:: SIAPAKAH DIA??? ::

|

:: Yer cuba korang teka siapakah gerangan yang memakai sepatu 'PINK' itu.
:: Mungkinkah artis yang sedang hot sekarang.
:: Atau rakyat gelata yang sesuka hati ingin menginterframekan diri mereka...
:: Ayuhhh mari kita terjahhhh!!!!!

SIAPAKAH GERANGAN EMPUNYA KAKI YANG BERKULIT GEBU ITU????

:: PERNAH MAKAN SIPUT??? ::

|
Assalammualaikum.... Opps bukan siput daaa.. tapi 'MEE SIPUT'. Tau ke??


:: Sebenarnya ini adalah makanan ye.
:: Ni la rupa 'Mee Siput' kalau belum digoreng.
:: Aku tau 'Mee Siput' pun sebab kahwin ngn orang JB so makanan ini berasalnya dari JOHOR.
:: Aku tau kalau orang JB mesti tau kan... ke ada yang tak tau jugak.. hihihi



:: Ni la rupanya kalau dah digoreng.
:: Rasa dia cam keropok jugak tapi tak guna ikan ke apa ke.
:: Asal dari Mee. (aku pun tak pasti cara pembuatannya cene)
:: Aku tau bahan-bahannya:
>> Tepung gandum
>> Tepung sagu
>> Garam
>> Air
>> Pewarna



:: 'Mee Siput' ni kena makan dengan sambal tumis baru meleleh beb.
:: Perghh kalau MIL punya sambal mmg best giler la.. (sampaikan dulu zaman muda2 dulu siap jual depan rumah tu..mil den cakap la)
:: Aku dah cam ketagih lah pulak makan ni bukan apa sebab sesuatu yang baru kan.
:: Kek SOMBAN tak do bondo ni doh...
:: Kok den bawak an kek famili mampuih dio polek, apo bondo la makanan siput2 ni kan.. hihihihi
:: Nanti la den try bawak kek Somban, nak tgk apo reaksi dorang.

Ok la sambung buek kojo..

:: TENGOK WAYANG ::

|
Assalammualaikum....


:: Yeeehaaaa semalam aku cuti...
:: Dah rancang ngan hubby nak g tengok wayang...
:: Cadangnya nak tengok cite KL Drift 2, tapi Wani tak leh masuk pulak... huhuhuhu
:: So kena lah tengok cite 'SEMERAH CINTA STILLETO'
:: Ok gak citer dia,, kira layan la...
:: Ada lawak... sedih.... paling best Cat Farish... 'Lekkk luuu' hahaha itu trekmak dia...



:: Cewahhh.. orang buat den pun nak yo buek...
:: Cam ala2 modern gitu,, ambik gambar tang kaki.. hihihi
:: 3 orang yang pergi semalam.. (MAMA + PAPA + WANI)



:: Seronok jugak sesekali layan tengok wayang.
:: Aku sebenarnya jarang tengok wayang... sibuk kan,, anak2 pun kecik lagi nak pulak si NURI tu..
:: Penat seharian bekerja, time cuti penuhkan dengan aktiviti2 dgn famili sangat best.
:: Thanks Papa sebab sudi temankan I g tengok wayang...


HARGA TIKET
RM11.00 (Dewasa)
RM7.00 (Kanak2 bawah 12 tahun)


>> Time tengok wayang semalam boleh pulak WANI menyanyi lam panggung tu.. sebab dah biasa nyanyi kat sekolah,, uhh jenuh gak nak suruh dia diam... :)

:: MAIN APA TU.....??

|
Assalammualaikum...


:: Sebelum memulakan sesi memasak, api mesti di hidupkan dulu....
:: Nak dekat stengah jam hubby aku nak hidupkan api tu,, sampai kan aku tgh lunch hingga abis lunch tak idup2 lagi apinya..hihihihi...
:: Last2 dapat 1 formula paling sonang nak idupkan api.. 'lotak minyak masak',, hihihi
:: Yang nak dimasak adalah......



:: Otak-otak Kempas.
:: Aritu beli kat Kempas.
:: Isinya tebal n puas makan.
:: Kesimpulannya memang SEDAP!!



:: Ha ni dua beranak yang sangat rajin mengerjakan otak2 tu sehingga masak..'
:: Alahai 'WANI' si manja Papa...



:: Tu dia.. kalau korang tengok apa yang ada gaya leh jual Otak-otak..?
:: Hihihihi...nampak cam hangus tapi bila bukak kat dalam masak, sedap tu,, rasa nak main masak2 lagi...

:: AKU PASRAH.. ::

|


:: AKU PASRAH DI ATAS APA YANG BERLAKU..............
:: AKU DAH PENAH DENGAN NI SEMUA..........
:: TAK DE MOOD LA.. ERMMM

MOOD :: SEDIH :(.

:: WALI BAND AKAN BERADA DI JOHOR ::

|
Assalammualaikum........ Alhamdulillah...aku diberi kesempatan lagi utk mengupdate blogku ini....

:: Perghh 'WALI BAND' yang meletop2 lagu dorang sekarang ni akan berada di JOHOR!!!
:: Aku rasa mesti ramai yang datang nanti, apa tak nye,, band fofular tu..
:: Ok la pada korang yang rasa antara peminat yang fanatik boleh la pergi ke KONSERT dorang tu nanti....


:: MISI MENCARI.............. ::

|
Assalammualaikum... Diberi kesempatan lagi untuk aku mengupdate blogku ini... alhamdulillah....

Okey ni rentetan cerita bab 'Pokok Bunga'.

:: Okey time ni family aku datang dari Seremban time cuti sekolah aritu.. (gle lama baru nak update,,huhh).
:: Memang aku nanti2kan kedatangan dorang ni.
:: Aku kan baru 10 bulan pindah RUMAH BARU...
:: So banyak la benda yang perlu diperlengkapkan dalam & luar rumah aku ni.
:: Bak kata pepatah 'RUMAHKU SYURGAKU'.
:: So bermulalah misi aku mencari pokok bunga yang sesuai utk ditanam & dipelihara olehku.
:: Aku rasa dah bertahun jugak aku tak menjejakkan kaki kat kedai bunga ni.. punya la hampeh kan..
:: Geram jugak tengok pokok bunga kat kedai tu... Cantik2, hijau....
:: Misi pencarian dilakukan oleh................................................................................



:: Ni dia orang kuat yang telah banyak membantu aku dalam misi mencari pokok bunga.
:: OMAK DEN, KAK TEH DEN, KAK LONG DEN.
:: Bab-bab ambik gambo ni ank buah aku yang punya tugas,, hihihi..
:: Semua yang mengikuti aku pastinya punya tugas yang tertentu...
:: Sesi tawar-menawar pastinya ada... sampai poning budak tu nak layan..
:: Budak 3 cinonet ni ikut nak mengacau yo....



:: Ni dia hasil rembatan itu...
:: Semua pokok tu berharga RM150.00.
:: Okey la budjet aku tuh, tak melepasi tahap budjet yang aku buat...
:: Nak tengok hasilnya... TUNGGUUUUU.............

:: COKLAT ::

|
Assalammualaikum.......... Diberi kesempatan lagi untuk update blog...


:: 'COKLAT' makanan yang menjadi kegemaran semua.
:: Tapi ada jugak yang tak suka makan coklat ek...
:: Kalau budak2 makan maunya gigi rosak..
:: Tapi tak leh makan banyak sgt nanti timbul penyakit pulak,,,padah jawanbya...
:: Coklat ni aku beli masa g Zon Bebas aritu.. Harganya RM15.00..
:: Promoter tu cakap SODAP.. tu yang aku beli ternyata memang sodap..
:: Minggu ni mmg makan coklat je la jawabnya...



:: Yer aku diantara 'HANTU COKLAT'
:: Korang suka makan coklat tak???
:: Coklat apa yang korang suka makan,, meh share kat saya... mane tau ada coklat yang tak pernah ku tak pernah dengar sebelum ni...
:: Or ada yang nak bagi sy coklat dialu2kan yer,, hahahaha....

:: CANTIK TAK??? ::

|
Assalammualaikum.. Harini aku diberi kesempatan utk mengupdate blog...


:: Ni adalah rumah family aku kat Seremban..
:: Apa yang menariknya?
:: Cantik ke umah famili aku?
:: Erm bagi aku ni la rumah selama 24 tahun aku hidup bersama keluarga aku,,
:: Aku sekolah,, makan, main, tido, tgk tv dan segalanya lah..
:: Aku kahwin masa usia aku 25 tahun..
:: Masa aku usia itu aku dah tak tinggal lagi kat umah ni,, ikut suami ke Johor n aku mula bekerja di sana..
:: Itu adalah serba sedikit tentang kehidupan aku..
:: Sebenarnya aku nak cita tentang......




:: Tentang 'POKOK BUNGA'.
:: Serius aku kurang arif kalau bicara pasal menanam pokok bunga ni.
:: Kalau kat umah mak aku jeles seh tgk pokok2 bunga yang segar, hijau, n sihat.
:: Mak n ayah aku mmg pandai jugak la bab2 pokok bunga ni,,
:: Aku pandai jugak,, tapi pandai siram je.. hihihi
:: Ingin juga memiliki lanskap sendiri kat umah tapi tak pandai,, hukhuk..
:: Sebenarnya kat umah aku pun ada gak pokok bunga...
:: Hihihi nak tengok??????????
:: TUNGGUUUUUUUUUUUUUU......

:: PISAU TAJAM :: frog 3

|
Assalammualaikum.... Bersawang lagik blog aku.. tak kuar lunch boleh la menghabiskan waktu rehat update blog...Yuhuu.....


:: Ha ni masa aku pegi Melaka aritu sempat singgah Seremban g umah family aku.
:: Kek dopan umah den banyak pokok tebu yang ayah den tanam.
:: Elok lah plak cucu2 eh datang, so apa lagi atok la yang rajin melayan.
:: Dah 16 cucu ayah den.. kalau wat kenduri takyah panggil jiran pun dah meriah....
:: Tengok ah tu atok yang rajin melayan...
:: Cucu-cucu dok menunggu atok eh motong tebu.. hahahaha...






:: Ha tengok la tu ayah den siap guno pisau motong roti tu.. uhh asal buleh yo ayah den ni,,,
:: Tak kisah la guna pisau apa pun janji tajam kan..
:: Panjang tu mata pisau tu..
:: Hahaha....


>> Kek tompek den tu orang panggil ayah den 'CIKGU MAT'

:: IKAN BAKAR :: frog 2

|
Assalammualaikum.....


:: Gambar ni sambungan cerita time aku g Melaka aritu..
:: Sempat pergi makan kat ikan bakar kat Umbai.
:: Uhhh... jauh jugak wei tempat dia, ni rasanya kali ke 2 aku g makan.
:: Yer la sibuk org cakap makan ikan bakar kat umbai best, tu yang aku nak rasa tuh..
:: Best jugak sebab berlatarbelakangkan laut.




:: Tu dia makanan yang aku makan
:: Ok la tak sampai RM50 pun makan.
:: Berbaloi la dengan rasa yang sedap dan berpatutan
:: Cuma buah je yang mahal RM4.00 perghh dapat sebijik tembikai tu..


INFO
IKAN BAKAR PARAMESWARA

Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka.
Menerima tempahan utk jamuan & kenduri kahwin.
Sila hubungi: H/P: 012-3152301, 016-6932402

:: FUUHHHYOO ::

|

:: Tu dia anak-anakku...
:: Macam-macam karenah dorang ni, macam Wani bila dah sekolah macam2 dia belajar, dari tak tau jadi tau..
:: Sampai lagu kebangsaan JOHOR pun dia lancar, aku ni yang dah bertahun2 tinggal kat Jb pun tak tau lagu kebangsaan JOHOR. hehehehe
:: Tu time nak pergi sekolah pagi tadi, sibuk mencari spekmata dia terus pakai.. Amboiii.... bukan main lagi dia...budak2 biasa lah..
:: Si Nuri pulak tengok aku pakai tuala camtu dia pun nak jugak wat camtu..
:: Aduyaiii... pandai pulak merajuk tuh sekarang..

:: TU LA KARENAH ANAK-ANAK YANG MENJADI TEMAN DALAM HIDUP AKU..KURNIAAN DARI ILLAHI YANG TAK TERHINGGAN NILAINYA....

:: APA KES LA NI ::

|






:: Ermm tadi tengah-tengah carik gambar untuk bahan nak buat design sekali terjumpa gambar ni.
:: Lain yang nak carik yang jumpa, selalu camtu tau...
:: Tengok gaya cam askar pun ada kan..
:: Itu adalah satu upacara harian di sempadan India-Pakistan di sebuah perkampungan bernama Wagah bagi kedua-dua negara.
::Upacara ini sudah menjadi seperti sebuah upacara hiburan bagi kedua-dua belah pihak dengan diiringan sorakan beribu orang penyokong kedua-dua buah negara.
:: Upacara apa aku pun tak pasti la ni pun dapat dari sumber internet.
:: Kalau ada yang nak tambah or nak cita lebih lanjut sila kan... Boleh kongsi2 kan..

:: KOTA MELAKA :: frog 1

|
Assalammualaikum..... Fuhhhhhh.... punya la bersawang blog aku neh.. Lama tak update cenggini la jadiknya. Aku sememangnya sentiasa sibuk.. Sori la pada kengkawan yang masuk blog ni tapi tgk2 aku tak update lagi.. Niat di hati memang nak update cepat tapi serius aku sibuk sangat.. Jom tengok aktiviti aku time g Melaka 2 minggu lepas.. heheehe,, 2 minggu lopeh punya cerita...


:: Masa bertolak dari rumah pukul 9 pagi.
:: Tunggu member hubby bagai lam kol 10 jugak lah gerak dari Pasir Gudang ke Melaka.
:: 4 keluarga yang pergi termasuk famili aku.
:: Sebenarnya kitorang tak rancang lama sgt nak pergi sbb takut tak jadi, so yang pergi ni pun yang betul2 rancang nak pergi.
:: Yang pergi semua member2 hubby aku, so aku tak berapa kenal wife2 dorang semua, masa pergi ni aku dapat berkenalan dgn dorang.
:: Perjalanan mengambil masa 2 jam.. kira ok la tu sampai2 je terus g makan dulu.
:: Lepas tu ke 'ZOO MELAKA'.
:: Uhhh mmg gilo la tengahari buta g Zoo Melaka,, betul2 menadah muka kat panas sampai basah tudung aku... Uhhh mmg panas hari time tu...
:: Jalan2 lam Zoo biasa budak2 suka la kan,, aku nak pengsan layan karenah anak2 nak pulak si Nuri.. memang dah pandai jalan tapi kalau di lepas dia jalan btah ke mana arahnya,,, uhh anak2..
:: Pas jalan2 g Zoo aku tukar baju & tudung.
:: Ke destinasi seterusnya...



:: 'ANTARA STEEL HERO'.
:: Yang paling best Bro Rafizi punya lawak memang tak bosan klu berjalan ngan famili dia..
:: Famili Azizi tak bawak anak, so dorang lenggang kangkung jer,, hihihihi
:: Famili Enal huh paling mencabar dengan karenah anak2 bujang nya.. tapi Bro Enal ni penyabar orangnya...
:: Famili aku relek jer,, bergilir2 jaga anak,, hehehe



:: Ni pulak 'HEROIN' serta 'ANAK-ANAK'
:: Muka senyum jer kan walhal 'ponek' weii..
:: Ha aku bertukar wajah, masa g zoo pakai baju kale biru,, pastu tukar oren pulak..
:: Dalam penat2 pun aku enjoy la dapat berholiday ngn member2 hubby aku..
:: Harap2 ada peluang lagi dapat pergi macam ni..



:: GAMBAR CANDID ANAK2 KU...
:: WANI + NURI = I LOVE U


Ikuti kisah seterusnya di entry seterusnya....