:: SERONOK KE JADI BOS?? ::

|
Pernah tak korang terfikir ingin menjadi seorang 'BOS'. aku tau ramai yang di luar sana sedang menyandang gelaran 'BOS'. Apapun bukan senang nak memikul tangungjawab sebagai seorang 'BOS'.

KORANG TENGOK AKU BOLEH JADI BOS KE??



Antara ciri-ciri 'BOS' yang baik.

:: Memberi basic gaji yang berpatutan mengikut kelulusan pekerja. (Aku rasa basic aku kocik yo..ermm )
:: Memberi tugasan yang sepatutnya dengan jawatan yang disandang. (Ok la wat masa ni aku keje mmg kena ngan tugasan aku)
:: Cuba mendengar pandangan setiap pekerja. (Biasanya bos aku banyak beta, ermm dia je nak menang klu bercakap, ini tidak adil...)
:: Tidak memilih kasih dalam sesuatu perkara. (Ok la, wat aku ni kira baik hati jugak la)
:: Memberi 'BONUS' setiap tahun kepada pekerjanya. (Hampeh .. maleh nak cito banyak.)
:: Jangan berjanji kosong pada pekerja. (tu kes BONUS la tu, poyo je buat kita mengharap je)
:: Jangan nak mengambil kesempatan terhadap pelanggan. (Bos den laki so ado la jugak dok senyum2 kambing ngan customer pompuan, p lantak la kan, klu laki den siap la.)
:: Memberi masa untuk pekerja menyiapkan tugasan. (Selalu jugak bagi job urgent je kat aku,, )
:: Berkomunikasi dengan baik terhadap pekerja. (Ok la.. )
:: Sentiasa berada dalam keadaan yang bersih & beretika semasa bekerja. (No komen diri sendiri pandai jago la heh,, takkan org lain pulak yang nak jaga, tak koso den.)


Itu la antara 10 ciri-ciri 'BOS' yang sepatutnya. Antara2 ciri-ciri tu adalah untuk sektor yang aku bekerja sekarang, so tak berapa formal sangat. Sekadar berkongsi pendapat je.

5 Lompat:

radhiah said...

Hai nasaz, kalau bos akak ni segalanya ok tapi bab gaji agak kedekut sikit, tapi tu la nanti time meeting nak minta bos naik kan gaji.

Mummy Dasy said...

semuanye ok..tang bonus & gaji jek tahun ni xdapat memberi kepuasan miahaha

nasazfrog... said...

radhiah :: hai sis,hihihi boleh pulak cenggitu yer sis,, ha time meeting usul ka je,,,

mummy dasy :: hai mummy, ermm apa nak buat redha jer la kan,,, tapi lam hati bengang juga ek.. :)

rasp said...

w'ouls tahun nie no increment, no bonus huhuhuhuhuhu....

Unknown said...

basic gaji kan dah ditentukan oleh polisi syarikat...bukan bos yg tentukan..
masa kakyong jd bos aka Akauntan, HR beri 1 set tangga gaji utk semua jawatan.. dr kuli sampai la pengarah.. & utk peningkatan tahunan juga ada limit utk setiap jawatan.. btw, maklumat tsbt adalah very P&C.. so staff selalu tak faham.. bila dpt naik gaji ciput, depa ingat bos kedekut tak naikkan, walhal itu la max yg dia leh dpt... eg utk kerani, max kenaikan RM50 1 tahun, cth ajer yer.. lain syarikat lain polisi.. so, bila dah dpt kenaikan RM50, masih juga ngutuk bos.. without knowing dia dah dpt maksimum.. ;)

sonok jd bos.. rindu plak saat2 mendera anak buah dulu... hihiii...