:: MANDI KOLAM ::

|
Oleh kerana harini aku mula bekerja 2.2, so mood ada sikit rajin la yew... Bab edit mengedit i like okeh...



:: Masa ni cuti Raya Cina haritu.
:: Bosan2 dok umah hubby ajak g rumah adik dia deket2 sini je..
:: Apalagi mandi kolam la.
:: Anak2 semestinya suka... mmg dah lama dorang ajak papa dia g mandi kolam.
:: Pergi masa tu pun dah petang.
:: Ala ok la mandi 2 3 jam.
:: Nasib baik tak ramai orang,, so selesa la dorang mandi.



:: Anak aku (Wani + Nuri) yang depan 2 orang tu.
:: Yang kat belakang tu anak buah (Puteri Amani).
:: Kira ok la kolam dia.. luas n bersih.
:: Nanti2 boleh datang lagi nih.



:: Last Nasaz + baby Hadif.
:: Tuan rumah jamukan kitorang ngan ayam KFC, uhh rezeki, Tq Azie n famili.
:: Masa tu bb tidur.

Yes. esok aku update lagi yew.. Terima Kasih yang sudi jenguk blog aku yang sekian lama menyepi.

:: SEDIH RASANYA ::

|


WANI

:: Hari ni pagi2 lagi Wani dah bangun nak g sekolah tadika (K2) siap tanya balik nanti kakak dok mana.
:: Aku ada bagitau dia start harini, dia balik nanti van akan hantar ke taska.
:: Siap tanya aku kakak sorang ke kat sana, aku bgtau dia Nuri ada nanti.

NURI

:: Hantar Nuri ke taska.
:: Nak dekat seminggu aku mencari2 taska yg sesuai untuk anak2 aku.
:: Macam2 paten ada.. yang murah tapi keadaan pulak tak best.. kesian kat anak2 kita kan. Yang jaga sorang je,, perghh takut seh...budak berbelas2 orang.
:: Ha yang aku hantar ni ok la tempat dia.. bersih dan menarik,, penjaga pun ramai lam 5 orang.
:: Harap2 ok la.
:: Masa hantar dia cool je.. tapi dia memang suka main n berkawan.
:: Nuri ligat sikit perangai dia dari kakak dia.

HADIF

:: Hadif aku hantar kat ibu (penjaga yg jaga Wani masa bb)
:: Masa hantar dia tidur.
:: Sib baik aku dah mandikan dulu sebelum hantar tadi.

Kesimpulannya..

>> Sangat sedih sebab selama 2 bulan dorang duduk ngan aku. Tiba la masanya mama nak mulakan kerja esok.
>> Yang baby Hadif lagi sedih sejak lahir dia ngn mama je.. uhukhuk... sedih teringatkan dorang tiada di sisi..
>> Ermm kuatkan semangatmu Nasaz..


:: WORDLESS WEDNESDAY - Girls only ::

|


:: Suka tengok gambar ni..
:: AKU + KAKAK + ANAK BUAH + BAKAL ADIK IPAR

:: MANDIKAN BABY ::

|
Assalammualaikum semua.. Ramai yang cuti arinikan,, tak de yang keje kan... So ada yang g bercutikan,, uhh sangat seronok.. Aku mmg cuti panjang la... 2.2 nanti baru naik kojo... hehehe gila bosan..


:: Masa ni aku baru je keluar dari hospital.
:: Nak ke rumah mak mertua aku di Kota Tinggi untuk berurut 3 kali berturut2.
:: So aku kena tidur sana.
:: Masa ni baru hari ke 2 baby dilahirkan.
:: Sebelum bertolak balik ke kg. aku mandikan bb dulu.
:: Kan selesa dah sampai kg. tak yah nk mandikan lagi.. selesa kan
.


:: Masa ni klu nak diikutkan aku masih lemah lagi.
:: Tapi aku gagahkan jugak nak mandikan bb.
:: Masa ni kalau bb baru dilahirkan mmg nampak semangatkan...
:: Nampak sepet betul bb masa ni
:: Korang perasan tak kaki wani + nuri.. hehehe sibuk betul nak tengok bb mandi..
:: Yang Nuri takyah cakap la suka betul main air...


Okey next entry tunggu yer..

:: ANAKKU ::

|
Sebelum aku nak berceloteh panjang layan gambar2 dulu yeh...



:: Hadif ngn Kak long (Wani) + Kak ngah (Nuri).
:: Time baby camtu la dorang ni suka layan Hadif.. pantang celik je.. si kak ngah suka cakap " Hadif dah bangun yer...." ha time tu la aku 1 keje tak leh nak buat... Hadif pun celik.
:: Yang si kakak ok sikit lembut je layan adik dia (Hadif), tapi klu dpt ngn Nuri... ermm nak kena jaga2 sebab dia kasar sikit.
:: Kang abis bantal kat kepala Hadif di goyang2nye... ermmm bahaya tu kan.
:: Apapun ada juga terselit sifat kasih sayang dorang ni.



:: Hadif ngan Kak Long (Wani)


:: Hadif ngan Kak Ngah (Nuri)

Sekarang ni tengah nak tengok masa untuk update blog. semua tido bleh la update... kalau semua jaga uhhh tak jadi buat keje aku...

>> Nanti ada masa aku update lagi yer... terima kasih kawan2 yg sudi jenguk blog aku ni...

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|

:: DIA LAHIR KE DUNIA ::

|
Alhamdulillah anugerah dari Ilahi telah mengurniakan aku seorang anak LELAKI... yer hero... Syukran..



:: Nama: Muhammad Hadif Bin Mohd Azrin
:: DOB: 26.11.2011
:: Tempat Lahir: HSI, Johor Bahru
:: Berat: 3.66kg
:: Bersalin: Normal


Time ni baru beberapa jam dia dilahikan ke dunia...

Esok aku postkan entry saat2 aku melahirkan Hadif ke dunia, insyaallah.
Tunggu k.

:: AKU DI TOLAK ::

|
Assalamualaikum...
Pembuka bicara untuk tahun 2012.

:: Sudah lama aku tak update.
:: Ermm... malas pun yer,, tapi lam kepala nak update.. camne tuh..
:: Cerita banyak tapi tak terupdate aku deh...
:: Untuk tahun 2012 ni aku mula dengan cerita " AKU DI TOLAK ".
:: Ala bukan tolak apa cuma, time tu selesai sudah aku melahirkan anak ketiga aku....

Untuk cerita lanjut nanti aku cerita kan,, banyak gambar yang aku nak masukkan lan entry akan datang,,, tunggu...




:: Time ni lega sangat....

:: GAMBAR RAYA:: Bermaaf-maafan.

|

:: Time ni aku memohon maaf kepada bapak n mak bertua aku....
:: Situasi ni sgt sedih sebab aku ni mmg cepat sebak...
:: Apapun moga2 segala kesalahan aku di ampunkan...



:: Time ni menunggu giliran untuk memohon ampun pd bapak n mak mertua aku.
:: Aku tengah standby la tu,, perh.... semangatkan aku skang....
:: Nak tau aku yang mana cark la sendiri yer...



:: Yer ini lah NASAZFROG.... ada yang rindu kat aku tak??? hehehehe
:: Lama jugak aku tak update..
:: Salah 1 sebabnye..... aku banyak kerja.. pastu aku malas, pastu aku tak de mood... So ni la akibat blog aku bersawang2...
:: Baru la ni aku ada sedikit ruang masa untuk update blog..

Mood:: Tangan kanan terasa kebas sebab dpt suntikan kancing gg.. uhh bisa..

:: DAGING SALAI + MAGGA MUDA MASAK LEMAK CILI PADI ::

|


:: Ni la antara juadah yang menjadi kegemaran aku + hubby kalau balik SEREMBAN.
:: DAGING SALAI + MANGGA MUDA MASAL LEMAK CILI PADI.
:: Omak den masak memang super duper sodap eh....
:: Ni bekalan untuk dibawa balik ke JB aritu.. hehehe.. siap bawak bekal ko...
:: Kat JB ni payah sikit nak dapat daging salai,, kalau kat seremban rasa dia lagi sedap.

:: WORDLESS WEDNESDAY :: Edisi Raya

|


:: Tengok la yang baju purple tu (hubby den) pantang nampak makanan.. makan saje..
:: Tu pun rumah yang ke berapa ntah masih mampu menjamah makanan.
:: Yang berdiri n duduk tu anak2 buah Nasaz..
:: Apapun layan...

Nak tengok gambar2 Nasaz terkini,, nanti Nasaz update yer..

:: RAMBUT DAH PARAS MATA ::

|

:: Ni manja mama.... malam tadi tido ngn mama..
:: Manja sangat ngan aku....
:: Wani dah pandai tido kat bilik dia sendiri sengsorang.. good..
:: Tengok je la rambut dia... cepat panjang. nanti nak potong depan je,, yang belakang nak bela bia panjang... hehehe...
:: Nanti aku tunjukkan rambut depan yang dah potong pendek...

Mood: Asyik tak sihat je...

:: IKAN TERUBUK BAKAR ::

|

:: Ikan terubuk ni antara ikan kegemaran aku,,, memang sodap kalau masak apa pun,, nak masak asam podeh ko,, goreng je ke,, nak bakar pun boleh.
:: Isi dia memang sedap,, tak caya korang cuba la rasa..
:: Ikan terubuk bakar ni hubby aku yang masak..
:: Aritu berbuka pun rasa cam tak cukup je.,,, hehehehe..



:: Yang ni kobis masak lemak... ni pun aku suka,, tapi simple je,, ok la anak2 pun bleh makan..
:: Ha... yang aku masak.. hehehehe
:: Yang sonang2 sompek la den masak..



:: Cam biasa air teh o panas untuk berbuka... ni hubby aku suka..
:: Aku kengkadang je,, yang aku layan air sejuk je,, ohhhh

Mode:: Nak shopping tapi tak berkesempatan lagi...


:: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN SEMUA ::

|
Sekian lama aku tak update blog aku ne.. ermmm serius aku sibuk sangat2... Harini Sabtu baru la aku ada masa...


:: Dikesempatan ini aku nak ucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN' buat semua rakan2 nasaz...
:: Semoga Bulan Ramadhan kali ni memberi keberkatan buat kita semua, mudah-mudahan, amin.
:: Ingat yer elakkan membazir ketika puasa ni, al-maklum la nafsu time puasa ni agak lain macam sikit erk..
:: Nak pulak time nak berbuka ni memang macam2 benda2 yang kita nak beli,,,
:: Insyaallah... nanti kita jumpa lagi erk...