:: LAWAK GILE BUDAK NI ::

|
Ni kejadian semalam okeh,, aku pecah perut tergelak ngn member kat sini.. Cite pendek je tapi.......... korang tgk la sendiri....


:: Ok semalam bos panggil sorang budak praktikal ni masuk bilik.
:: Bos bagitau material untuk barang yang nak di hantar print.
:: Ok la budak tu dah tulis semua... sekali sampai kat tangan aku sebab aku nak hantar printing job tu.
:: Sekali aku terbaca perkataan 'GOSTAN' stiker... hehehehehehe.
:: Korang pahamkan maksud 'GOSTAN' tu.. ehhehehe gelak lagi..
:: Tapi perkataan tu tak sesuai utk ayat itu...
:: Klu 'GOSTAN' biasa digunakan untuk kereta kan.
:: So bos sebut material 'REVERSE STIKER'
:: Oleh kerana dia tak tau spelling word 'REVERSE' so dia tulis la 'GOSTAN'
:: Arghh adoi,, gelak guling2...

Macam2 hal la budak praktikal ni....

Mood :: Biasa2 je..

:: 15 jenis makanan larangan dijual di kantin sekolah ::

|


KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.


Sumber: Berita Harian Online

:: MAKAN SATAY YUKK ::

|

:: Yeay..yeay.. mama beli satay... itu la kata2 kegembiraan dari Wani... faveret dorang ni...
:: Aku pulak biasa la, time pregnant ni teragak nak mkn apa aku terus beli..
:: Dan paling yang aku tak tahan sekarang ni time lapar je tak leh tunggu lelama mesti perut berbunyi n tak selesa.. so cepat2 makan apa yang patut.
:: Ok sambung cerita pasal Satay.
:: Tu la 2org anak dara den yang menanti nak mula makan Satay.. hehehehe



:: Ni la rupa satay yang aku beli.. Campur2 ayam + daging.
:: Secucuk RM0.50 + nasi impit = rm14.50
:: Dulu aku pernah makan satay babat (perut).. sedap jugak tapi susah nak jumpa kat sini.
:: Nasib baik kuah dia sedap,,, so selera la makan time tu..



:: Ni aksi Wani makan satay..
:: Dia memang suka sangat makan satay ni...
:: Tapi dia lebih suka makan satay ayam dari daging.
:: Bila dah makan2 tu main2 pulak kuah dia siap celup2 timun lam kuah tu,, ermm anak2..



:: Ni pulak gaya si Nuri makan.
:: Mama beli satay tapi dia syok makan nasi impit.. banyak jugak dia makan..
:: Agaknya dia suka makan yang lembut2 agaknya..
:: Satay pun sikit je dia makan.
:: Itupun dia makan sikit pastu p letak lam kuah satay.. ermm yer anak2...
:: Tak pe yang penting dorang ni makan..
:: Time ni papa keje malam tapi masuk petang so.. aku beli je lah.
:: Tup.. typ tengok papa masak,, ermmm apa nak buat sume dah kenyang.. apapun tq papa masakkan.

Ok aku nak pengsan dah ni,, tak larat.. ok daaa...

Mood :: Malas nak half day boleh tak bos? mmmm

:: I'M A SEXY BACK ::

|

:: Agak2 korang siapakah yang memiliki badan yang begitu seksi itu.......
:: Mungkin dia, dia atau dia......
:: Hehehehe,, nak tau takkkkkkkk








































































































Ha ni la orangnye,,,,,,






























































:: Hehehehe NURI ARDINI..
:: Kalau tengok badan dia lain betul ngn kakaknye Wani.
:: Nuri ni slim sikit bdn dia ikut papa kot, nak carik baju pun asyik longgar je.
:: Yang si kakak agak semangat sikit ermmm ikut mama ler tu kan,,,

Ermm ok now nak sambung buat kerja.. maleh betul nak buat kerja,, mata ngantuk,,, serius malas...

Mood :: Apalagi malas da,,,

:: LAUK + KUIH CINTA SAYANG ::

|

:: Ni adalah antara lauk2 yang sekali sekala menjadi kegemaran aku.
:: Tapi time pregnant ni banyak sekali selera aku bertukar2.
:: Agak2 teringin nak makan aku akan cuba dapatkan.
:: Tapi tak de la yang pelik2,,, mudah2an tak gitu la yer.
:: Sekarang ni aku memang tak boleh bau yang goreng2 gitu,, perghh menusuk ke hidung ku.
:: Loya habis.. apalagi tutup hidung je la.
:: Tapi alhamdulillah kengkadang aku masak ok jer, ikut keadaan jugak la.
:: Errrmm TAPI SEMUA LAUK DI ATAS BUAT NASAZ YANG MASAK TAPI EN. HUBBY YANG MASAKKAN.
:: Tau2 je balik keje lauk dah siap masak.. alhamdulillah.
:: Sebab tu dipanggil 'lauk cinta sayang'.



:: Ni pulak kuih apam.
:: Memang sedap dan agak berlainan sikit sebab ada hirisan pisang kat atas dia..
:: Errrmm good idea,,,
:: 'Kuih cinta sayang' tu jiran sebelah umah aku yang bagi..
:: Alhamdulillah aku mempunyai jiran sebelah KANAN yang baik + rajin bagi makanan yang best,,, aritu dia bagi soto abis aku + anak beranak makan... mmg sedap..

Ermm saja nak kongsi lauk _ kuih cinta sayang kat sini.. petang kang kite jumpa lagi k..ada lagi yang nak aku cerita kan,,, tunggu..

Mood :: Tekak rasa payau ntah nak makan apa ntah nak hilangkan... ermm

:: GELAGAT NASAZ + ANAK2 ::

|
Syukur alhamdulillah Jumaat sudah arini. Sebenarnya memang susah nak bergambar ngn anak2 bagi aku la sebab kang ada yang takde mood la... tak dok diam la,, ishhh.. kali ni la yang ok sikit dorang ni tak meroyan,, hehehe...


:: Haa.. ni baru intro.. memasing cool lagik..
:: Time ni kat sekolah Wani ada maulidur rasul.. so anak beranak la berbaju kurung..
:: Nuri pun sibuk nak berbaju kurung..
:: Time ni Wani punya serius cam baru 1st nak ambik gambo...
:: Nuri sentisa ceria je kalau bergambar.. good girl!



:: Ha time papa beria-ia nak ambik gambar kitorang,, uihh aku n anak2 apa lagi.. posing2 deh..
:: Time ni aku suruh sume ikut,, hehehehe good girl!!
:: Ha baru la nampak Wani senyum.



:: Ni aksi teropong,,
:: Mama punya aksi cam burung,, Wani cam burung togel, Nuri.. aksi tak menjadi,, hehehe dia susah agaknya nak buat... tak pe nanti belajar lagi yer sayang..



:: Ha yang ni aksi kasih sayang...i like it ok..


:: Ha yang aksi yang SANGAT GUMBIRA DIHATI!!!
:: Kalau di tengok kan aku yang paling over hokey...!



:: Ni la keadaan Wani kat tadika dorang, time ni ada Maulidur Rasul..
:: Nuri tu wat sibuk je,, pantang bergambar cam Mama eh jugak...

Ok la penat sehh,, nak berehat... daaa

Mood :: Loya tak abis2.. :(

:: KATAK PENEMAN TIDURKU ::

|
Harini 12.2.2011 (Selasa), Perghh tajuk tak bleh blah... Uihhh lama gilo aku tak update,,, mmm..... maleh sikit la... Asyik ngantuk je.. Apo nak buek... Banyak gak entry tertangguh,, tu tak pe nanti2 aku ceritakan yew,, sabar...


:: Kroggg.. Krooggg.... Ha kenapa tetiba ada gambar katak kat atas katil itu,,
:: Yup meh baca short story..
:: Aritu hubby keluar pergi Bazaar karat kat JB,, dia pergi ngan mak + ayah dia saja jenjalan.
:: Aku + anak2 tinggal.. tido lagi best.
:: Aku sms hubby soh beli la apa untuk 'Ayang' ahakss...
:: Tengok2 pagi bangun tido ada katak ni kan.. 'BOSA' lak tu...
:: Aku SENYUMM je tgk,,, hehehehe hampeh tul katak yang dio boli tuk den..
:: Tapi lam hati '' SUKO'' sobonar eh...
:: Aku pun tak tau kenapa aku suka katak...
:: Aku ada bantal katak n hampir setiap mlm ku memeluknya. hihihihi
:: Bantal katak tu best fren aku bagi...



:: Ni muka terbaru Nasaz.
:: Time ni kandungan ku baru nak masuk 2 bulan, alhamdulillah.



:: Ni la dua permata hatiku yang sentiasa bikin aku gumbira...
:: WANI + NURI.
:: MAMA SAYANG KAMU NAK... hehehehe cam ayat nak berlakon je... yew
:: Serius ok aku sayangkan anak2 aku... Nakal pun aku sayang sebab dorang bisa buat aku tersenyum deh,,,
:: Ok itu aja entry kali ni.. Jumpa sok.


Mood :: Loya2 tu biasa la...

:: RAMBUT TERPACAK ::

|

:: Perghhh kalau aku terserempak ngn mamat hensem rambut camni mesti aku terpaku...
:: Tentunya terpaku tgk rambut pacaknye....'
:: Hihihi..... apada.. rambut camtu.. tiup dek angin layu dah..
:: Ni sumber gambar yang lain aku carik lain yang aku jumpa..

Mood :: Blom nak rajin lagi + tekak dah start loya2..

:: NASAZ +VE !! ::

|

:: Syukur ke hadrat Ilahi atas reseki yang kau limpahkan.
:: Hari Khamis (31.3.20011) aku di sahkan mengandung.
:: Usia kandungku baru memasuki 5 minggu.
:: Bila aku tau je result doctor tu bagitau positif, so aku pregnat..
:: Alhamdulillah.... Aku bersyukur sangat.
:: So sekarang ni Nasaz.. NO DIET okeh... harus makan makanan yang cukup berkhasiat untuk memastikan kandunganku sihat.
:: So pada teman nasaz yang juga pregnant tahniah ku ucapkan.
:: Pada teman2 Nasaz yang nak share cara2 pemakanan yang sihat di alu2kan..

Mood :: Gumbira rasa di hati. :)

:: Doktor kata NASAZ -VE atau +VE? ::

|
Harini 1 April 2011 (Jumaat),, Syukur alhamdulillah kite sudah berada di awal bulan 4 tahun 2011... Semoga kite di beri kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki, amin.


:: Ni cite petang semalam.
:: Kan semalam aku ada ceritakan yang tangan+badan+kepala aku menggigil.. nak kata tak makan aku makan pagi tu,, oh yer aku batuk sekali...
:: Tapi aku memang ada 'TEKANAN DARAH RENDAH'.. ermm
:: Kalau nak di ikutkan kalau time makan kena makan tak leh tunggu, kalau tak angin masuk camni la jdnye..
:: Aku pun dah risau g la jumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan.
:: Pastu doctor suruh cek sekali air kencing...uittt....
:: Siap buat pregnant test sekali sebab aku dah lewat 2 minggu tak period..
:: Agak2 korang result tu -ve ke +ve??


Mood :: Kepala masih lagi melayang seolah2 berada diawangan....xoox

:: ANANG DI MAJLIS PERKAHWINAN KRISDAYANTI ::

|

:: Datang jugak Anang di majlis perkahwinan Krisdayanti ngn Raul aritu yew...
:: Bagus2 tak bermusuhan antara mereka ni malah Anang amat merestui perkahwinan mereka itu...
:: Siap berpelukan lagi.. sib baik tak bertumbuk.... hehehehehe



:: Ha aku tak tau pulak apa yang dorang borakkan tu..
:: Dua2 senyum kira ok la tu..
:: Kalau nak di tengokkan hensem lagi Anang erk.. ermmm



:: Ha time ni Anang berpelukan ngn Krisdayanti (mantan isteri Anang yew) pulak.
:: Berpelukan tanda merestui merestui perhubungan mereka..
:: Pergh.. tak jeles ke si Raul tu tengok.. ye la kan dorang tu laki bini dulu...
:: Apapun moga2 ikatan itu berkekalan, amin.



Mood :: Kepala melayang + tekak cam tak best je..

:: KUEH TIEW PAKIMAU ::

|

:: Sebenarnya tengah2 buat design untuk Signboard kedai makan ni,, tetiba lak aku terbaca menu dia..
:: 'KUEH TIEW PAKIMAU' perghh memang pelik ah,,
:: Nama menu dia cenggitu erk,,,
:: Kalau tengok pada gambar biasa je aku tgk..
:: Aku mmg tak pernah mkn lagi,,, kedai ni kat area JB..
:: Mcm2 nama ke mmg ada makna.. kot2 tu lam bahasa Siam ke,, yer kew... ntah la..
:: Aku tak larat nak tulis pjg2.. kepala tgh melayang....

Mood :: Pening + Lesu2 badan..

:: LORI SIMEN YG BERBAHAYA ::

|

:: Ni la permandangan di waktu pagi kalau aku nak pergi kerja.
:: Itu kite tengok nampak 2 line kete kan,,,
:: Kalau naik gile semua kete ni leh jadi sampai 3 line tau.. hahaha bertambah la sesak dibuatnya.
:: Ni ada satu 'LORI SIMEN' yang bagi aku sangat la berbahaya.
:: Kalau nak ditengokkan memang membahayakan kite dan tentunya penunggang motosikal...
:: Kat gambar tu adalah jarak kete aku dgn lori simen tu...
:: Pastu van sebelah tu cam tak sabar2 lak kan,, lalu memotong ikut kiri.. perghh.. tak sabar betul...




:: Ni adalah view yang dekat...
:: Tengok tu ada air yang meleleh dari corong lori simen tu..
:: Lepas tu kat dlm tong besar tu ada air berkocak2. perghh lagi la bahaya,,, agaknya tgh proses simen kot lam tu..
:: Kalau tak silap aku, dulu ada kes sebuah kereta terkena tumpahan simen ni kan... ermm seingat aku la..
:: Kan merbahaya tu....
:: Korang pun kalau berada di belakang lori simen harap jauhkan jarak kenderaan anda ok...
:: Hati2 di jalanraya k...

Mood :: Tangan menggigil, napa tah...

:: JOM!! CAT RUMAH ::

|

:: Time ni pergi survey cat untuk bahagian yang tak sempat2 lagi nak dicat kat umah den tu.
:: Ada sebahagian dinding yang dah dicat dan nak di padankan mengikut kesesuaian dan nampak nice kan.
:: Pening jugak time ni nak memilih warna yang betul2 sesuai.
:: Pada display color tu pun bkn la 100% sama dgn hasilnya nanti,, tu yang teragak2 memilih...
:: Last2 suruh budak kt situ cek kat komputer hasil pada gambar utk dapatkan hasil warna.



:: Akhirnya mendapat kata putus antara aku + hubby.
:: Ala tak banyak pun sebab ada beberapa bahagian je yg nak dicat.
:: Boleh pening ooo tengok banyak2 warna ni...
:: Yes.. nak tengok warna apa yang nasaz beli n hasilnye...
:: Tunggu.. next entry k....


Mood :: Pening yg melayang2...