melakukan kerja... Best hujung minggu dok main ngan anak kat umah... Tak sah la klu tak de yg nangis... masing2 suka menyakat... tak kakak, adiknye lah...


:: Dah dekat 3 minggu Nuri asyik batuk je...risau aku.
:: Bagi ubat pun cam tak baik jugak..
:: Walhal takde pun bagi minum air sejuk..
:: Tapi dulu Wani pun camtu jugak..
:: Siap nafas berbunyi lak tu.
:: Kalau malam Nuri batuk2 mesti muntah.. ala kesiannye semua yg dia makan keluar balik.
:: Moga2 Nuri cepat baik la yer.... risau mama...


Mode :: Hati panas + tak de mood.

:: SIPOT SEDOT MASAK LEMAK CILI PADI ::

|
Punya la lama aku tak update, baru harini berkesempatan nak update... Apa citer??? Biasa la sibuk dengan kerja.. Apapun jom layan cite aku ni dulu.... ayohhhh...


:: Sebelum masak sesi memotong hujung sipot harus dilakukan.. hehehe
:: Ni hubby aku yang nak sgt makan so dia la yang rajin memotongnye...
:: Aku masakkan je...



:: Ni la hasilnye setelah dimasak.
:: Lama jugak aku nak nak masak time tu sbb anak2 semua kat dapur so apalagi berperang la kat dapur tu..
:: Tapi akhirnya masak la jugak...
:: Uhhh sib baik cukup rasa sebab menggunakan 26 biji cili padi....



:: Kakak Wani pun dah jadik faveret makan siput tu...
:: Siap bergaduh lagik tuh.. "sobab takdo isi siput ehhh... aduh nak bueh camno...sodot eh tak kuek..ermm"
:: Abis baju putih kene kuah masak lemak, aduhhh susah nak hilang.. ada petua tak??


KENANGAN ZAMAN SILAM: Baru pas kawin cuba nak masak siput ni masak lemak,,, ermm.. dah siap2 masak sume hubby nak mkn... time sedut tak boleh kuar isi siput eh,, aduh aku lupa nak potong hujung eh,,, haru di buatnya... kuakan balik siput tu kasi potong lah... baru bleh makan.....

:: 1 BADAN MENGGIGIL ::

|
Harini 12.11.2010 (Jumaat), aku berbaju oren, biasalah my faveret kale dipadankan dengan seluar hitam panjang (buruk dah)...ermmm

:: Tadi masa datang kerja cam biasa je anta anak ke taska n tadika, pastu beli kuih utk sarapan.
:: Sampai ofis relek jap, pk agenda untuk arini.
:: Okeh start keje.
:: Tiba2 kedua belah tangan ku menggigil, diikuti kepala dan sekarang badan pulak...
:: Napa ek.. risau plak aku..
:: Yang paling ketara jari2ku semua menggigil, nak kata tak makan aku sarap kuih 2 ketul tadi, kira okeh la kan tuk alas perut.
:: Sekarang aku mmg rasa tak selesa... tak tentu arah di buatnya..
:: Tulang belakangku terasa lenguh sangat...
:: Ya Allah.....
:: Aku betul2 rasa tak selesa nak buat kerja...
:: Bersabar sahaja la NASAZ........

:: KARNIVAL di Angsana, JB ::

|
Harini Rabu, 10.11.2010, minggu ni cam tak de cerita sangat aku nak storykan kat blog ni. Apapun kerja tetap no 1, situasi sibuk senantiasa ada.



:: Minggu lepas aku + famili ada ke Angsana, JB.
:: Uhhh... best je tgk banner yang aku design aritu dah pun dipasang kat sana.
:: Banyak jugak dorang gantung, tapi banyak jugak iklan pasal lain2 punya majlis.
:: Banner yang besar tak sempat nak ambik gambar, tp klu korang g sana akan perasan banner tu.
:: Kat Angsana sedang berlangsung 'KARNIVAL PENGHABISAN STOK', bermula 9.11.2010 hingga 15.11.2010.
:: Hujung minggu ni mesti sesak gilo kat sana.
:: Kat Plaza Angsana sana sentiasa ramai je org, dari Singapore pun ramai gak yang shopping kat sana.
:: Apalagi jom terjah.......


Mood :: Batuk pulak... ermm

:: LAGU CENDERAWASIH ::

|



CENDERAWASIH
Artist: 2D


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan


Best sangat lagu ni..... syok dengar... i like it..

:: HAPPY BIRTHDAY TO ME.. ::

|
Hari ini Isnin, 8.11.2010 adalah permualaan hari dlm setiap minggu kte memulakan kerja. Semalam cuti g jalan2 seronok rasanya. Nak mulakan kerja harini cam malas sikit.


:: Harini 8.11.2010, hari lahirku yang ke 30 tahun,, yeehaa,,, angka 3 sudah naik.
:: Apapun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang pada ku untuk meneruskan kehidupan bersama orang tersayang.
:: Bagi aku tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini selain dari keluarga serta anak2 yang ku dicintai.
:: Semoga harini memberi aku hidayah buat ku untuk terus menjalani kehidupan.
:: Aku juga berharap agar aku boleh berubah untuk menjadi insan, umat, hamba, isteri, anak... yang lebih baik dari sekarang. insyaallah..
:: Teringin sgt nak kek katak,, hehehe sapa nak bagi....
:: Ok... jumpa lagi nanti, nak sambung wat keje.


Mood :: Kerja + menunggu sesuatu dr si dia..... huhuhu...

:: BISKUT JAGUNG ::

|
Harini 6.11.2010 (Sabtu)- Aku kerja separuh hari. Walaupun terasa diri ini malas nak ke kantor. ermm ku tetap gagahi jua.


:: Harini sarapan biskut jagung je, ermmm nama panggilan 'Biskut Jagung' tapi takde pun jagung, kan..kan..
:: Biskut ni dari aku zaman kanak2 dulu mmg dah ada.
:: Rasanya sedap cam berlemak sikit la, tapi takde la lemak lam biskut tu.
:: Saiznya sederhana kecil berbeza ngan biskut krim kraker.
:: Alhamdulillah sarapan simple tapi cukup utk perutku.
:: Arini balik rumah mak mertua kat Kota Tinggi, Johor.
:: Mesti makanan best2, ermmm.. mmg hari makan la jawabnya.



Mood :: Takde suara akibat batuk,, huhu payah nak bercakap. loteh.

:: ADA YG BERANI AMBIK NO. NI? ::

|
Harini Jumaat-5.11.2010 HAPPY DEEPAVALI buat semua...
Arini aku kerja, tapi mood malas okey. Yerla ramai yang cuti kan, jeles tuh. Tapi tak pe aku gagahkan jugak.



:: Ada yang berani tak nak ambik nombor ni?
:: Kalau ada yang berani silakan.....
:: Agak2 korang ada ke kat mana2 ofis yang ada kaunter nombor cenggitu..... takut kan.. hehehehe..

Layannnnn...


Mood :: Pening + Malas.

:: KINI 8 BE NUFFNANG KU ::

|


:: Aritu aku dpt 5 BE kini 8 BE ku..
:: Terima Kasih Nuffnang
:: Bagi aku banyak tapi ada yang dapat lagi banyak, kan..kan..
:: Aku tak sehebat blogger2 yang ado sekarang ni.
:: Aku sekadar blogger yang biasa2 je..
:: Ada masa aku muncul, takde masa aku hilang.


Mood :: Nyampah esok kono kojo... apapun HAPPY DEEPAVALI.

:: FINAL DESIGN-Plaza Angsana ::

|
Harini RABU, 3.11.2010.. Sapa Birthday dia harini... aku ucapkan 'HAPPY BIRTHDAY' to you. Minggu ni slow sikit nak update sbb asyik sakit kepala je... nak buat kerja apatah lagi.. Aritu kan aku ada cakap yang aku sedang berperangkan...


:: Ha ni la design yang aku buat sampai nak muntah seyh...
:: Banyak lak tu,, semua URGENT!
:: Kebanyakan job mmg URGENT!.
:: Bayangkan la betapa otak aku ni nak berpk nak menyiapkan semua design.
:: Tapi alhamdulillah semua design aku di TERIMA... yahooo.. senang kerja aku.
:: Ni untuk PLAZA ANGSANA, JB yang aku design untuk 'Karnival Penghabisan Stok'.
:: 1 kerja dah siap ada kerja lain nak kena buat pulak.
:: Senang cite otak ni mmg sentiasa berpk je nak wat kerja.

Mood harini :: Malas + Bengang... :(

:: Betul ke KEPALA dia tu :: ::

|
Hari Sabtu aku kerja separuh hari... So mood nak buat kerja pun tersangat la 'MALEH'.. Serius maleh (malas). Penat pun yer gak... Tu la ingat cuti ni nak rehat sakan ngn famili.


:: Agak2 korang ade ke orang mempunyai kepala sebegini...
:: Cam org Alien jer...
:: Kalau gunting rambut berapa rm kena tu gak eh..
:: Ni kepala camni nak kata panjang ke tinggi aku pun tak pasti.
:: Yang pasti aku lari klu jumpa org kelapo camni...
:: Yer la takut,, tak ponah2 tgk org kepalo camtu... ngeri je..


Ok la saja aku nak balik keje dah tak sabar ada org nak belanja makan... yuhuu.. rezeki makan.. Da selamat berhujung minggu.

:: MY SKETCH B4 DESIGN ::

|
Hari Khamis dah arini,, rasa cepat masa berlalu... Seperti biasa kerja sentiasa ada..


:: Kebiasaannya lukisan di atas sentiasa ku lakarkan sebelum bermulanye sesi 'DESIGN'.
:: Memang sejak dari sekolah lagi aku memang suka buat lakaran.
:: Nak buat karangan pun mesti nak ade lakaran tulisan dulu.
:: Bagi aku 'SKETCH' memang penting.
:: So sekarang baru boleh mulakan buat 'DESIGN'...
:: Nak tau aku sedang 'BERPERANG' buat design apa... TUNGGUUU...



:: Dah lama tak edit gambar sendiri.. huhuhu
:: Syok sendiri seh.. alamak saja je... buat iklan seketika.

Ok nak sambung 'BERPERANG' buat design...

:: COBAAN NAK KELUAR RUMAH ::

|
26.10.2010 (Selasa)

Berita Terkini:: Aku dilanda Selesema,, urhhh... lepak kepala aku tatkala ini.. Nak buat kerja lagi malas,, yang rajinnye nak baring, lepak, alamat tak siap kerja2 aku harini...



:: Haaaaa.... ni la budak yang cuba2 ingin keluar rumah.
:: Bahaya la klu camni,, buatnya aku tak kunci gate, gerenti dia boleh bukak punya.
:: Kerusi itu yang mambantu dia untuk memanjat apa saja..
:: Aku dah sorok,, ehh dia keluarkan balik..
:: Anak2 jaman sekarang,, memang sudah panjang akal fikirannya.
:: Berusaha untuk melakukan apa saja,, jadi nak kena tgk2 klu dia lasak camni..
:: Usia 'NURI' sekarang baru 1 tahun 10 bulan.
:: Perkembangan dia memang cepat berbanding dgn Wani..
:: Tapi dua2nya sama2 pandai, nakal & rajin cam mama dia,, ahakss tetiba...


Ok la aku tak larat,, kepala dah weng ni... jumpa lagi..

:: TENUNGAN MANJA.... ::

|


:: Agak2 aku tak de kerja.. ni la kerja aku sebelum start wat keje...
:: Dia la peneman hidupku...
:: Mesti nak kena tenung dulu baru idea datang...
:: Hahahahaaha yo la tu...
:: Baru tukar FROG meh...
:: Cantik tak FROG aku.....??


Arini kurang sihat..