:: BEGINI LA AKU ::

|

:: Begini la keadaan aku tatkala melakukan kerja.
:: Amat kusyuk.. hehehe iye je,, sesekali layan facebook, twitter, blog jugak..
:: Uhh ruang masa amat la terhad.



:: Hahaha korang bleh nampak ke aku buat kerja ke layan internet??
:: Uhhh serius.. time tu mmg bz gile.. ni gambar ni kerja budak2 praktikal la yang ambik ni..
:: Nakal2 semuanya... tp banyak membantu...
:: Bila dorang abis kerjaku kembali banyak seperti sediakala....

:: BABY SUPERMAN ::

|

:: MUKA HAIRAN


:: SENYUM KAMBING


:: MUKA TERSENGIH


:: MUKA MELALAK

:: Aku suka ambik gambar bb tengah mood baik cenggini.
:: Nanti aku nak pilih gambar yang ok nak frame kan...
:: Tu pun nak kena masa panjang jugak nak edit bagai. :)
:: Rabu - Jumaat aku cuti balik kampung halaman (SEREMBAN), yahuu seronok!

:: BASUH KATAK ::

|




:: Kalau dah selalu dipeluk cium bosan kan..
:: Tak aku tak ler nak tidur mesti nak kena ada bantal katak ni,, harus..
:: Kalau dapat kat anak2 di balingnye,, udahnye kotor la ia.
:: Kebersihan nak kena jaga jugak kan,, so harus dicuci supaya ianya bersih dan wangi..

:: SATAY WAK RADOL ::

|

:: Walaupun ni cite lam 2 3 minggu lepas aku tetap nak masukkan lam blog jugak...
:: Time ni kitorang ada waktu kelapangan dihujung minggu.
:: Pada asalnya mmg aku yang ajak hubby pergi mkn satay ni tapi hari sebelumnya.
:: So tetiba dia ajak pulak g makan kat sana.
:: Kira famous jugak la Satay ni.
:: Aku order Satay babat (perut) ngan daging sahaja.
:: Tak order ayam sebab hubby aku ckp tak sodap... ermm..



:: Nuri ngan Wani aku orderkan Soto Nasi,, pergghhh sedap jugak.. ayam dia mewah betul...
:: Bersilih ganti org datang...
:: Tempat dia area tepi Highway Pasir Gudang.. area Kempas tak silap aku.



:: Masa makan tu nasib baik Hadif tak meragam.
:: Risau jugak sebab duduk betul2 bawah kipas.. laju tu.. aku pun sejuk.
:: Time tu baby tak pakai baju lengan panjang plak tu.
:: Cuma kalau boleh tempat tu di orter sikit la keadaannya supaya lebih besay dan selesa.



:: Time nak bayar ni ada sedikit kekeliruan.
:: Hehehe... yang ajak g makan kan hubby so dia la yang patut belanja kan..
:: Uihhh dia kata kite yang ajak,, yer tapi sebelumnye... kira time tu je la klu pergi mmg la aku yang bayo..
:: Kui..kui..kui... tak pe2... mama baik hati nak belanja 1 keluarga makan, ikhlas okey. :)

:: LEMAH ::

|


:: Start semalam lagi badan tak berapa sihat.
:: Tetiba je bisa2, kepala pening.
:: Menggigil satu badan.
:: Terus lemah badan.
:: Tekak pulak sakit,aduhh...
:: Memang nak kena berurut satu badan ni.
:: Harap2 cepat la aku kembali sedia kala.

:: BABY DAH 3 BULAN ::

|
Assalammualaikum.... Ermm.. terbengkalai seminggu blog aku ni. Keje terlalu banyak sampai nak update blog pun tak de masa. Harini nak update pasal perkembangan Muhammad Hadif, 3 bulan.


:: 26.2 aritu genap usia anak ke 3 ku.. 3 bulan.
:: Sekejap ku rasa bb dah besar.
:: Berat sudah 6.6kg.
:: Pampers dah pakai saiz M.
:: Kebanyakan baju pakai usia yang lebih besar, memandangkan badan dia kus semangat.
:: Dan juga banyak baju dah tak boleh pakai,,sudah sendat walaupun untuk usia 3 - 6m.
:: Air liur dah mula meleleh2,, erm nak tumbuh gigi ke..
:: Sudah kenal muka mama dia,, pantang di agah senyum saja.
:: Aritu atuk dia agah mata asyik pandang muka atuk dia je,, agaknye jarang jumpa so dia pelik la jugak kan.. tapi dah lama2 senyum jugak bila di agah.
:: Dah boleh pakai kasut saiz 1.
:: Bila dukung huiii merasa dah badan dia..
:: Kalau malam dia ok la tak merengek sgt melainkan dia nangis nak susu je.
:: Sekarang ni klu dibaringkan dlm keadaan dia boring, mesti dia nangis, so nak kena tegakkan sikit bantal.
:: Apa lagi ek... ha dh mula hisap jari.. hehehe
:: Haritu pegi klinik misi tu siap cubit2 pipi n peha bb.. geram katanya.


Setakat ni dulu yer... nanti aku update lagi..

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|


:: Setiap hari Jumaat Tadika Wani ada Spelling/Ejaan.

:: KISAH PAU COKLAT ::

|

:: Haritu masa waktu rehat aku g jenjalan salah sebuah pasaraya kat sini.
:: Aku sorang2 je pergi,, lagi lincah kot aku bergerak,,,
:: Ala pasaraya kecik2 je,, saja nak cuci mata.
:: Ada jugak terembat baju, hehehe hepi,,hepi,,hepi,,
:: Kalau aku suka pakai baju lam 2 3 kali je pastu dah bosan dah.. kena la beli baju baru je.. ye serius ok..hehehehe
:: Pendek cita jalan punya jalan perut lapo,,, ingat nak mkn yang ringan2 je..
:: Terlalu kat kedai pakcik apa ntah.
:: Aku ternampak PAU,, aku penggemar pau la jugak...
:: Sekali aku ternampak tertulis 'PAU COKLAT'.. wahhh cam bestkan bunyinya..
:: Asalkan coklat je mesti sedap punya la...

DIALOG PENDEK ANTARA AKU + PAKCIK

:: AKU:: 'Pakcik sedap ke Pau coklat ni...
:: PAKCIK:: 'Sedap semalam pakcik baru makan...
:: AKU:: 'Saya tak pernah makan pau coklat tu yang nak cuba tu...
:: PAKCIK 'Kalau nak menambahkan berat badan makan la pau coklat ni...
:: AKU:: 'Terus aku terdiam ko,, kuang..kuang.kuang.. pasal coklat kan hambek ko..

Kesimpulannya: Pau coklat tu SEDAP... ni pun masih teringat2 lagi..

:: Tabiat aku dulu dan kini ::

|

:: Dah menjadi tabiat aku dari dulu dan sekarang kalau nak lipat baju mesti asingkan dulu baju2 tu.
:: Maksudnya diasingkan dulu baju sebelum lipat, aku rasa macam lagi senang dan teratur kerja aku.
:: Itu bagi aku la,, ermm.. dah terbiasa kan so jadi tabiat la jawabnya.
:: Ada diantara korang yang mcm aku tak,,hehehehe...

:: Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2012 ::

|

:: Semalam lagi dah start dah festival layang-layang ni.
:: Tengahari panas terik, pastu petang hujan..
:: Jarak dari rumah aku ke lokasi hanya memakan masa 15 minit sahaja.
:: Aku tak pergi lagi ni, belum berkesempatan lagi.
:: Mungkin hujung minggu ni kot pergi..
:: Kawan2 yang dok Pasir Gudang jom la turun.



:: Harini Tadika Wani ada buat lawatan ke tapak Festival Layang-layang.
:: So kena pakai baju suka dan bertopi...
:: Semalam g la beli topi untuk dia.. kesian pulak kang tak de topi,,
:: Kale kuning lagi tu... Harga tak heran sgt janji bleh pakai.
:: Dari malam tadi asyik tanya bile nak pergi.. tak sabar bebenor la hai..



:: Nasib baik aku beli topi tu 2, kalau tak gerenti berebut punya lah.
:: So Nuri punya kale putih.
:: Ala dornag ni kejap je ghairahnya nak pakai, pastu campak sana sini,, geram btol..
:: Kalau beli barang mesti nak kena beli sorang 1, kalau tak... pengsan nak layan...

Nanti la klu aku pergi ke Festival tu aku update gambar lagi yew...

:: WORDLESS WEDNESDAY ::

|


:: Kak Long (kuat jerit) + Kak Ngah (kuat nangis)

:: Baby Hadif [Gambar]

|

:: Time ni sebenarnya dia nak tidur.
:: Sengaja aku tak bagi dia tidur sebab nak main2 dulu ngn dia.. hehehe geram seh..
:: Ni pun aku dah tak sabar nak balik nak main2 ngan my baby.
:: Time tu pulak mood dia baik je kan,,, tak meragam.



:: Ha time ni aku asyik agah dia senyum je.. maunye tak geram kan..
:: Masa ni pun mata dia dah kuyu nak tido sebenarnya..
:: Aku asyik agah je dia selagi dia tak tido..
:: Hehehe,, jahat mama ni kan...
:: Rasa seronok sangat bila ada bb ni..



:: Ha time ni dia dah tak tahan sgt..
:: Mama agah terus tido.. hehehe
:: Buchuk mama, manja mama neh.. :)


Untuk berat bb 2 bulan aritu 5.8kg

:: MINI DONUT YG BEST ::

|

:: Sangat teringin nak makan donut harini.
:: So tadi pegi la carik kat DUNKIN' DONUTS.
:: Pada asalnya nak carik perisa 'MINT'- sedap weii berangin je gitu.., uhh habis pulak.. terkilan gue.
:: Last ternampak plak yang comel2 gitu.. best jugak tapi nak MINT jugak.. hihihi
:: Harga dia untuk 12 mini donut tu RM7.20 + 0.44 (tax) pergghh ade tax bagai plak.. tak perasan aku.. ermm layan n bayo je la.
:: Tak puashati lagi ni tak dapat yg perisa mint.. uhhh akan ku carik nanti..
:: Apapun semua sedap2 yer.

:: Baby ohh Baby.. ::

|

:: Cuba teka yang mana satu anak saya... hehehehe...
:: Semua tengah tidur plak tu
:: Patutnya ada lagi sorang bb tapi baru sangat lagi so mama dia still dlm pantang...
:: Keseluruhan ada 4 orang cucu mak mertua aku...
:: Kira yang bertiga ni sepupu la semua lahir tahun dalam 2011.
:: Sorang je lahir dlm tahun 2012.

Seronok kan tengok baby ni...