:: FUUHHHYOO ::

|

:: Tu dia anak-anakku...
:: Macam-macam karenah dorang ni, macam Wani bila dah sekolah macam2 dia belajar, dari tak tau jadi tau..
:: Sampai lagu kebangsaan JOHOR pun dia lancar, aku ni yang dah bertahun2 tinggal kat Jb pun tak tau lagu kebangsaan JOHOR. hehehehe
:: Tu time nak pergi sekolah pagi tadi, sibuk mencari spekmata dia terus pakai.. Amboiii.... bukan main lagi dia...budak2 biasa lah..
:: Si Nuri pulak tengok aku pakai tuala camtu dia pun nak jugak wat camtu..
:: Aduyaiii... pandai pulak merajuk tuh sekarang..

:: TU LA KARENAH ANAK-ANAK YANG MENJADI TEMAN DALAM HIDUP AKU..KURNIAAN DARI ILLAHI YANG TAK TERHINGGAN NILAINYA....

:: APA KES LA NI ::

|






:: Ermm tadi tengah-tengah carik gambar untuk bahan nak buat design sekali terjumpa gambar ni.
:: Lain yang nak carik yang jumpa, selalu camtu tau...
:: Tengok gaya cam askar pun ada kan..
:: Itu adalah satu upacara harian di sempadan India-Pakistan di sebuah perkampungan bernama Wagah bagi kedua-dua negara.
::Upacara ini sudah menjadi seperti sebuah upacara hiburan bagi kedua-dua belah pihak dengan diiringan sorakan beribu orang penyokong kedua-dua buah negara.
:: Upacara apa aku pun tak pasti la ni pun dapat dari sumber internet.
:: Kalau ada yang nak tambah or nak cita lebih lanjut sila kan... Boleh kongsi2 kan..

:: KOTA MELAKA :: frog 1

|
Assalammualaikum..... Fuhhhhhh.... punya la bersawang blog aku neh.. Lama tak update cenggini la jadiknya. Aku sememangnya sentiasa sibuk.. Sori la pada kengkawan yang masuk blog ni tapi tgk2 aku tak update lagi.. Niat di hati memang nak update cepat tapi serius aku sibuk sangat.. Jom tengok aktiviti aku time g Melaka 2 minggu lepas.. heheehe,, 2 minggu lopeh punya cerita...


:: Masa bertolak dari rumah pukul 9 pagi.
:: Tunggu member hubby bagai lam kol 10 jugak lah gerak dari Pasir Gudang ke Melaka.
:: 4 keluarga yang pergi termasuk famili aku.
:: Sebenarnya kitorang tak rancang lama sgt nak pergi sbb takut tak jadi, so yang pergi ni pun yang betul2 rancang nak pergi.
:: Yang pergi semua member2 hubby aku, so aku tak berapa kenal wife2 dorang semua, masa pergi ni aku dapat berkenalan dgn dorang.
:: Perjalanan mengambil masa 2 jam.. kira ok la tu sampai2 je terus g makan dulu.
:: Lepas tu ke 'ZOO MELAKA'.
:: Uhhh mmg gilo la tengahari buta g Zoo Melaka,, betul2 menadah muka kat panas sampai basah tudung aku... Uhhh mmg panas hari time tu...
:: Jalan2 lam Zoo biasa budak2 suka la kan,, aku nak pengsan layan karenah anak2 nak pulak si Nuri.. memang dah pandai jalan tapi kalau di lepas dia jalan btah ke mana arahnya,,, uhh anak2..
:: Pas jalan2 g Zoo aku tukar baju & tudung.
:: Ke destinasi seterusnya...



:: 'ANTARA STEEL HERO'.
:: Yang paling best Bro Rafizi punya lawak memang tak bosan klu berjalan ngan famili dia..
:: Famili Azizi tak bawak anak, so dorang lenggang kangkung jer,, hihihihi
:: Famili Enal huh paling mencabar dengan karenah anak2 bujang nya.. tapi Bro Enal ni penyabar orangnya...
:: Famili aku relek jer,, bergilir2 jaga anak,, hehehe



:: Ni pulak 'HEROIN' serta 'ANAK-ANAK'
:: Muka senyum jer kan walhal 'ponek' weii..
:: Ha aku bertukar wajah, masa g zoo pakai baju kale biru,, pastu tukar oren pulak..
:: Dalam penat2 pun aku enjoy la dapat berholiday ngn member2 hubby aku..
:: Harap2 ada peluang lagi dapat pergi macam ni..



:: GAMBAR CANDID ANAK2 KU...
:: WANI + NURI = I LOVE U


Ikuti kisah seterusnya di entry seterusnya....

:: NAK TANYA KORANG NI... ::

|
Assalammualaikum....

:: Hai sahabatku kat luar sana....
:: Ni aku nak tanya 'Apakah jenis simpanan or insuran yang sesuai untuk anak-anak?'
:: Harap pada yang ada cadangan boleh kongsi pada aku yer,,,
:: Sekarang ni tengah kusut nak pk simpanan or insuran utk anak-anak..
:: Tolong heh....

:: MEH CUBA ::

|
Assalammualaikum.... Sekarang ni kan cuaca tak menentu kan,,, Tapi lebihnya pada panas la ek,, So meh sini aku nak kongsi resepi yang simple sgt, sume org boleh buat.. Aku, anak2 n hubby mmg suka makan kuih ni...



KUIH SAGU GULA MELAKA ALA NASAZ..

Bahan-bahannya
SAGU MATA IKAN

1 bungkus sagu mata ikan (aku guna tesco brand jer)
4 cawan air (ikut sukatan yang bersesuaian la yer)

KUAH GULA
1 1/2 ketul gula melaka (untuk kuah gula, gula melaka tu potong2 masuk lam periuk utk dimasak)
1 tin susu cair (any brand pun boleh)
Air secukupnya

Cara-caranya
1. Didihkan air dalam periuk, dah tu masukkan sagu.
2. Masakkan dengan api sederhana. (Kalau aku sentiasa kacau takut nanti berkerak)
3. Pastikan sagu dah pekat dan masak.
4. Masukkan ke dalam bekas. (Aku guna loyang yang macam dlm gambar)
5. Sementara tu, masakkan gula melaka + susu cair + air secukupnya. Bila dah pekat tapis untuk buang hampas jika ada.
6. Masukan sagu serta kuah gula lam peti ais. Siap.

Cara untuk menghidang
Ambik sagu tadi, masukkan kuah gula merah. Sedia untuk dimakan. Dah sejuk sedap makan.. Apalagi cuba la resepi ni.. hihihihi...

BAGI AKU KUIH NI SEDAP SGT DAN SANGAT MUDAH... BIASANYA ADA YANG GUNA SANTAN TAPI NI AKU GUNA SUSU CAIR.. HEHEHEHE... BESTT..

:: BUDAK NAKAL ::

|
Assalammualaikum....Salam hari Isnin... Yer aku curik masa rehat tuk update.. hihihi


:: Ha ni dia budak nakal itu... 'Nuri Ardini'.
:: Usia Nuri sekarang ni 1 tahun 2 bulan.. (1.12.2008)
:: Perkembangan dia ngn Wani memang jauh beza..
:: Nuri ni cepat berjalan, walaupun badan dia tak tembam cam Wani.
:: Selalu jugak kena buli ngn kakak Wani walaupun Nuri nak berkawan.
:: Dah pandai buat lawak.. hihihihi.. bile dia nak main pingggan mangkuk kat gobok bawah tu dia akan tau yang aku akan tinjau dia dan dia pun standby pandang aku.. hihihihi....geram aku tau... :)
:: Pergerakan dia pun aku kena tengok,, memang tak boleh nak biarkan sebab dah rajin memanjat pulak,, uhhh anak..
:: Apapun syukur la perkembangan dia membuatkan aku lega...

:: BERSANTAI ::

|
Assalammualaikum,, yeahaa... baru la ni aku ada sedikit masa untuk update...


:: Masa ni aku kat Kota Tinggi, rumah mertua.
:: Tiba petang ajak Hubby g jenjalan kat Tanjung Balau, Kota Tinggi.
:: Uhh berangin jer time tuh,, kalau yang pakai baju kurung ke sah la gerenti terbang punya bawak kek angin...
:: Angin kuat sgt,, nak pulak kat tepi pantai kan...
:: Yang g camping tu pun gerenti terbang khemah eh,,, hahahahaha..
:: Time tu pun dah naik bendera merah yang bermaksud tak boleh mandi,, tapi ada jugak yang degil mandi.. macamana tak lemas.. dah bagi amaran tak nak ikut....
:: Wani + Nuri seronok dapat berlari-larian kat pantai...



:: Uhhh mmg payah nak bergambar ngn org sebelah tuh.. hehehe my hubby.. ala-ala pemalu la katakan.. erkkk yer ke..
:: Aku ni mmg suka bergambar, tapi ada org yang tak suka bergambar kan...
:: Teringat zaman bercinta dulu,, kalau bergambar memang tak ingat banyaknya...
:: Info sikit: Percintaan antara aku n hubby mencecah hampir 7 tahun.. uhh lama tuh
:: Mudah-mudahan hubungan antara kami kekal hingga ke akhir hayat... amin.


>> Masih lagi dalam program diet...

:: MAKAN KATAK KE?? ::

|
Assalammualaikum... Hahaha aku curik masa lagik untuk update....


:: Uhh gila apa aku nak makan katak,,,,
:: Memang korang pun tau yang aku sangat meminati katak kan, tapi takkan lah aku nak makan katak..
:: I masih waras okeh... hehehehe
:: Entah ek.. aku kengkadang tgk katak cam suka jer sebab cutekan..
:: Yerr aku tau memang geli tapi kalau dia meloncatt... opocot!!.. uhhh jgn dibuat2 ada katak melompat kat aku,, mmg leh kena pakinson aku beb...
:: Aku pun geli,,, naik bulu roma dibuatnya...
:: Ada yang diluar sana pernah pegang katak? hihihihi mane tau cam citer surviver sume benda boleh...
:: Sebenarnya bagi aku 'KATAK' or 'FROG' hanya 1 simbolik pada diri aku..
:: Kata 1 Malaysiakan...



:: Ramai yang akan bercuti panjang, aku pun bercuti panjang jugak tapi tak kemana pun.. dok umah je..
:: Punya la payah nak dapatkan cuti CNY ni wei... berdebat aku ngn bos tau..
:: Ermmm akhirnya cuti gak.. tapi tolak cuti tahun la pulak.. lagi hampeh.. amenda la kan.. lantak lah.. janji cuti..
:: Buat member2 'NASAZFROG' selamat bercuti yer,, hati2 di jalanraya..
:: Ingat pastikan rumah anda ditinggalkan dlm keadaan yang selamat..


Daaa... Jumpa hari Rabu (17.2) nanti.. yehaaaa... :) Gong Xi Fa Chai.

:: KEJAM BETUL ::

|

BAYI 5 BULAN MATI DIDERA DISYAKI DILIWAT


Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Jan lepas kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. ~~ Bernama


:: Apa perasaan korang bila baca kisah ni... Ya Allah... apa nak jadilah dgn manusia zaman sekarang ni...
:: Sedih wei perasaan aku bila tau kisah ni.. Sebak sangat...
:: Bagi korang yang dah ada anak tentunya tau perasaan sebagai ibu kan..
:: Memang kejam.... Isshhh geram aku...
:: Aku dengar berita pun semalam...
:: Korang bayangkanlah bayi seusia 5 bulan....
:: Mudah2 org yang zalim itu mendapat hukuman yang setimpal.....

APA PERASAAN KORANG SKANG NI BILA BACA KISAH NI...??

:: ANAK OH ANAK ::

|
Assalammualaikum,, yeah aku curik masa sikit nak update lagi arini...


:: Korang rasa sapa budak ni... hihihi
:: Nakal tau dia ni, kalau mama dia nak masak ke tengah basuh kain ke, dia mesti dok asyik bukak gobok kat bawah tu nak main.
:: Yang nak dimainnye cawan, piring segala lak tu..
:: Boleh je dia ambik cawan tu eksen dok buat aksi cam minum kan,,pastu dia senyumm... eee geram jer mama tengok... babap kang..
:: Lepas tu dia mesti tinjau mama dia, sebab dia tau mama dia akan dtg n ambik dukung bwk ke depan,,, hahahaha.. mcm2 ragam la ekau ni daro... :)
:: Anak2 den ni sok mmg la rajin memasak cam omak eh ni...
:: Asal mama eh nak menumbuk eh dio pun samo nak nolong... tu la deh anak den...



:: Saya mama.. yang selalu kacau mama kek dapur tuh... hihihihhi,, (buleh lak anak den ckp nogori...)
:: Nuri dah potong rambut, pak ngah dia potongkan...
:: Elok jer dia menunduk je time potong rambut dia tu...
:: Nasib baik tak menendang2 cam dlm perut mama dulu.
:: Nuri kan manja mama,,,



:: Kalau kakak Wani ni semua mama dia buat apa, semua nak tolong...
:: Kusyuk betul...
:: Tak nak pandang kamera jugak tu...


>> Ingat! Mama&Papa sayang sgt kat Wani& Nuri tau..Korang jgn nakal2 tau..

:: BERDANSA JOM ::

|
Image and video hosting by TinyPic

:: YEAHH MENANG CONTEST ::

|
Assalammualikum........Curik masa lagi nak update yang dah 2 minggu punya cito..uhhh



:: Yeahh ni hadiah aku dapat dari MUMMYSYAFIE sebab aku ada masuk contest buat banner utk blog dia
:: Sebenarnya aku saje suka2 masuk, tak tau pulak terpilih,, Rasp pun ada masuk kan,,
:: Kalau bab2 design ni aku suke laa kan,, bab lain2 maleh sikit la..
:: Aku dapat wallet guess tu,, Syukur alhamdulillah....
:: Kebetulan pulak wallet aku dah rabak.. hahaha so skang dah ada pengganti... Suka sangat..




:: Ni la banner yang aku designkan tu,, alahai simple but nice la.
:: Empunya blog pun berminat ngan design aku kira ok la tu...


>> Semua hadiah yang aku tak pos lagi banyak wei,, hahaha sapa soh tangguhkan.. hihihihi, ACAI+CUTEMIUT+IBUAFIQAH+ELLY+MEBBY korang kasik alamat la,, tak bagi lagi ni yer.. tq:)

:: MEREMPIT ::

|
Assalammualaikum... Curik masa sikit nak update,,, yuhuu



:: Masa ni kat JUSCO TEBRAU, jalan2 g shopping.
:: Wani ni memang pantang nampak game2 ni.
:: Bile masuk je dia jd cam blur tau,, ala2 teruja gitu... sume game nak main tapi takut,, camno tuh..
:: Ha tengok la tu Papa dia naik game moto pun sibuk nak ikut naik,, hihihi macam2...



:: Dah lama rasanya tak update gambar sendiri,, hahahahaha...
:: Ni gambar terbaru aku ngan anak2.
:: Kalau tak kemana dok rumah je la aku ngn famili..


>> Kesibukan masih lagi melanda diriku...

:: MODEL CILIK TAK BERBAJU ::

|
Assalammualaikum...



:: Ha Nuri Ardini ni berbeza ngan kakak dia si Wani.
:: Kalau kakak dia bab bergambar memang payah n tak suka..
:: Si Nuri ni pantang nampak lampu kat flash tu cepat je mata dia memandang..
:: Nuri ni suka senyum berbanding ngn kakak dia.. muka nak serius je kan..
:: Ikut muka sapa aku pun tak tahu si Nuri ni...
:: Perkembangan dari segi tubuh agak berbeza ngan Wani.
:: Wani ikut mama, Nuri ikut Papa.
:: Nuri setahun seminggu dah berjalan, time Wani setahun 5 bulan baru jalan.
:: Nuri agak cepat sikit dari kakak dia.. hehehe
:: Tapi kakak dia selalu kena buli ngan Nuri.


>> Aku nak demam tak sedap badan..