:: HAPPY MOTHER'S DAY ::

|
Dikesempatan ini 'NASAZFROG' ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' buat semua rakan2 blog yang mengenali blog ini. Yang teristimewa buat omak den tersayang kek Mambau, hihihi.



:: Buat rakan-rakan semua 'Selamat Berhujung Minggu' serta 'Selamat Hari Ibu'.

:: WAHAI ANAKKU ::

|
Sekarang ni macam2 kita dengar pasal kes budak-budak. Pastinya aku akan teringatkan anak-anak aku. Aku sangat sayangkan anak-anak aku. Walaupun kengkadang kenakalan anak-anak ini bisa membuatkan aku marah. Lumrah la dalam kehidupan pasti berlakunya situasi seperti itu.


:: Karenah Nuri memang banyak mencuit hati aku.
:: Tika usia dia sekarang memang banyak perkembangan yang aku nampak.
:: Syukur alhamdulillah diatas kurniaan-Nya.
:: Nuri sekarang memang aktif, walaupun ada ketikanya dia buat perangai.
:: Bagi aku itu biasa la kan, jangan merungut jika berdepan dgn situasi sebegitu.
:: Apapun anak-anak ini adalah segalanya bagi aku....



:: Iklan 'GIGI'.
:: Nuri paling suka senyum berbanding dgn Wani.
:: Nuri paling garang berbanding Wani.
:: Nuri paling kuat nangis berbanding Wani.
:: Nuri paling penyabar berbanding dgn Wani.


Apapun itu lah karenah anak-anakku.

:: SERONOK KE JADI BOS?? ::

|
Pernah tak korang terfikir ingin menjadi seorang 'BOS'. aku tau ramai yang di luar sana sedang menyandang gelaran 'BOS'. Apapun bukan senang nak memikul tangungjawab sebagai seorang 'BOS'.

KORANG TENGOK AKU BOLEH JADI BOS KE??



Antara ciri-ciri 'BOS' yang baik.

:: Memberi basic gaji yang berpatutan mengikut kelulusan pekerja. (Aku rasa basic aku kocik yo..ermm )
:: Memberi tugasan yang sepatutnya dengan jawatan yang disandang. (Ok la wat masa ni aku keje mmg kena ngan tugasan aku)
:: Cuba mendengar pandangan setiap pekerja. (Biasanya bos aku banyak beta, ermm dia je nak menang klu bercakap, ini tidak adil...)
:: Tidak memilih kasih dalam sesuatu perkara. (Ok la, wat aku ni kira baik hati jugak la)
:: Memberi 'BONUS' setiap tahun kepada pekerjanya. (Hampeh .. maleh nak cito banyak.)
:: Jangan berjanji kosong pada pekerja. (tu kes BONUS la tu, poyo je buat kita mengharap je)
:: Jangan nak mengambil kesempatan terhadap pelanggan. (Bos den laki so ado la jugak dok senyum2 kambing ngan customer pompuan, p lantak la kan, klu laki den siap la.)
:: Memberi masa untuk pekerja menyiapkan tugasan. (Selalu jugak bagi job urgent je kat aku,, )
:: Berkomunikasi dengan baik terhadap pekerja. (Ok la.. )
:: Sentiasa berada dalam keadaan yang bersih & beretika semasa bekerja. (No komen diri sendiri pandai jago la heh,, takkan org lain pulak yang nak jaga, tak koso den.)


Itu la antara 10 ciri-ciri 'BOS' yang sepatutnya. Antara2 ciri-ciri tu adalah untuk sektor yang aku bekerja sekarang, so tak berapa formal sangat. Sekadar berkongsi pendapat je.

:: AKU YG SEDANG SARAT...... ::

|
Sememangnya jika dalam seminggu, hari Isnin yang paling kurang diminati ramai. Bagi aku itu semua bergantung pada keadaan sekeliling. Tapi ada juga yang suka pada hari Isnin... Bagi aku, hari Isnin satu permulaan hari yang bagus dan kengkadang membosankan.. Apapun, setiap hari yang kita lalui haruslah digunakan dengan sebaik mungkin, kerana setiap manusia impikan perjalanan hidupnya teratur dan berada dlm keadaan yang aman.

:: Aku yang sedang sarat dengan 'KERJA'.
:: Tapi ingat bukan sarat yang lain.. no.no.no..
:: Biasa la semua orang pun sibuk untuk mencari rezeki, termasuk aku.
:: Semalam aku ada pergi 1 tempat yang penuh dgn ramai umat manusia.
:: Nak tau aku pegi mana.. nantikan sesaat lagi.... :)

:: PluToGuRL ::

|
Salam Pagi Jumaat semua.
:: Uhh arini tak berapa syok nak buat kerja sebab 'SAKIT PERUT' secara tiba-tiba.
:: Sakit tulang belakang lagi, ni kalau kena urut memang lega ni.
:: Disebabkan esok cuti 'LABOUR DAY', makanya keje kena siapkan harini juga.
:: Gaji tak dapek lagi ni,, uhhhh tak syok lagi tu...
:: Selamat Pekerja buat semua.


:: 2 BERADIK ::

|
Biasanya kalau anak-anak nak ke sekolah akan standby nak pakai kasut la, siap nak bawak beg la, ni tidak,, si Wani ngn Nuri siap boleh main kat atas 'MEJA' tu.

:: Sememangnya 2 beradik ni pantang kalau dapat main bersama.
:: Kejap baik, kejap kang bergaduh.
:: Sekarang ni apa barang yang kakak dia ada, Nuri pun mesti nak ada.
:: Kalau tak nanti mesti bergaduh punya.




:: Habis barang semua nak digeledahnya.
:: Tengok la Wani tu siap boleh main handphone lagi tu.




:: Pose manja dari Wani + Nuri. Smile. :)

:: TELUR AYAM KAMPUNG::

|
Setiap makanan yang kita makan pasti ada khasiatnya....



Telur Ayam Kampung Asli mempunyai kelebihan protein yang cukup baik untuk penyerapan usus, kandungan kolestrol yang tinggi pada kuning telur dan dapat memberi kesegaran kepada tubuh badan. Setiap 100 gram telur ayam kampung mengandungi 174 kalori, 10.88 gram protein, 4.9 mg zat besi dan 61.5 g retinol (vitamin A).

'ANTARA KHASIAT TELUR AYAM KAMPUNG'

:: Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis, maag atau usus besar.

:: Mengandungi sumber tenaga untuk meng”cover” tenaga yang telah digunakan dan protein yang cukup untuk mengganti tisu-tisu yang rosak.

:: Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi. Bagi yang mempunyai “hypertension” atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) harus hati – hati dalam pengambilannya.

:: Membantu mengatasi kelelahan dan kecapaian tubuh, namun bukanlah secara total.


Untuk lelaki yang nak lebih power,

:: Digalakkan makan 2 biji separuh masak + 2 sudu madu asli + 1 sudu teh serbuk lada hitam.

PASTI MENGAUM….:-)

:: CHUMI CHICKY ::

|
Setahu aku perkataan 'BERKAT' orang JB je yang panggil kot. Tapi tak tahu la kat tempat korang dorang panggil apa.

:: Ada yang panggil cenderahati, buah tangan, ermm apa lagi aku tak pasti..
:: Ni 'BERKAT' yang aku terima untuk majlis cukur jambul.
:: Sekarang ni pun dah moden ek,, macam2 dorang boleh variasikan untuk bagi tetamu yang datang.



:: Bunga rampai yang aku dpt, aku letak lam kete...
:: Uhh wangi... cam bilik pengantin... :)

:: JOM HEBOH TELUK DANGA ::

|
Jom...jom..jom...jom... jom heboh heboh...... Hahahaaha 'HEBOH' la sangat... Bertolak dari rumah lam pukul 5.30 petang, memang agak lewat sikit sebab hubby ada hal. Cuaca pun agak mendung je time bertolak tu..


:: Sesampainya kitorang kat Teluk Danga.
:: Dah senja masa tu.
:: Keadaan parking... perghh 'LECAK' gile..
:: Memang payah la nak gerak, lumpur abis melekat kat kasut glamer i tau.
:: Dgn keadaan nak carik parking pun 'SOSAK'.
:: Tahun lepas pun cuaca cam tu jugak, mendung je.


:: Cam biasa kalau kat Jom Heboh kat Hotlink yang paling happening sekali.
:: Bab bergambar itu harus.
:: Ingatkan nak ambik gambar dgn lebih banyak lagi, tapi dengan keadaan org sesak, risau gak kan.
:: Dah la time Jom heboh DULU ada sesuatu yang terjadi.... Teringat la pulak..



:: Ni la gambar terbaru 'K A M I'.
:: MAMA + WANI + NURI.

:: CAPTURE 7777 ::

|

:: Sebenarnya tak sangka pulak pagi tadi masuk ke blog ZURA aku dapat capture 7777.
:: Bertuah rasanya dapat nombor 7777.
:: Persaingan sengit jugak sebab ramai yang online time tu.
:: Apapun.. ZURA best gak sesekali buat camtu.
:: Yeehaaaa...

:: DINOSAUR???? ::

|
:: Korang rasa ada Dinosaur ke di zaman ini....??
:: Tapi tu la hakikatnya pabila aku bertembung dgn binatang ini..
:: Memang takut jugak.. dah la besar pastu tinggi tu weh..
:: Gayat jugak tgk binatang tu.
:: Dari jauh aku tgk tengok kan binatang tu..
:: Tak leh nak gerak & bising banyak sgt takut dia ternampak aku, maunya dikejarnya aku.. naya dibuatnya....



:: Tu la dia replika dinosaur yang terdapat dikawasan berdekatan ngn perumahan aku.
:: Uhhh mmg terkejut gak aku kan tgk binatang tu baek punya berada dikawasan lapang tu.
:: Korang bayangkan kalau dia real....
:: Hura-hara hidup kat dunia ni...
:: Ngapp... dinosaur makan orang ke?? entah la aku tak pasti..
:: Tu la hakikatnya replika dinosaur yang aku terserempak...

:: KORANG NAMPAK TAK???

|
:: Apa yang korang nampak dalam gambar ni???
:: Ada rasa cam apa2 yang pelik tak?
:: Korang rasa kat mana tempat ni??


:: MODEL KERETA ::

|
Assalammualaikum...... Bertemu kembali...yuhuuu....

:: Berhujung minggu dimana korang???
:: Aku ada kat umah je tapi petangnya pergi ke Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.
:: Ada 'KARNIVAL JOM CENTRE, PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU'.
:: Aku pergi pun dah petang, so tak banyak sgt aktiviti yang ada.
:: Sempat bergambar kat kereta yang cute2 je.
:: Banyak jugak gerai-gerai yang jual pekbagai barang2.



:: Antara kereta yang mengambil bahagia dalam 'AUTOSHOW'
:: Ermm kalau kete cenggini mmg tak leh bawak kat atas jalan raya aku rasa..
:: Kalau korang perasan kat kat tayar tu ada satu besi tajam,, uhh ramai yang tercedera kalau lalu kat kereta ni,,
:: Apapun body kereta ni mmg cun la penuh dengan 'air brush' nya..
:: Kosnye aku rasa mmg tahap ribu riban la..
:: Kereta asal: Wira aeroback.



:: Kereta yang ni tak de design.
:: Cuma banyak barang yang masuk. sportrim berapa inci pun aku tak sure.
:: Hitam menawan tu.
:: Kereta asal: Gen 2.



:: Bagi aku kereta ni yang paling gerek sekali lah!
:: Colour bodynya mmg cun habis.. guna dwi colour.
:: Beserta design stiker yang colourful.. Memang ceria la design camni.
:: Lampu serta depannya pun dah berubah..
:: Kosnya mmg besar kalau nak dapatkan kereta yang cantik.
:: Kereta asal: Produa Kancil.



:: Hahhahaha cute kan kereta putih ni..
:: Tergolong dalam kategori apa pun aku tak sure,, kategori Veteran kot..
:: Tapi kalau korang hitung usia kereta ni mmg lamakan..
:: Body masih lagi terjaga.
:: Kereta asal: Tak sure ah beb...



:: Korang tengok rambut Waniii............
:: Seminggu dah potong.
:: Bertambah tembam aku tengok..

:: RED CARPET ::

|


:: Hahahaha ni la dia model 'RED CARPET'.
:: Wani sekarang dah banyak pandainya sejak masuk tadika ni...
:: Nak mandi, tengok tv, tengah duduk mesti nak nyanyi.. baca doa makan, doa sebelum tido... alhamdulillah dah banyak progress pada diri wani...
:: Bercakap pun mengalahkan mama dia...
:: Hubungan Wani dan Nuri kengkadang ok n kengkadang tak ok.. biasa la bebudak...



:: CLICK HERE!!
:: Masa ni Wani berusia 2 tahun 4 bulan..
:: Tengok je gaya dia "DULU DAN SEKARANG.."

>> Minggu lepas sesuatu yang terjadi pada rambut WANI.. nak tau tungguu....