:: CHUMI CHICKY ::

|
Setahu aku perkataan 'BERKAT' orang JB je yang panggil kot. Tapi tak tahu la kat tempat korang dorang panggil apa.

:: Ada yang panggil cenderahati, buah tangan, ermm apa lagi aku tak pasti..
:: Ni 'BERKAT' yang aku terima untuk majlis cukur jambul.
:: Sekarang ni pun dah moden ek,, macam2 dorang boleh variasikan untuk bagi tetamu yang datang.



:: Bunga rampai yang aku dpt, aku letak lam kete...
:: Uhh wangi... cam bilik pengantin... :)

:: JOM HEBOH TELUK DANGA ::

|
Jom...jom..jom...jom... jom heboh heboh...... Hahahaaha 'HEBOH' la sangat... Bertolak dari rumah lam pukul 5.30 petang, memang agak lewat sikit sebab hubby ada hal. Cuaca pun agak mendung je time bertolak tu..


:: Sesampainya kitorang kat Teluk Danga.
:: Dah senja masa tu.
:: Keadaan parking... perghh 'LECAK' gile..
:: Memang payah la nak gerak, lumpur abis melekat kat kasut glamer i tau.
:: Dgn keadaan nak carik parking pun 'SOSAK'.
:: Tahun lepas pun cuaca cam tu jugak, mendung je.


:: Cam biasa kalau kat Jom Heboh kat Hotlink yang paling happening sekali.
:: Bab bergambar itu harus.
:: Ingatkan nak ambik gambar dgn lebih banyak lagi, tapi dengan keadaan org sesak, risau gak kan.
:: Dah la time Jom heboh DULU ada sesuatu yang terjadi.... Teringat la pulak..



:: Ni la gambar terbaru 'K A M I'.
:: MAMA + WANI + NURI.

:: CAPTURE 7777 ::

|

:: Sebenarnya tak sangka pulak pagi tadi masuk ke blog ZURA aku dapat capture 7777.
:: Bertuah rasanya dapat nombor 7777.
:: Persaingan sengit jugak sebab ramai yang online time tu.
:: Apapun.. ZURA best gak sesekali buat camtu.
:: Yeehaaaa...

:: DINOSAUR???? ::

|
:: Korang rasa ada Dinosaur ke di zaman ini....??
:: Tapi tu la hakikatnya pabila aku bertembung dgn binatang ini..
:: Memang takut jugak.. dah la besar pastu tinggi tu weh..
:: Gayat jugak tgk binatang tu.
:: Dari jauh aku tgk tengok kan binatang tu..
:: Tak leh nak gerak & bising banyak sgt takut dia ternampak aku, maunya dikejarnya aku.. naya dibuatnya....



:: Tu la dia replika dinosaur yang terdapat dikawasan berdekatan ngn perumahan aku.
:: Uhhh mmg terkejut gak aku kan tgk binatang tu baek punya berada dikawasan lapang tu.
:: Korang bayangkan kalau dia real....
:: Hura-hara hidup kat dunia ni...
:: Ngapp... dinosaur makan orang ke?? entah la aku tak pasti..
:: Tu la hakikatnya replika dinosaur yang aku terserempak...

:: KORANG NAMPAK TAK???

|
:: Apa yang korang nampak dalam gambar ni???
:: Ada rasa cam apa2 yang pelik tak?
:: Korang rasa kat mana tempat ni??


:: MODEL KERETA ::

|
Assalammualaikum...... Bertemu kembali...yuhuuu....

:: Berhujung minggu dimana korang???
:: Aku ada kat umah je tapi petangnya pergi ke Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.
:: Ada 'KARNIVAL JOM CENTRE, PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU'.
:: Aku pergi pun dah petang, so tak banyak sgt aktiviti yang ada.
:: Sempat bergambar kat kereta yang cute2 je.
:: Banyak jugak gerai-gerai yang jual pekbagai barang2.



:: Antara kereta yang mengambil bahagia dalam 'AUTOSHOW'
:: Ermm kalau kete cenggini mmg tak leh bawak kat atas jalan raya aku rasa..
:: Kalau korang perasan kat kat tayar tu ada satu besi tajam,, uhh ramai yang tercedera kalau lalu kat kereta ni,,
:: Apapun body kereta ni mmg cun la penuh dengan 'air brush' nya..
:: Kosnye aku rasa mmg tahap ribu riban la..
:: Kereta asal: Wira aeroback.



:: Kereta yang ni tak de design.
:: Cuma banyak barang yang masuk. sportrim berapa inci pun aku tak sure.
:: Hitam menawan tu.
:: Kereta asal: Gen 2.



:: Bagi aku kereta ni yang paling gerek sekali lah!
:: Colour bodynya mmg cun habis.. guna dwi colour.
:: Beserta design stiker yang colourful.. Memang ceria la design camni.
:: Lampu serta depannya pun dah berubah..
:: Kosnya mmg besar kalau nak dapatkan kereta yang cantik.
:: Kereta asal: Produa Kancil.



:: Hahhahaha cute kan kereta putih ni..
:: Tergolong dalam kategori apa pun aku tak sure,, kategori Veteran kot..
:: Tapi kalau korang hitung usia kereta ni mmg lamakan..
:: Body masih lagi terjaga.
:: Kereta asal: Tak sure ah beb...



:: Korang tengok rambut Waniii............
:: Seminggu dah potong.
:: Bertambah tembam aku tengok..

:: RED CARPET ::

|


:: Hahahaha ni la dia model 'RED CARPET'.
:: Wani sekarang dah banyak pandainya sejak masuk tadika ni...
:: Nak mandi, tengok tv, tengah duduk mesti nak nyanyi.. baca doa makan, doa sebelum tido... alhamdulillah dah banyak progress pada diri wani...
:: Bercakap pun mengalahkan mama dia...
:: Hubungan Wani dan Nuri kengkadang ok n kengkadang tak ok.. biasa la bebudak...



:: CLICK HERE!!
:: Masa ni Wani berusia 2 tahun 4 bulan..
:: Tengok je gaya dia "DULU DAN SEKARANG.."

>> Minggu lepas sesuatu yang terjadi pada rambut WANI.. nak tau tungguu....

:: SIAPAKAH DIA??? ::

|

:: Yer cuba korang teka siapakah gerangan yang memakai sepatu 'PINK' itu.
:: Mungkinkah artis yang sedang hot sekarang.
:: Atau rakyat gelata yang sesuka hati ingin menginterframekan diri mereka...
:: Ayuhhh mari kita terjahhhh!!!!!

SIAPAKAH GERANGAN EMPUNYA KAKI YANG BERKULIT GEBU ITU????

:: PERNAH MAKAN SIPUT??? ::

|
Assalammualaikum.... Opps bukan siput daaa.. tapi 'MEE SIPUT'. Tau ke??


:: Sebenarnya ini adalah makanan ye.
:: Ni la rupa 'Mee Siput' kalau belum digoreng.
:: Aku tau 'Mee Siput' pun sebab kahwin ngn orang JB so makanan ini berasalnya dari JOHOR.
:: Aku tau kalau orang JB mesti tau kan... ke ada yang tak tau jugak.. hihihi



:: Ni la rupanya kalau dah digoreng.
:: Rasa dia cam keropok jugak tapi tak guna ikan ke apa ke.
:: Asal dari Mee. (aku pun tak pasti cara pembuatannya cene)
:: Aku tau bahan-bahannya:
>> Tepung gandum
>> Tepung sagu
>> Garam
>> Air
>> Pewarna



:: 'Mee Siput' ni kena makan dengan sambal tumis baru meleleh beb.
:: Perghh kalau MIL punya sambal mmg best giler la.. (sampaikan dulu zaman muda2 dulu siap jual depan rumah tu..mil den cakap la)
:: Aku dah cam ketagih lah pulak makan ni bukan apa sebab sesuatu yang baru kan.
:: Kek SOMBAN tak do bondo ni doh...
:: Kok den bawak an kek famili mampuih dio polek, apo bondo la makanan siput2 ni kan.. hihihihi
:: Nanti la den try bawak kek Somban, nak tgk apo reaksi dorang.

Ok la sambung buek kojo..

:: TENGOK WAYANG ::

|
Assalammualaikum....


:: Yeeehaaaa semalam aku cuti...
:: Dah rancang ngan hubby nak g tengok wayang...
:: Cadangnya nak tengok cite KL Drift 2, tapi Wani tak leh masuk pulak... huhuhuhu
:: So kena lah tengok cite 'SEMERAH CINTA STILLETO'
:: Ok gak citer dia,, kira layan la...
:: Ada lawak... sedih.... paling best Cat Farish... 'Lekkk luuu' hahaha itu trekmak dia...



:: Cewahhh.. orang buat den pun nak yo buek...
:: Cam ala2 modern gitu,, ambik gambar tang kaki.. hihihi
:: 3 orang yang pergi semalam.. (MAMA + PAPA + WANI)



:: Seronok jugak sesekali layan tengok wayang.
:: Aku sebenarnya jarang tengok wayang... sibuk kan,, anak2 pun kecik lagi nak pulak si NURI tu..
:: Penat seharian bekerja, time cuti penuhkan dengan aktiviti2 dgn famili sangat best.
:: Thanks Papa sebab sudi temankan I g tengok wayang...


HARGA TIKET
RM11.00 (Dewasa)
RM7.00 (Kanak2 bawah 12 tahun)


>> Time tengok wayang semalam boleh pulak WANI menyanyi lam panggung tu.. sebab dah biasa nyanyi kat sekolah,, uhh jenuh gak nak suruh dia diam... :)

:: MAIN APA TU.....??

|
Assalammualaikum...


:: Sebelum memulakan sesi memasak, api mesti di hidupkan dulu....
:: Nak dekat stengah jam hubby aku nak hidupkan api tu,, sampai kan aku tgh lunch hingga abis lunch tak idup2 lagi apinya..hihihihi...
:: Last2 dapat 1 formula paling sonang nak idupkan api.. 'lotak minyak masak',, hihihi
:: Yang nak dimasak adalah......



:: Otak-otak Kempas.
:: Aritu beli kat Kempas.
:: Isinya tebal n puas makan.
:: Kesimpulannya memang SEDAP!!



:: Ha ni dua beranak yang sangat rajin mengerjakan otak2 tu sehingga masak..'
:: Alahai 'WANI' si manja Papa...



:: Tu dia.. kalau korang tengok apa yang ada gaya leh jual Otak-otak..?
:: Hihihihi...nampak cam hangus tapi bila bukak kat dalam masak, sedap tu,, rasa nak main masak2 lagi...

:: AKU PASRAH.. ::

|


:: AKU PASRAH DI ATAS APA YANG BERLAKU..............
:: AKU DAH PENAH DENGAN NI SEMUA..........
:: TAK DE MOOD LA.. ERMMM

MOOD :: SEDIH :(.

:: WALI BAND AKAN BERADA DI JOHOR ::

|
Assalammualaikum........ Alhamdulillah...aku diberi kesempatan lagi utk mengupdate blogku ini....

:: Perghh 'WALI BAND' yang meletop2 lagu dorang sekarang ni akan berada di JOHOR!!!
:: Aku rasa mesti ramai yang datang nanti, apa tak nye,, band fofular tu..
:: Ok la pada korang yang rasa antara peminat yang fanatik boleh la pergi ke KONSERT dorang tu nanti....


:: MISI MENCARI.............. ::

|
Assalammualaikum... Diberi kesempatan lagi untuk aku mengupdate blogku ini... alhamdulillah....

Okey ni rentetan cerita bab 'Pokok Bunga'.

:: Okey time ni family aku datang dari Seremban time cuti sekolah aritu.. (gle lama baru nak update,,huhh).
:: Memang aku nanti2kan kedatangan dorang ni.
:: Aku kan baru 10 bulan pindah RUMAH BARU...
:: So banyak la benda yang perlu diperlengkapkan dalam & luar rumah aku ni.
:: Bak kata pepatah 'RUMAHKU SYURGAKU'.
:: So bermulalah misi aku mencari pokok bunga yang sesuai utk ditanam & dipelihara olehku.
:: Aku rasa dah bertahun jugak aku tak menjejakkan kaki kat kedai bunga ni.. punya la hampeh kan..
:: Geram jugak tengok pokok bunga kat kedai tu... Cantik2, hijau....
:: Misi pencarian dilakukan oleh................................................................................



:: Ni dia orang kuat yang telah banyak membantu aku dalam misi mencari pokok bunga.
:: OMAK DEN, KAK TEH DEN, KAK LONG DEN.
:: Bab-bab ambik gambo ni ank buah aku yang punya tugas,, hihihi..
:: Semua yang mengikuti aku pastinya punya tugas yang tertentu...
:: Sesi tawar-menawar pastinya ada... sampai poning budak tu nak layan..
:: Budak 3 cinonet ni ikut nak mengacau yo....



:: Ni dia hasil rembatan itu...
:: Semua pokok tu berharga RM150.00.
:: Okey la budjet aku tuh, tak melepasi tahap budjet yang aku buat...
:: Nak tengok hasilnya... TUNGGUUUUU.............